Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 10, 2010

esok cuti sehari!

esok bercuti n jadi suri rumah coz pengasuh qiha kak siti minta cuti coz esok nak daftarkan anak dia masuk form1..tah betul ke tak..tak taula coz time aku dulu sekolah yang handle sekolah kot coz cukup masa,cuti sekolah abis maka silalah ke sekolah menengah.tak pun beberapa hari sebelum sekolah bermula baru gi mendaftar.tapi tu johor beb..sini selangor so may be peraturan lain.ke sekarang peraturan memang dah tukar.entahla..
so esok cuti sehari even depan aku ni ada keje nak buat even tak berapa urgent tapi keje beb..rezeki datang dari keje2 yang tak banyak ni tapi aku kenalah tunjuk komitmen.esok tak boleh bangun lambat still wake up at 6am coz nak kena sapu n mop lantai before qiha bangun.dia dah wake up maka kerja2 pembersihan tak boleh dilakukan.
see u on friday...

Tuesday, November 9, 2010

kawan dan hutang

weekend tu balik segamat coz cuti panjang.so amatlah seronok coz tetiba aku malas bangun pagi n dapat tido lama coz abang bangun awal layan qiha.jumaat tak ke mana..sekadar petang fetch shida balik keje then g dataran coz abang nak test keta control dia.baru main kejap sekali tayar cabut pastu bunyi enjin dah semacam.tapi memang laju keta remote tu wei..sabtu tu plak pun jalan nak petang..konon nak fetch shida tapi wan dah amik maka kami keluar berjalanlah..tak senonohkan nak maghrib baru nak berjalan..ni ape kene mengena tajuk dengan kisah hidup di kampung ni..hahahaa..suke akula nak letak dua cite dalam satu...tapi memang balik segamat aku jarang nak berjalan..rasa dok umah lebih relax..
ok sabtu tu aku dengan semangatnya ajak g makan pizza..pengaruh iklan pizza chesse yang sedap tu.tapi memang dok kat fastfood yang glamer memang service amatlah tak besh!lambat..qiha aku tak bawak ape2 makanan so ktorang makan pizza dia makanlah roti cicah mushroom soup.oh aku ada amikkan dia salad n pestime aku bagi qiha menyepahkan meja dengan makanan..tah ek sebab keadaan kat ctu macam sesak kot so makan pun tak berapa syok..ke sebab situasi jumpa kawan yang buat mood ilang?ahhahahaha
ok dulu masa aku sekolah menengah aku ada kawan baik yang tido sebantal,makan sepinggan..punyalah akrab.tapi semua berubah bila masing2 masuk U..time tu aku ada duit lebih cikit so masa dia masuk U tu aku tolonglah bagi PINJAM..dia dapat PTPTN langsung tak bayar balik hutang..g umah dia sekali tengok dia beli komputer.ok fine aku just tumpang buat asignment kat komputer bilik kawan tak pun lab komputer.hutang aku bila mau bayar beb?masa dulu nak guna prepaid pun kira kaya..aku takat public phone..tak pun handset rumet..dia dengan berlagakz cakap tak kelas guna prepaid,guna bill senang cikit.cukup jam, bil tertunggak spai dapat surat mahkamah baru menyesal.aku yang cikai ni jugaklah tolong bagi duit sikit suruh setel bil tunggakan tu.aku ada anta surat suruh bayar hutang,ok dia kata mau bayar tapi sampai sudah tak nampak sesen pun dalam bank.pastu terus dia buat adegan putus kawan.salah ke aku nak tuntut hutang?ada facebook pun sanggup tak add aku..takpelah aku tak glamer macam kawan2 yang lain.
masa nak keluar hati aku macam dah terdetik akan jumpa orang yang aku rasa perlu jumpa n tengok reaksi dia..sekali instinct aku betul..terserempak dalam pizza.dia tak perasan aku tapi shida masuk dia perasan.serius aku pun macam takde hati sangat nak tegur,dia pun tegur takat sengih2 je.okeh aku lagi cbuk layan anak aku.ko kawin dah lama ada anak tak?emm...masa dia balik cikit pun tak datang kat meja kami n put hand on my shoulder to says good bye..nampak sangatlah kite ni tak kawan kan.aku even tak rapat sangat dengan orang tu tapi once aku nak meninggalkan tempat tu aku akan g tempat kawan yang tak rapat tu untuk cakap goodbye.tak percaya ke?aku dulu kalau jalan2 kat segamat then terserempak dengan ummi aku akan tegur then mula la cite kat abang yang ummi ni dulu susah n dia jual keychain benang kait dengan harga 50sen..aku ada beli coz dia buat dengan elok n kecian dia bukan orang senang.

moral of the story: 
kawan sekolah memang ramai, kite kenal even tak rapat so balik kampung,kalau terserempak cubalah tegur.hutang tu tolong ingat n bayarlah.walau dah tak ingat berapa amount hutang bayarlah ikut ikhlas. sekian

Monday, November 8, 2010

kisah JB 28/10-31/10

ok kisah ni dh lepas baru sekarang nak story...rasa dh bgtau kot sebelum ni yang aku ke JB sempena persidangan abang.dia keje harus la aku ikut bercuti...hahahahah..pdhal tak ke mana pun..dok bilik je..kan bagus aku reti drive may be blh kot jauh aku bawak qiha berjalan..poor me..:-(
kamis (28/10/10)
pagi tu bawak qiha g klinik then balik umah kemas2kan beg yang dah dikemaskan sikit sebelum ni...keadaan qiha tak membimbangkan maka tengah hari kitorg gerak.cuaca amatlah tak best sebab panas terik.hujan setitik pun takde..so spai dalam pkl6.30 terus check in.malam keluar makan dengan wan shida.hebat tau qiha masuk keta tido spai je terus celik mata.so balik makan abang masih tak abis persidangan..layan tv n qiha.tengah malam bagi ubat qiha muntah kan...abis katil...
jumaat(29/10/10)
qiha masih lagi makan ubat uwek2...pagi tu aku bwk dia turun breakfast then g swimming pool...oh bilik hotel adalah tak best coz aircond hampeh...tak boleh off kalau tak padam terus..tak ke mana2..plan jumpa abang ajak tapi cancel coz qiha masih demam,then abang ajak pun ada keje kat UTM.so dok jela dalam bilik..qiha even syok main tapi bosan.kejap2 merengek..nangis..so just bawak dok tepi tingkap tengok keadaan luar.malam nasib baik abang cancel persidangan maka berjalanlah kami cari makan.ala bukan jauh pun takat ke danga mall yang tak banyak kedai menarik.balik tido.
sabtu(30/10/10)
eh kitorg dah tukar bilik..lagi ok ckit coz nampak spore,ada hot shower yang waternya hot..so nak mandikan qiha senang ckit.hari ni qiha makin kebosanan dok dalam bilik tapi aku nak berjalan pun malas coz hujan..tapi dah tak larat layan qiha maka aku sumbat dia dalam carrier maka berjalanlah kami.plan nak bawak qiha pusing2 sekadar buat syarat..sekali aku tengok qiha ok pastu nak ke plaza pelangi macam senang coz ada jejantas maka berpatah balik ke hotel coz nak bawak beg susu.so cuaca tak berapa panas ktorg ke plaza pelangi..nampak je entrance shopping mall,qiha terus bertepuk tangan.suke jumpa tempat yang selalu dia visit.hahahaha..pusing2 dalam 2jam then balik bilik.
oh tak jadi tido umah nyot sebab hubby dia kata tak selesa ada orang luar nak bermalam kat umah.jadi malas nak cakap banyakla...malam wan bawak g umah apet.macam gathering adik beradik lak coz ada adik n family angah.aku tunjuk qiha syasya syok minum susu sekali qiha tepuk syasya..nasib tak menangis chacha..kasarnyala qiha aku ni..hahahaha
ahad(31/10/10)
berkemas2 n tunggu masa untuk pulang.pukul3 gerak balik...abang ajak singgah angsana tapi sebab qiha baru je lelap so malas la aku nak berjalan...
abisla cite kisah di jb yang tak berapa berjalan pun...hahahaha..sekadar bawak qiha berjalan jauh je...

Thursday, November 4, 2010

Qiha demam

aku ni malas cikit nak menulis jadi lambatlah nak story..kih..kih..kih..
qiha demam tapi last thursday (28/10/10)..on that day pun kami nak ikut ayah ke jb..petang rabu tu aku dah rasa dah yang badan qiha demam,kak siti bgtau jugak..so bagi ubat demam malam tu sambil tuam2 kepala dia.okla ilang demam kejap..pagi bangun tengok makin panas maka mandikan dia then bawa g klinik jumpa sama dr.Guna..doctor check memang demam tapi tak serius..so dapatla ubat demam n antibiotik.balik umah cepat2 kemas beg n tengah hari tu kitorg ke JB..alahai memang 10sion coz perjalanan ke sana amatlah panas,tak bertembung dengan hujan langsung!so kamis malam bagi qiha ubat..okla tapi pagi buta bagi makan ubat terus dia muntah..hampeh so pagi2 buta kena la tukar baju.nasib baikla hotel so lantakla..kalau katil aku memamh mengamuklah.jumat tu pun aku bagi ubat dia muntah..ubat demam ok tapi antibiotik tu..tak taula kenapa..tapi sabtu tu aku amik cara baru bagi ubat..aku dok sebelah toilet in case muntah senang..bagi antibiotik dulu baru ubat demam..lucky takde adegan muntah..alhamdulilah jugak petang tu tengok qiha dah makin sihat..so hati lega coz kalau dah baby kalau sakit takat 3ari je..lebih ke g klinik check if anythng happen.
oh sepanjang berada di jb qiha betul2 cranky..tak boleh berenggang dengan aku..either tak selesa dok dalam bilik hotel..atau bosan memerap dalam bilik je..nanti2la aku cite ape aktiviti kami berdua kat jb sementara ayah keluar bekerja..berpersidangan ehh..

Wednesday, November 3, 2010

my Dear warehouse sales

ok semalam aku g warehouse..sebelum2 ni tak pernah g pun...punyalah excited!hahahaha..aku tau my dear ni ada warehouse sales start dari kamis lepas 28/10/10-6/11/10..so dengan takde duit,dengan abang kata tak senang ingat tak jadila buat lawatan ke sana..tetiba semalam cakap g pukul 4.30ptg.niat aku nk g sana cuma nak beli bedrail ni je untuk letak kat katil bujang.konon kan nak bagi qiha belajar tido sendiri kat bilik sendiri.so far qiha suke dengan dinding bilik dia yg dah padat dengan sticker ABC n glow in the dark..tinggal aku nak beli kipas n lampu tido je then bolehla slow2 budak tu tido sendiri.tapi sekarang dia kalau tido mesti kejap2 nak rasa ada orang kat seblah dia,biasa akulah mangsa..tangan dia cari2 aku then peluk..sweet tapi macam manja pulak.
ok back to the story..patut beli bedrail ni..harga dia RM89.90..tapi sales maka just rM59 je.murahkan tapi tak jadi beli coz dah terbeli bende lain...hahahaha..nasib aku tak bawak duit maka takdelah beli..abang pun tak bawa cash banyak.nak guna kredit kad rugi coz barang2 yang lain dah dibayar.

sebab tak beli bedrail ni maka mestilah ada bende lain yang dibelikan..memang dasar mata tak boleh tengok bende yang menarik terus rasa nak beli semua tapi sayangnya kocek tak ada duit..ham..ham..ham..hampeh!ok aku just beli baju baby gap 1 tshirt (i love mama) baju tido (i love dad),1 busha,1 baju tido takde brand..baju 4pasang ni je dah 50hinggit...mahalkan..murah je kan sebab baby gap kat online dah 20hinggit lebih sepasang.ok yang aku puas ati sebab kain more better compare yang beli kat online.ok tak beli bedrail aper yang aku beli?aku beli ni..

harganya RM129.90 tapi aku berjaya beli dengan harga RM84 je maka lepas ni berjalan tak yah guna stroller yang qiha dah berani panjat tu.hoping dia dapat dok diam2 cos ada belt.abang nampak keta remote control so dia pun beli...RM59..suke hatilah sebab selalu asyik tengok kat jusco..asal nak beli aku larang coz rasa membazir.weekend ni balik segamat so boleh main keta kat dataran..nak main kat umah yang serba serbi bagai sarang merpati mmg xsesuai.tapi malam tadi test juga..qiha takut coz bunyi bising but dalam takut2 nak main juga.berapa total dilangsaikan kat warehouse sales my Dear..baju RM50 + buggy RM84 + keta remote control RM59 = RM193..hampir 2rat jugak ek guna..hahahaha..kayap..!