Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 14, 2010

bilik beraircond

weekend ni kat kampung abang ada kenduri..so plan gi sabtu balik ahad.tapi nak tido umah atok ker..NO NO NO sebab kompem ramai then bersesak2 depan tv..pastu bila nak senyap umah kalau ramai orang..kang tak tido pulak Qiha tu..lagi rimas kalau ada wani sepupu abang.minah tu baru darjah 6 tapi aku memang tak suke dari dia kecik2 lagi.budaknya degil..ingat dulu dia suke main rambut aku..konon2 nak ikatkan..rimas ok.dah cakap jangan main tak paham juga.nasib baik anak orang..klu tak lama aku sekeh!so back to the story aku risau dia asyik nak dokong qiha.kalau betul matik la aku coz kompem qiha kejenya melalak coz rimas. eh,ape kaitan dengan tajuk di atas?hahahaha
hah untuk mengelakkan hidup aku jadi kucar kacir n tak aman maka langkah mudah adalah tinggal di hotel.dengan cuaca panas sekarang best sesekali lena dengan beraircond kan.mula aku plan nak bilik yang ada 1 queen bed, 1 single bed tapi abang cibuk cakap nak bilik 1 king bed je.ala baru nak merasa luasya katil.lagipun 1 bilik 2jenis katil lebih murah..tapi tak kisahla janji tak tido umah atok.boleh terhindar dari melayan bual2 yang malas aku nak layan.harap2 tercapai impian weekend ni tido bilik beraircond.

Wednesday, October 13, 2010

otak blank

sebenarnya banyak nak cerita tapi tak tahu ape yang menarik untuk diceritakan...so otak blank.

Tuesday, October 12, 2010

masa untuk bercuti

pelampung - ada
swimming suit - ada
swimming pampers - ada
so bila nak g bercuti..main-main air?qiha tak pernah lagi merasa mandi kat swimming pool ke,laut ke,sungai ker. tak taulah bila masa kami ni nak diajak oleh ayah g bercuti ke tempat yang berair. kan best kalau office abang buat lagi family day tapi macam dah tak ada lagi jek.
tengok list kat atas tu nampak sangat aku ni fussy untuk bawa anak bercanda di air kan.pelampung kena ada, selamat sikit.kalau pegang risau dia lompat2 plak.swimming suit kena ada sebab dia cute.pampers tu untuk elak dia mandi bogel.xmaula nanti sakit anu dia gara2 air.hehehheehe..pikir lebih kan. tak kisahlah tapi kena selalu berzikir kat telinga ayah ni untuk g bercuti2 tempat yang berair. 
weekend ni may be merasa lepak dalam bilik hotel kot kalau jadi balik muar. ada kenduri umah atok my hubby. tak mau tido kampung coz kompem sesak n malas nak mesra bersama serumah. dok hotel boleh relax n tido beraircond.hahahaa.

Friday, October 8, 2010

tired + bored + demotivated

tah la tak tau kenapa dua tiga menjak ni rasa bosang sangat-sangat dengan  life sendiri.everyday is a routine day.bangun pagi g keje,balik keje,buat keje rumah.tu jela..weekend kemas umah,lipat baju..kerja2 rumah la.sama je rutinnya.teringin nak rest sesekali.
teringin nak cuti tapi tulah dengan kocek kempis nak ke mana jer.pastu bukan reti drive sendiri,kalau reti boleh la g mana2 sendiri.hiburkan hati,hilangkan kebosanan yang ada.buat kerja rumah sekarang pun dah tak berapa nk ikhlas bukan ape..penat2 buat tapi tak ada tangan yg hulur bantuan.lagi geram kitela masak,kitela yang basuh segala periuk kuali mak nenek sume.lagi tak best org yang tukang makan sekadar basuh pinggan sendiri guna.ape yg tinggal dalam sinki tetap terbiar dan menjadi tugas aku juga membasuh.alasan yang diberi untuk tidak membasuh selain dari pinggan sendiri adalah 'tak nampak'.aduhh..kecikkan periuk umah aku sampai boleh tak nampak.macam nak hatuk kepala kat dinding!
satu lagi hilang rasa motivasi melakukan sume kerja adalah kerana kurangnya penghargaan dan pujian.sume org akn rasa berbunga2 bila dipujikan.aku tak pernah dapatlah kata2 pujian.yg ada hanya perkara yg memeningkan kepala setiap hari apakah menu nak masak malam ni.tanyala beribu kali tetap jawapannya entah.makna selama ni aku masak takde satu masakan yg best kan. :-(...tak pun puji ke masakan arini sedap sangat even sebenarnya rasa dia biasa je.ni tak aku yg kena tanya ok ke tak aku masak.jawapan 'biasa je'.
tak pun dapat surprise dengan kata2 'arini sayang tak yah masak biar abang yang masak.' tapi itu mustahil la ada yg voleenter nak masuk ke dapur tu.sebelum ni penah sekali aku yg suruh tukar shift..menu adalah sardin.ok tapi aku tak boleh nk suruh buat sardin tu mcmmn tp kalau yg masak dipesan masak mcmmn.
aku nak bercuti2 n merasa rehat yang secukupnya..nak RELAX!

Thursday, October 7, 2010

cuci gambar

gambar Qiha dah beribu ditangkap..banyak dah aku transfer dalam komputer ofis ni,masuk dalam pendrive,biar dalam camera tapi sekeping pun tak pernah cuci!so aku dah buat keputusan nak cuci cikit gambar Qiha..agak2 dalam 200keping (tak banyak kata ko..byk tu!).sebab semalam driver lambat pick up sebab dia leka dengan keje yang tak penah abis maka tak sempatlah nak minta menyinggah kedai gambar.
yang buat mood terus ilang bila dia cakap nak buat aper cuci..yela sendiri pun tak pernah tengaok gambar anak sebab umah laptop kan dah takde jadi aku sorg2la tengok gambar.tuan punya diri pun tak pernah tengok gambar sendiri.paling menyakitkan ati bila dia cakap dulu dia kecik2 pun takde album gambar..yg ada just sekeping dua.mulut terus nak cakap masa abang tu family abang miskin..sekarang abang bukan tak mampu.oh ye aku yg beria nak cuci gambar harusla kena guna duit aku kan so ape nak pertikai pun tak taula.adakah kerana diri dulu membesar dalam keadaan miskin maka anak pun kena ikut keadaan yang sama?
setiap orang pasti akan cakap dulu kecik2 aku tak dapat itu ini jadi aku akan make sure anak akan dapat ape aku tak dapat dulu.dalam keadaan ni kenapa nak ke samakan your childhood time with your daugther?kalau nak samakan better aku pun berenti keje jaga ank kat umh coz dulu ko pun mak jaga sendiri kan.eh ke terbiar besar sendiri sebab mak ko keluar keje kilang?so terpaksa diam pujuk hati yang selalu kecik ati ni.ape2 aku tetap nak cuci gambar Qiha.at least nanti dia dah setahun dua..dah pandai kenal bolehla tengok gambar dia since dari lahir spai besar.