Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, August 5, 2011

episod memujuk hati

kadang hati luka hanya tangisan yang mampu mengubat..namun tetap berharap ada insan yang memujuk..bila tiada yang memujuk maka rajuk akan berpanjangan...diam adalah yang terbaik bila tangis tak mampu meredakan segalanya....

dalam satu ruang yang kecil ada dua insan di dalamnya tapi aku mampu berpura2 hanya ada aku di situ..kerana aku pernah berada dalam situasi begitu suatu masa dulu...maka aku kini mampu menjadi pelakon yang handal berlakon hanya aku di situ..maaf kini luka hati sukar dipujuk seperti yang dulu..sekian.

Thursday, August 4, 2011

tunggangannya

Semua orang ada anak kompem akan berusaha bagi yang terbaik untuk anaknya..kalau boleh nak memenuhi segala keperluan n kehendak anak...macam aku jugaklah...tapi aper2 ikut kemampuan kocek sendiri la...hahahaha..

ok sebelum aku merapu banyak aku cuma nak cite dalam umah aku ada dua tunggangan qiha...satu dia panggil car..

yang ni dia tolak pakai kaki la...klu mak pak nya yang tolong tolak dia akan angkat kaki macam dalam gambar tu...so syok je dia memandu...tapi kalau dia malas tolak2 dia akan naik kuda plak..


tapi ni sebenarnya rusa...so lompat2la dia dengan 'kuda' tu. tapi yang bestnya bila dalam buku cite dia ada gambar kuda, qiha akan seret kuda dekat dengan aku yang tengah bacakan cite tu pastu tunjuk kuda...tak pun aku ajar gambar horse kat tikat mat depan tv..dia pun akan naik kuda dia...kira macam mana keadaan dia paham kuda banyak dalam umah tu...

teringin pulak aku nak belikan dia pistol n backhoe untuk dia main tapi melampau tak ek...hahahaha....sekian.

Tuesday, August 2, 2011

setahun setengah

ok ini cite dah lapuk...kejadian adalah 18 Julai 2011..appointment qiha untuk check up setahun setengah kat klinik Kesihatan Seri Kembangan...keadaan klinik dah mula guna sistem angka giliran online semula..yang pada aku lebih baik lebih teratur...

mula2 tunggu turun untuk amik berat n tinggi qiha...ok umur dah setahun setengah berat adalah 8.5kg dengan ketinggian 77cm...haih la anak bila nak jejak 80cm ni..pengukur tinggi tampal kat dinding tu bermula dengan 80cm..tak sabar mama nak tanda ketinggian kamu ni..


ni masa nak tunggu turn untuk sesi ramah tamah dengan nurse seterusnya injection so kitorang tunggu kat luar klinik..barula merasa udara nyaman cikit..dalam klinik sesak orang.masa kena inject qiha merayu 'tak nak tak nak' tapi dah terlambat jarum telah dicucuk kat peha tak berapa mungil dia tu..tapi nangisnya tak teruk sangat....aku suruh kesat air mata pun dia mampu kesat lagi...dalam nangis sempat bye2 n flying kiss nurse sambil cakap terima kasih...masa ni dia nampak kamera dalam beg so aku suruh dia berundur sikit untuk amik gambar dengan pokok..so dia ke belakang hampir nak jatuh coz nak menyandar pada pokok...sekarang dah minat nak bergambar tapi lepas amik nak cepat2 tengok..tak aper qiha dengar arahan...


tengok budak bosan tunggu turn sampai menongkat dagu kat peha mama...oh sebelum ni aku rasa qiha macam lambat cakap tapi by the time we reach for this appointment actually she can pronounce so much words...like bak (bird) tish (tortoise) aasak (masak).. cheese (oh dia suka makan keju!)...abit (rabbit)..lain2 lagila...cuma aku masih heran macam mana GIANT boleh jadi APAK...banyak kali dah sebut...'qiha kita nak g mana ni'..'APAK'..busuk sangat ke giant tu nak oii...hahahahaha..hah dia pun dah reti sebut nama sendiri..kalau tengok album gambar tanya sapa mesti dia jawab 'anya' = maya tapi dia masih faham yang dia jugak faqihah..kalau qiha sebut terima kasih bukannya aceh macam budak kite biasa dengar tapi dia cakap 'aish'..


keletah dia jugak makin banyak...kalau aku memasak kat dapur dia akan cepat2 datang nak tolong..so aku akan angkat dukung suruh dia gaul2 lauk tapi dalam keadaan berhati2la..bila aku kat sinki dia akan ambik bangku dia dan tolong membasuh...oh yang ni aku rasa aku ajar amik kerusi dia then berdiri kat sinki...manatau sekali ajar terus ingat...hahahaha...so memang leceh keje2 di dapur dia turut sama membantu. kalau dah duduk kat kerusi bila kita bangkit dia akan marah...sambil ketap gigi dia sebut 'duduk'..ayah dia pernah kena marah masa kat mana tah kitorang keluar ayah asyik bangun duduk sekali qiha marah n pesan 'duduk'...

sekarang pun suara dia dah makin kuat...bila jalan kat pasaraya dah tak perlu mengejar ayah kalau jarak kami jauh....cukup aku pesan kat qiha jerit panggil ayah...dengan nyaringnya qiha akan jerit ayah...hahahahhaa....so sweet anak..kini we dont lost ayah in shopping mall...tapi kalau tempat tu senyap jangan haraplah qiha nak jerit...dia panggil slow jer...sekarang pun dia dah pandai pointing aper2 yang aku sebut...kat ruang tamu kan ada mat yang ada gambar2 tu kan...bila suruh tunjuk lion,zebra,umbrella...semua dia akan tunjuk dengan betul..yang lagi best kalau tortoise dia akan amik mainan tortoise dalam bakul mainan...kalau horse dia akan keluarkan buku puteri yang tertidur then tunjuk page yang ada putera atas kuda...tak cukup dia akan tarik sekali kuda dia... balloon pulak dia akan tunjuk kat mana kitorang simpan belon banyak2...ice cream akan pointing pada fridge pulak...


oh yang pasti qiha ni pandai tau berpura2 yang dia ni anak ayah la sangat..kalau berjalan memang dia akan dengan ayah dia je...pimpin tangan ayah...dokong ayah..macam semalam nak berjalan ke bazar ayah dia dokong,aku mintak tangan nak pimpin tangan dia pun tak bagi...tapi cuba kat umah..aper2 dengan aku..kalau nak tido lagi haru..kalau keje aku tak siap lagi tapi dia nak tido,ayah bawak masuk bilik dia sanggup keluar balik n merengek2 kat dapur tunggu aku..kiranya kat luar anak ayah..kat umah anak mama...

okalah tu jela cite aku tentang pembesaran qiha lepas setahun setengah ni...lagi setengah tahun,6 bulan lagi nak 2tahun...wah dah makin besar n makin bijak...mama sayang qiha..dalam usia ni aku masih berjaya tak ajar qiha makan gula2 n jajan...since dia tak makan kat umah pun dah takde stok super ring..rindunya nak makan super ring...hahahahaha...



Ramadhan ya Ramadhan

hari adalah hari ke dua Ramadhan...aku masih lagi belum mula berpuasa...harap esok dah berpuasa...argghhh..tension je bila semua orang syok puasa at first Ramadhan...kalau ikut calculation first Ramadhan dah tak merasa maka nanti merasalah beraya dulu dari yang lain...hahahaha...

pengalaman pertama Ramadhan this year amat berbeza..seperti tahun2 dulu.dulu biasa akan membeli juadah kat bazar bawah rumah..balik tinggal masak nasi tapi this year kena tukar rutin la hingga dimaklumkan kelak..hahahaha...kenapa aku cakap kena tukar rutin?sebab ramainyalah pengunjung bazar tahun ni sampaikan aku tak nampak makanan melainkan orang2 berkerumun membeli..dengan qiha yang cuba aku dokong tapi tak berdaya...suruh berjalan pimpin dia buat jatuh2kan badan...haih..naik rimas aku rasa..

semalam dalam sesak hanya beli air soya,kuey teow,ayam n puyuh goreng.balik umah abang terus masak nasi..aku pulak masak bayam masak air....bila rasa cepatnya siap masak maka terus tekad puasa kali ni kita masak sendiri di rumah..lebih puas..

pagi tadi bangun abang sahur makan kuey teow yang dia tinggalkan masa buka tu...aku berhempas pulas masak nasi ayam..tak lupa sup ayam bekal untuk qiha..ayam dah perap nanti balik tinggal goreng,nasi abang dah set masak sendiri ikut schedule..nanti buat sikit sos untuk nasi ayam..esok sahur ingat nak masak roti telur,bekal qiha roti telur jugakla...menu buka esok pulak pikir mungkin nasi lemak..sahur buat sambal bilis siap2...

harap puasa kali ni aku berjaya untuk memasak sendiri di rumah..menambah amalan untuk bekalan masa depan...amin..


sepi itu indah...

Ya allah lamanya tak menulis kat sini...terlalu banyak konflik dalam diri...jadi tak mau menulis sebab nanti setiap entry akan jadi entry luahan hati pulak...tu yang pilih berdiam diri...tapi sekarang macam dah boleh kawal emosi so mari kita berbicara semula...yeahhh!

tak tau macam mana nak mula...aper nak cite....selain tak ada cite menarik...mengawal emosi konflik dalam diri aku ni antara punca lain sebab aku dah tak rajin nak snap gambar...malas nak terjebak dalam adegan rebut merebut kamera dengan qiha...malas nak menaip pun ye...


gambar ni masa umur qiha genap setahun setengah...kat pasar seni...rasa sejak dah ada qiha tak jejak pun KL..tapi kebetulan abang ada keje kat CM ni so merasala jalan2 dalam tu...ingat nak berjalan ke masjid india tapi abang tak mau maka lepas puas jalan2 kat sini terus balik umah...oh ke KL naik keta dengan bantuan GPS...nampak kan abang memang buta jalan KL...hahahhaha


yang ni gambar latest...qiha nampak kamera dalam beg pastu dia amik n suruh ayah dia bukak...dia kite suruh jauh sikit sebab nak amik gambar nanti dia berundur la belakang cikit..cuma lupa nak ajar amik gambar buat 'peace'..tapi memang qiha suke kite snap gambar dia then dia nak tengok cantik ke tak...terserlah background ruang tamu bersepah...hahahahaha