Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, October 27, 2010

water suppy been cut..

semalam balik adalah awal sebelum pukul6..so kebetulan awal jadi borak2 dengan kak siti..dah beberapa hari tak nampak amelia budak setahun lebih yang kak ct jaga.so kak ct cakap yang dia dah tak jaga..tinggal jaga qiha sorang je.ala macam kecian lak coz kuranglah side income rumah dia.memanglah bagus coz kak ct just concentrate pada qiha sorang but kena pikir jugakla perbelanjaan tambahan rumah kak ct..
eh nak cite pasal air la ni...so kerana awal so borak2 then nak balik ayah dah takde maka kami dua beranak jalan kaki balik.nasib baikla takat selang beberapa blok kan..hehehehe...tapi tu tepi2 tu mana ada pokok best kalau tak aku dah tunjuk2 pada qiha.hah pagi tadi pun berjalan kaki jugak sebab abang g buang sampah..cuaca baik so bolehla hirup udara segar.
masih tak masuk lagi cite pasal air????....ok2 nak naik umah tu jumpa aleesya budak tingkat dua..umur setahun lebih..comey dia bye2 siap fliying kiss...melalut lagi..ok2 ni betul2 nak story tentang air...hahahahhaa
balik umah tu tengok meter air kena tutup dengan balang besi..xtaula ape nama tu..so pikir tuan umah buat..so masuk umah abang cakap yang water supply been cut sebab maintenance fee dah tertunggak RM200++..sekarang management baru sebulan tak bayar pun dia dah suruh cut.sebelum ni awal bulan sekarang akhir bulan.yang abang cibuk pesan dengan aku jangan bazir air..tapi dia kata dia g toilet dia g flush..so aku yang kena berjimat airla ni..
so sms pada tuan umah..respon takde aku call then tak pick up...last2 dia call balik so buatlah laporan bagitau tentang water suppy dah kena potong.dia cakap arini g setel(dah setel tadi pagi abang bagitau tuan umah dah inform).tapikan nak kata umh aku tade air..tak boleh kira coz aku main ngelat..setakat beberapa jam je..masa aku nak keluar makan tu aku terserempak dengan budak maintenance yang buka paip air orang tingkat atas.so aku cakapla dia bukak kejap meter aku pun ok coz nak tadah air..umah langsung takde air simpan.budak tu cakap ok lagipun kesian kat qiha..umah ada budak kecik takde air memang payah..so budak tu bukakla meter air aku spai pagi tadi jadi dapatla aku mandi pagi macam biasa.tu pun berkali2 aku yakinkan dia yang owner aku akan setelkan maintenance fee arini.
so balik dari makan cepat2 setelkan semua periuk mangkuk dalam sinki.then simpan sikit air buat back up then kami tiga beranak pun go to sleep.tapi tula terlepas nak masak nasi ayam..so jap lagi balikla try buat.hoping ok n jadi resepi yang aku tiru dari belog mimie ex-uni aku dulu.

Tuesday, October 26, 2010

bencinya..cibuk je..

tempat aku kerja ni memang tak ramai staff pun.kira yang dok opis just aku n bos aku je.relax kan..kurang nak bergosip,gaduh,pijak untuk jatuhkan satu sama lain.hahahahah..
so pekerja buruh..eh,ko keje ape ni..aku keje kilang jela..yang buat perabot meja makmal sains.keje tak hectic sangat but once projek masuk mula pening..ok ada satu pekerja ni big bos aku arahkan dia handle projek kat sabah sana nun..kerana tempoh masa dia dok bumi borneo dah expired maka pulangla dia ke semenanjung ni..balikla dia semula kat kilang aku ni.yang buat aku bengang asyik cakap dia kat sana hari2 kerja,orang kat cni banyak relax.dah takde keje so ko nak bizi macammana lagi.ko kat site memanglah bizi sebab projek tu tak siap lagi.
aku paling menyampah bila dia naik dok opis...asyik cite sana dia cbuk,cni sume orang relax.then complain drawing tak betul la,gaji dia tak dapat lagi la.tapi paling2 aku buhsan kerana dia cakap keje aku senang ari2 pandang komputer..tengok itu tengok ini.alah..bos aku pun sama jugak..takde keje jadi dia pun berMSN,berFB..macamlah dia sorang yang kuat keje.macam hujung tahun ada anugerah pekerja cemerlang plak..
tadi dia kata bosan dok bawah tak ada ape nak buat jadi naik atas(konon dok bawah macam mau tido)..buat2 tengok katalog yang dia berani amik dari dalam bilik big bos..alamak beraninya ko masuk bilik big bos!aku pun tak berani sangat tau.betul2 'bos besar' la sekarang.hahahahaha..so ada satu projek makmal sekolah tapi masih belum confirm..tanya berapa biliklah then cakap ada fume cupboard so ingat dia nak pasang rumah dulu.aku cakap tak payah coz projek tak jalan lagi,buat awal2 nanti tak jadi buat rugi jek..nak jugak kata tak pe buat dulu nanti senang.abis kalau projek tak jadi macam mana?mana mau simpan?geram je..macam dia sorg reti buat keje tu.padahal fume cupboard untuk projek kat sabah tu dia buat punyalah slow then buat cikit then tinggal buat keje lain pulak.spai bos bising baru setelkan cepat.
eii...benci sebab dia menyemak dok dalam opis.kalau reti borak tak pe..ni bahasa melayu pun tak fasih,pastu dah bujang terlajak,langsung tak up to date,orang yang hanya hidup dengan gaji tanpa saving.asal ape bos beli,pkai sume kata bazir.dia orang tak berduit...big bos orang berduit..cara hidup tak sama la..cibuk tengok ape orang lain buat keje..mind our own biz la..

check up 9 bulan

semalam 25/10/10 bawa qiha gi check up...regular check up je..no injection..so even appointment pukul9 still bgn awal pkl6 coz nak buat bubur qiha,siap beg untuk umah mama siti,barang gi klinik..qiha bangun pukul8 so mandikan dia then bagi susu sikit terus ke klinik.as usual Klinik Kesihatan Seri Kembangan tak pernah tak sesak dengan ibu,anak,bapa.tapi okla qiha tak meragam..nasib la cuaca pun tak panas terik.
sampai turn qiha untuk timbang dia relax je..ukur panjang diam lagi pastu mula nak nangis sebab nurse nak ukur lilit kepala.so keputusannya adalah:
berat :6.5kg(ala tapi lasak ke main sampai tak larat nak dukung)
panjang :65cm(ni kira tinggi ke,ketot ke,normal height ek?)
lilit kepala :lupa plak nak tengok betul2 dalam buku!
so far she doing well..nothing to worried about.so balik dari klinik tu pukul11..kira okla bila guna balik sistem no giliran kat klinik tu so teratur cikit.nurse2 yang bertugas pun tak penat nk jerit2 panggil nama.
on the way balik dari klinik tu qiha minum susu terus tido.so bawak gi umah mama siti dia pun masih tak sedar lagi..petang semalam amik dia, mama siti cakap dia pun tido lama.letih sangat kot tengok telatah kawan2 sebaya..kira syukur sangat yang qiha ni tak susah nak jaga.alhamdulilah..
cik qiha cibuk nak punggah mainan dia..

Friday, October 22, 2010

bonus...

eh lupa cerita...kan kerajaan dah umum dalam budget 2011 takde bonus sebulan atau dua bulan gaji (utk keje gomen la)..yang diberi HANYA rm500 duit belanja sekolah anak...emm..nampaknya tak dapat la aku nak merasa abang bagi seratus dua..dah pikir kalaula dapat sebulan gaji aku nak mintak cikit untuk beli rantai emas qiha...jadi tunggu jela tahun depan beli sendiri guna duit sendiri...harap2 dividen ASB tinggi..so blh keluarkan cikit duit untuk beli rantai qiha,gelang tangan aku,almari baju,kipas untuk bilik qiha...banyaknya bende nak beli tapi duit tak berapa banyak..

pipi berdenyut-denyut

kenapa tah dua tiga arini daging (ada daging ker?) pipi aku ni asyik berdenyut2..ala macam dia gerak-gerak sendir..memang tak selesa..kenapa ek...stress sangat kot..ker sebab mulut terkunci maka muka rasa letih takde excersice?hahahahah....