Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, October 15, 2010

9 bulan perjalanannya

esok 16 september 2010 maka genap Maya Faqihah 9 bulan..perkembangannya sama seperti bayi-bayi yang lain.tak la tetiba dah fasih bercakap. kenapa Maya Faqihah?
Maya = puteri
Faqihah = pintar, cerdik
jadi impian aku moga qiha menjadi seorang puteri yang pintar..bijak dalam mengatur hidupnya,berjaya dalam setiap lapangan yang dia lakukan..menjadi muslimah yang solehah n menjadi orang yang beriman.
perkembangan dia...
* ada 2batang gigi bawah,4batang gigi atas.(kenapa lebih suka gigit mama dari ayah?)
* suke merangkak sekitar rumah..(nangis la bila letak dalam walker n exsersaucer)
* tepuk tangan tu dah pakar..bye-bye dah nak teror (kenapa mama lambai qiha tak mau respon..huhuhu)
*suke tgk iklan intro ntv7,ribena,barney..oo..banyaknya
*suke makan biskut baby bites..jangan amik time dia nk makan tu gerenti mengamuk marah
*kaki tangan makin kuat jadi suke meniti jalan kat kabinet tv n sofa.dah mula angkat2 kaki untuk memanjat
*cukup time untuk tido akan mengamuk then bagi susu terus lelap...alhamdulilah masih lagi tido awal,tak bangun tengah malam untuk main.tido pkl9.30 mama pun ikut tido skali
*tengah belajar pegang botol susu sendiri.aku yang suruh dia independence ckit.
*bunyi dah macam2 bunyi tapi 'mama' masih belum ada lagi..
oklah takat ni dulu progress dia..lain2 banyak tapi tak terpikir plak.nanti ingat sambung lagi.

sempena birthday yang je 9bulan hadiahnya tinggal di hotel di muar sempena ada kenduri kat umah atok ayah eh qiha.merasalah kite tido beraircond dalam keadaan cuaca panas sekarang..hihihi

PTK & Bonus

tajuk tu bukan khusus untuk aku tapi hubby...beberapa bulan yang lepas dia amik exam Penilaian Tahap Kecekapan...so result dah keluar..tapi sayangnya tak dapat A's maka tak merasalah kenaikan gaji.dia pun nak g exam PTK lagi.
hari ni ada belanjawan 2011..aku tak amik kisah sangat sebab selalu tak dapat benfit pun..yela aku kerani cabuk. keje pulak dengan swasta..so biasa belanjawan untuk company besar,org keje gomen.so biasa diorg ada umum tentang bonus..so harap adalah bonus nantikan.tak dapat 2bulan, sebulan pun cukup la.boleh mintak ckit dengan hubby bonus dia. nak harap keje aku dapat bonus rasa tak kot..bonus raya yang beberapa ratus tahun ni pun tak dapat.ni kan pulak bonus sebulan..setengah bulan pun mimpi la.

Thursday, October 14, 2010

bilik beraircond

weekend ni kat kampung abang ada kenduri..so plan gi sabtu balik ahad.tapi nak tido umah atok ker..NO NO NO sebab kompem ramai then bersesak2 depan tv..pastu bila nak senyap umah kalau ramai orang..kang tak tido pulak Qiha tu..lagi rimas kalau ada wani sepupu abang.minah tu baru darjah 6 tapi aku memang tak suke dari dia kecik2 lagi.budaknya degil..ingat dulu dia suke main rambut aku..konon2 nak ikatkan..rimas ok.dah cakap jangan main tak paham juga.nasib baik anak orang..klu tak lama aku sekeh!so back to the story aku risau dia asyik nak dokong qiha.kalau betul matik la aku coz kompem qiha kejenya melalak coz rimas. eh,ape kaitan dengan tajuk di atas?hahahaha
hah untuk mengelakkan hidup aku jadi kucar kacir n tak aman maka langkah mudah adalah tinggal di hotel.dengan cuaca panas sekarang best sesekali lena dengan beraircond kan.mula aku plan nak bilik yang ada 1 queen bed, 1 single bed tapi abang cibuk cakap nak bilik 1 king bed je.ala baru nak merasa luasya katil.lagipun 1 bilik 2jenis katil lebih murah..tapi tak kisahla janji tak tido umah atok.boleh terhindar dari melayan bual2 yang malas aku nak layan.harap2 tercapai impian weekend ni tido bilik beraircond.

Wednesday, October 13, 2010

otak blank

sebenarnya banyak nak cerita tapi tak tahu ape yang menarik untuk diceritakan...so otak blank.

Tuesday, October 12, 2010

masa untuk bercuti

pelampung - ada
swimming suit - ada
swimming pampers - ada
so bila nak g bercuti..main-main air?qiha tak pernah lagi merasa mandi kat swimming pool ke,laut ke,sungai ker. tak taulah bila masa kami ni nak diajak oleh ayah g bercuti ke tempat yang berair. kan best kalau office abang buat lagi family day tapi macam dah tak ada lagi jek.
tengok list kat atas tu nampak sangat aku ni fussy untuk bawa anak bercanda di air kan.pelampung kena ada, selamat sikit.kalau pegang risau dia lompat2 plak.swimming suit kena ada sebab dia cute.pampers tu untuk elak dia mandi bogel.xmaula nanti sakit anu dia gara2 air.hehehheehe..pikir lebih kan. tak kisahlah tapi kena selalu berzikir kat telinga ayah ni untuk g bercuti2 tempat yang berair. 
weekend ni may be merasa lepak dalam bilik hotel kot kalau jadi balik muar. ada kenduri umah atok my hubby. tak mau tido kampung coz kompem sesak n malas nak mesra bersama serumah. dok hotel boleh relax n tido beraircond.hahahaa.