Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, February 28, 2011

dispose the old for the new one

ok tetiba semangat nak dispose beberapa item barangan Qiha.sebab aku nak beli item baru untuk qiha.lagipun simpan banyak2 barang dalam umah ibarat umah merpati tu memang tak sesuai..

makin bersemangat nak hapuskan beberapa item qiha kerana My Dear warehouse akan ada awal bulan depan.so aku yang takde duit ni ada beberapa senarai barang aku nak beli..macam potty train,mangkuk makan..bed rail yang patut beli tu..aduhhh...duit segera datang.

item2 yang aku nak jual tu sebab aku yakin in the future tak guna.menyesal dulu beli tak pikir betul2 either item tu worth ke tak.so far abang dah publish 1 item kat mudah.com so harap2 laku.

P/S : patut aku publish post ni dulu tapi lupa plak...tetiba dah ada plak post yang ini..gara2 excited jual barangan preloved..

OASIS Activity Center

BERJAYA DIJUAL!!!!

SC620 OASIS Activity Center (Sweet Cherry)
Net Weight:3.96 (kg)
Features:
Suitable from 6 months above to 1 year old (not more than 12kg)
Removable electronic music and light toys
Develops child motor skills
Superior stability
Seat rotates 360 degrees
Cozy and easy to clean seat pad
Activity rocker
Multi-height adjustment




ok last week aku ada cakap nak dispose few item qiha kan...kerana umah aku yang tak cukup ruang (ruang bawak katil) pastu rasa item tersebut tak berapa aku berminat simpan dan untuk kegunaan akan datang (ada lagi ker akan datang?hahahaha).

ok salah satu item tu adalah walker kat atas.aku beli masa tu rasa rm150 kot kat jusco....tapi harga pasaran sekarang adalah rm 179.90...so last friday abang jual kat mudah.com percaya atau tak..sabtu tu dah ada orang beli.hani from shah alam.sanggup datang umah nak tengok n angkut bawak balik.aku jual dengan harga rm130.maka terlepas satu aktiviti hujung minggu..

alhamdulilah dapatlah cikit duit so lepas ni bolehlah nak beli potty train untuk qiha plak.tapi tak tau nak yang mana satu lagi yang sesuai.ikut nak beli yang ada music so semangatlah qiha kalau kencing bila ada music.hahahaha..tak pun nak beli yang boleh dicabut potty tu then letak kat real toilet.takpe pikir wisely mana yang ok.tapi aku terasa nak ajar qiha belajar potty train sekarang.demi nak menjimatkan kos pampers..hehehehe...

ada satu lagi item untuk dijual...kos asal aku beli adalah rm200+...tapi kena edit gambar n cari gambar yang proper...yang penting aku kena cari resit dulu nak tau harga sebenar aku beli sebelum memikirkan harga susut nilai yang aku suke untuk dibeli oleh orang lain.





















macam cedera

ok weekend tu kemas umah SENDIRI....sental toilet..gosok lantai yang licin tu...pastu kemas2 umah cikit...sapu lantai...sambil2 masak untuk lunch..menu nasi ayam..setel semua tu..barulah terasa sumthing..


tangan mula rasa tak comfort nak gengam sumthing kuat2..rasa sakit..sakit kat part yang kena circle tu...tekan cikit pun sakit bayangkan nak bukak botol..makan..so pergerakan yang lebih akan timbulkan ras sakit.memang tak serius rasa sakitnya tapi tadi aku cuba menulis pun rasa susah..huhuhuhuhu...


macam aku nak tekan jer tangan tu bagi ilang sakit.macam mana nak urut kalau dua2 tangan pun sama je kesakitannya.harap hilang la cepat sakit tu n tak berlarutan..tangan kanan nampak macam lebih bengkak dari yang kiri.haih...tak kemas umah tak boleh...kena kemaskan tapi bila sume kena dibuat sendiri jadi tekanan n membawa kemudaratan pada diri plak.yang pasti kerja umah tak pernah abis..so sakit macam mana kena jugak setelkan umah tu.MAY BE bila tangan dah tak berfungsi ada orang yang sudi nak membantu membanting tulang menjaga kebersihan umah tu kot. :-(

Friday, February 25, 2011

hari minggu datang lagi...

hemmmm.....dah nak abis satu lagi minggu keje...esok dah hari minggu..februari pun dah nak abis...sekejap jer masa berlalu..dah nak masuk bulan mac...hati dah mula gusar...dah jadi risau coz kalau next week tak bergaji macammana...aduh penin..bulan januari pun gaji tak keluar...janganlah bulan februari pun tak keluar...nak cari keje lain...nak dekat dengan umah...hishhh...risaunya...tak reti nak cari keje lain ni...resume pun dah tak update..tak kan berenti dok umah pulak....payment masuklah smoothly dalam account company aku keje sekarang ni...aper la masalah customer yang kat Sabah tu liat sangat nak bayar hutang..yang dia tak tau kami dah mati dah ni...kecewanya...huhuhuhuhuhu..

salam Jumaat buat semua..


Thursday, February 24, 2011

katanya tak kufahami..

rasa macam tak tau nak menulis aper..tiba2 idea langsung takde..blank..kosong...
pagi tadi qiha bangun pagi awal..aku bangkit dari katil mata dia dah terbuka luas n tersenyum lebar...terus ke depan n nak buka tv sendiri..sementara aku mandi..abang layan dia..

tetiba dia merengek tak mau turun..nak berdokong jer so aku pun sambil tempek bedak kat muka sambil dokong dia..ada dengar dia bersuara tapi aku tak concern aper yang dicakapnya...last2 masa nak tukar CD malam tadi dengan pampers untuk ke rumah mama CT baru perasan yang dia berak.patut pun dia merengek2 rupanya bontot tak selesa...dia ada sebut "yak..yak.."tapi aku yang buat tak endah.aper punya mak la...dahla minah kecik tu cakap perlahan so mana nak perasan.huhuhu..

punca aku tak concern dengan cakap Qiha sebab kalau dia nak susu bukan cakap 'susu' tapi merengek sampai buat aper kita bagi pun sume tak betul.bagi susu baru senyap.kalau tengah makan..bukan cakap 'nak..nak' kalau nak kite suapkan lagi tapi dia sebut 'a..a..'dah ajar pun dia masih tak berani nak sebut proper words..

haih..bilalah nak dengar qiha bercakap dengan perkataan dengan jelas.selagi tak reti bercakap ni aku was-was nak letak qiha kat nursery..cepat ye sayang cakap dengan jelas perkataannya pada mama n ayah

p/s:eh,normal kan anak aku??