Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 18, 2011

kenapa senyap?

ok dah lama..macam dah berkurun tak menulis kat sini..puncanya aku dah mula dok umah secara tak rasmi sejak lepas cuti raya haji tu.aku menulis ni guna galaxy tab sementara anak n ayah tengah tido.kalau diorang berjaga jangan harap aku ada peluang nak pegang..ha3.tak reti nak update guna galaxy jadi agak kelam kabut ckit..

masih belum biasa nak handle life as fulltime housewife.aku tak sure pernah ke tak bagitau kenapa aku terpaksa jadi surirumah sepenuh masa ni...cuma punca utama kilang aku keje dah berpindah ke bukit beruntung..macammana nak follow jauh bebenor dari rumah..


ok pasal aku cite kemudian..bulan 11 ni ramai betul yang kawin.lepas balik kg raya haji aritu minggu lepas kenduri sepupu abang kat kluang.hujung minggu ni sepupu aku kat kg then aku terus cuti dok kg coz 25.11.11 adik aku shida nikah..majlis sandingnya keesokkan hari..



Friday, November 4, 2011

Nursery - Day 5

Qiha pagi ni bangun awal..takdela awal pukul6.30 gitu..aku siap mandi dia terjaga...layan2 dia sambil bersiap g keje...bila tengok mama n ayahnya dah siap pakai baju kerja dia mulalah aksi nangis2...suruh tutup tv pn cakap nanak...dia may be dah tau kena g nursery kot...hahahaha

perkembangan baik even dia macam risau nak ke nursery tapi arini takde lagi adegan nangis n peluk2 aku macam tak mau tinggal...aku siap suruh greet cikgu morning pun dia follow...panggil cikgu dia pun sebut...cuma bila dah pass bagi cikgu tu dia dah cebik2..selebihnya aku tak nampak coz dah masuk umah..aku pun dah gerak..

semalam amik qiha pukul6.30...cikgu cakap asal sapa2 mak@ayah datang amik anak mesti dia nangis..dia ingat aku datang pick up kot..yela beberapa ari dia terawal balik so jadi yang last mestilah sedih...huhuhu..so aku sampai macam biasa adegan nangislah...

malam keluar makan kat johnny's alamanda...so tanya2 qiha kat school buat aper dia jawab nangis...hahahaha...lalu depan school kata nak anta dia citu nak tak...cakap nanak...bukan dia tak suka school tapi may be dia masih tak berapa nak selesa dok nursery kot...tak best coz ramai2 kan...selama ni dia sorang2 je kat umah pengasuh...ada kawan gaduh pun cuma iman..takpelah sayang...sekejap je pun...

Thursday, November 3, 2011

Nursery - Day 4

dah 4 ari qiha kat nursery..terasa lama plak..so far qiha makin good..cuma pagi2 masih ada aksi nangis takde air mata..tahla aper yang dia risaukan tah..balik pun sama..nak amik buat nada nangis,air mata bergenang.

semalam aku tak pergi amik qiha sendiri...aku pesan abang amik qiha kat nursery n im waiting for them to fetch me kat tempat kerja.sebab abang tak kerja so pikir nak bawak qiha berjalan ke ioi mall...saja bagi dia tengok environment lain..reward sebab good behave kat nursery..

semalam bila sampai abang call then suruh qiha cakap..'mama, spai' ala2 rasa touching plak..she say it so clear..semalam order buku qiha yang aku beli online dah dapat..nanti aku snap gambar bukunya..upah g ioi mall biasalah qiha naik merry go round tapi kali ni ayah yang teman..

muka budak tak puas main..dah kena turun...

rambut dia comel je tocang dua, cikgu buatkan..aku buat macam tak balance..cikgu buat sekata kiri kanan...hahahhaa...arini start amik qiha pukul6.30 coz abang dah keje..she must be wondering why we fetch her lambat kot ek nanti...lupa nak ingatkan pagi tadi...huhuhuh..

Wednesday, November 2, 2011

Nursery - Day 3

pagi tadi lewat anta qiha coz ayah dia ada...but masa ajak keluar umah coz nak g school she sound so hepi..siap nak cepat2 n pilih sandal lain...bukan dora...hepi berjalan coz dia sangka nak ke school jalan kaki..bila cakap ayah anta baru patah balik g kat keta...

hepinya jadi tangis yang teruk sebab sedar dah sampai depan pagar nursery..nangis2 so susah nak ajak keluar keta...last2 dia mintak ban-ban(bantal) to comfort her barulah boleh dokong keluar keta.tu pun masih nangis2 bila cikgu dokong...

call cikgu dia arini she said she did well compare yesterday...ok my Faqihah is good...just dia sedih part aku anta g nursery je..may be dia takut kena tinggal with stranger...harap she will be ok soon..ala tak lama pun sayang..3minggu je..sabar ye...

laporan semalam: petang amik dia terus nangis dengan air mata bergenang.alahai macam deritanya to kills time at nursery...sebab cuaca elok i bring her to kedai..eh serius memang rasa guilty letak qiha kat nursery..masa nak balik umah separuh jalan je dia rela jalan kaki..lebih suruh aku dokong..aduh..terus berpeluh ketiak..hahahaha..

lepas letak beg terus turun bawah balik untuk ke kedai..she so hepi..i buy her solivite water..kebetulan hujan lebat turun tanpa warning maka stop kat kedai makan n kitorang makan nasi goreng..she eat a lot.tu je best sejak dia dok nursery..selera makan dia macam kuat sikit..sayur hijau pun dia nak makan.

malam ayah balik..so tunggu kat luar umah, nampak keta ayah terus dia bunyi2 macam nak nangis..wah rindu la sangat konon.ayah masuk umah, peluk kaki ayah then tarik beg galaxy tap..hahahaha...so rindu ayah ke nak tengok video upin ipin dia?tak kisahla..janji she hepi...

Tuesday, November 1, 2011

skirtnya

ok sepanjang aku perasan..aku jarang nak pakaikan qiha skirt..aku perasan masa g umah oja la kat batu pahat aritu.dia angkat baju2 jemuran qaseh banyak skirt.so sabtu lepas aku terasa nak pakaikan qiha skirt..wow kagum coz cute n lawa sangat..macam budak besar pulak..sambil tu aku nak promote t-shirt free aku dapat dari pek pampers drypers...tak sabar nak abiskan stok pamper coz ada 2 lagi design baju aku nak collect..hehehehe..layankan aksi qiha yang tak boleh dok diam sekarang bila bergambar ni...

ni gambar paling sempurna..seluar depan qiha tu adalah stail qiha bantu aku sidai kain dalam bilik baju




ni adalah qiha kat bilik baju..tu yang ada iron board, nasib tak nampak ampai atas kepala qiha...hahaha...pampers yang kat belakang tu adalah stok belum bukak lagi..cantikkan baju free drypers ni..sedap masuk badan qiha...lepas ni nak cuba beli qiha skirt la..comel rupanya..

Nursery - 2nd day

ok arini masuk hari kedua qiha dok nursery..pagi tadi dia bangun pukul6.30..jadi mandi pagilah dia coz kebetulan aku pun nak mandi..dari dia mengoffer diri..better aku yang mengajak dari kang dia melalak pagi2..aku ingat nak cuba tulis ari2 life qiha kat nursery coz tak lama kan cuma 3minggu...so nak simpan as kenangan..

pagi tadi macam semalam juga berjalan kaki ke nursery..haih cepatlah esok..ada ayah senang..hehehe...qiha ok berjalan riang...semua kenderaan lalu dia cakap stop konon dia nak lalu..sampai nursery berdiri depan pagar tunggu pagar bukak..mula aku ingat ok rupanya tak..dia nak main buai tapi tak mau ke situ melainkan aku ikut sekali..dia pimpinlah tangan aku..kira dia dah sedar that jap lagi dia kena tinggal dengan cikgu n kawan2..

asal aku suruh dia g sendiri mesti dia merengek..pujuk2 suruh tengok ape kawan2 buat kat hujung pagar then cepat2 aku keluar dari nursery tu...melalak tak hingat berbanding semalam..sorilah sayang i have to go to work..bukan kerja lebih penting tapi buat masa ni, tu je pilihan yang ada..by next month i will stay by your side everyday eh.baru call nursery tadi dalam pukul11.10 tanya cikgu dia how was she...lebih baik dari semalam coz last dia nangis adalah masa pagi tadi lepas aku keluar dari nursery pastu dah takde nangis2..beza dengan semalam..

semalam laporannya adalah..tengah main2 tetiba qiha nangis..aktiviti biasa macam makan,mandi,tido semua normal just kadang2 dia nangis tiba2..pastu merangkak kat kawan macam nak suruh pujuk.kotlah tetiba teringat she alone there without me kot.masa aku datang jemput dia, qiha nampak aku terus panggil mama dengan suara sayu..ala2 sedih pulak dengar...terus tak mau dengan kawan2..dok melekat je dengan aku.kebetulan aku nak detel payment n isi form untuk pendaftaran qiha kat nursery.pastu terpaksa dok nursery lama cikit coz hujan lebat..tunggu teduh baru kami balik..

yang tak bestnya sebab aku tengok susu qiha yang dibancuh tu macam air tak cukup panas atau susu tak cukup kocak coz masih ada sisa susu yang berketul..tapi tu la nak buat macammana...terima jela..seperkara lagi..ada kesan cakar dekat2 mulut qiha...even garisnya halus..risau jugak qiha dibuli..tapi diamkan dulu coz that not really serius..ni la muka qiha ada kesan cakar..ke calar??



nampak kan..sekali pandang macam kena gigit..tahla but aku tanya2 qiha takde plak ciri2 dia mengadu macam sakit ke aper so aku diamkan je..betullah dok nursery berbeza dengan dok pengasuh tapi dua2 tempat pun kena percayakan penjaganya baru hati kita senang n tak risau sangat.moga sepanjang qiha dibawah jagaan orang lain aku harap dia selamat.amin.