ok arini masuk hari kedua qiha dok nursery..pagi tadi dia bangun pukul6.30..jadi mandi pagilah dia coz kebetulan aku pun nak mandi..dari dia mengoffer diri..better aku yang mengajak dari kang dia melalak pagi2..aku ingat nak cuba tulis ari2 life qiha kat nursery coz tak lama kan cuma 3minggu...so nak simpan as kenangan..
pagi tadi macam semalam juga berjalan kaki ke nursery..haih cepatlah esok..ada ayah senang..hehehe...qiha ok berjalan riang...semua kenderaan lalu dia cakap stop konon dia nak lalu..sampai nursery berdiri depan pagar tunggu pagar bukak..mula aku ingat ok rupanya tak..dia nak main buai tapi tak mau ke situ melainkan aku ikut sekali..dia pimpinlah tangan aku..kira dia dah sedar that jap lagi dia kena tinggal dengan cikgu n kawan2..
asal aku suruh dia g sendiri mesti dia merengek..pujuk2 suruh tengok ape kawan2 buat kat hujung pagar then cepat2 aku keluar dari nursery tu...melalak tak hingat berbanding semalam..sorilah sayang i have to go to work..bukan kerja lebih penting tapi buat masa ni, tu je pilihan yang ada..by next month i will stay by your side everyday eh.baru call nursery tadi dalam pukul11.10 tanya cikgu dia how was she...lebih baik dari semalam coz last dia nangis adalah masa pagi tadi lepas aku keluar dari nursery pastu dah takde nangis2..beza dengan semalam..
semalam laporannya adalah..tengah main2 tetiba qiha nangis..aktiviti biasa macam makan,mandi,tido semua normal just kadang2 dia nangis tiba2..pastu merangkak kat kawan macam nak suruh pujuk.kotlah tetiba teringat she alone there without me kot.masa aku datang jemput dia, qiha nampak aku terus panggil mama dengan suara sayu..ala2 sedih pulak dengar...terus tak mau dengan kawan2..dok melekat je dengan aku.kebetulan aku nak detel payment n isi form untuk pendaftaran qiha kat nursery.pastu terpaksa dok nursery lama cikit coz hujan lebat..tunggu teduh baru kami balik..
yang tak bestnya sebab aku tengok susu qiha yang dibancuh tu macam air tak cukup panas atau susu tak cukup kocak coz masih ada sisa susu yang berketul..tapi tu la nak buat macammana...terima jela..seperkara lagi..ada kesan cakar dekat2 mulut qiha...even garisnya halus..risau jugak qiha dibuli..tapi diamkan dulu coz that not really serius..ni la muka qiha ada kesan cakar..ke calar??
nampak kan..sekali pandang macam kena gigit..tahla but aku tanya2 qiha takde plak ciri2 dia mengadu macam sakit ke aper so aku diamkan je..betullah dok nursery berbeza dengan dok pengasuh tapi dua2 tempat pun kena percayakan penjaganya baru hati kita senang n tak risau sangat.moga sepanjang qiha dibawah jagaan orang lain aku harap dia selamat.amin.
No comments:
Post a Comment