Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 9, 2010

kawan dan hutang

weekend tu balik segamat coz cuti panjang.so amatlah seronok coz tetiba aku malas bangun pagi n dapat tido lama coz abang bangun awal layan qiha.jumaat tak ke mana..sekadar petang fetch shida balik keje then g dataran coz abang nak test keta control dia.baru main kejap sekali tayar cabut pastu bunyi enjin dah semacam.tapi memang laju keta remote tu wei..sabtu tu plak pun jalan nak petang..konon nak fetch shida tapi wan dah amik maka kami keluar berjalanlah..tak senonohkan nak maghrib baru nak berjalan..ni ape kene mengena tajuk dengan kisah hidup di kampung ni..hahahaa..suke akula nak letak dua cite dalam satu...tapi memang balik segamat aku jarang nak berjalan..rasa dok umah lebih relax..
ok sabtu tu aku dengan semangatnya ajak g makan pizza..pengaruh iklan pizza chesse yang sedap tu.tapi memang dok kat fastfood yang glamer memang service amatlah tak besh!lambat..qiha aku tak bawak ape2 makanan so ktorang makan pizza dia makanlah roti cicah mushroom soup.oh aku ada amikkan dia salad n pestime aku bagi qiha menyepahkan meja dengan makanan..tah ek sebab keadaan kat ctu macam sesak kot so makan pun tak berapa syok..ke sebab situasi jumpa kawan yang buat mood ilang?ahhahahaha
ok dulu masa aku sekolah menengah aku ada kawan baik yang tido sebantal,makan sepinggan..punyalah akrab.tapi semua berubah bila masing2 masuk U..time tu aku ada duit lebih cikit so masa dia masuk U tu aku tolonglah bagi PINJAM..dia dapat PTPTN langsung tak bayar balik hutang..g umah dia sekali tengok dia beli komputer.ok fine aku just tumpang buat asignment kat komputer bilik kawan tak pun lab komputer.hutang aku bila mau bayar beb?masa dulu nak guna prepaid pun kira kaya..aku takat public phone..tak pun handset rumet..dia dengan berlagakz cakap tak kelas guna prepaid,guna bill senang cikit.cukup jam, bil tertunggak spai dapat surat mahkamah baru menyesal.aku yang cikai ni jugaklah tolong bagi duit sikit suruh setel bil tunggakan tu.aku ada anta surat suruh bayar hutang,ok dia kata mau bayar tapi sampai sudah tak nampak sesen pun dalam bank.pastu terus dia buat adegan putus kawan.salah ke aku nak tuntut hutang?ada facebook pun sanggup tak add aku..takpelah aku tak glamer macam kawan2 yang lain.
masa nak keluar hati aku macam dah terdetik akan jumpa orang yang aku rasa perlu jumpa n tengok reaksi dia..sekali instinct aku betul..terserempak dalam pizza.dia tak perasan aku tapi shida masuk dia perasan.serius aku pun macam takde hati sangat nak tegur,dia pun tegur takat sengih2 je.okeh aku lagi cbuk layan anak aku.ko kawin dah lama ada anak tak?emm...masa dia balik cikit pun tak datang kat meja kami n put hand on my shoulder to says good bye..nampak sangatlah kite ni tak kawan kan.aku even tak rapat sangat dengan orang tu tapi once aku nak meninggalkan tempat tu aku akan g tempat kawan yang tak rapat tu untuk cakap goodbye.tak percaya ke?aku dulu kalau jalan2 kat segamat then terserempak dengan ummi aku akan tegur then mula la cite kat abang yang ummi ni dulu susah n dia jual keychain benang kait dengan harga 50sen..aku ada beli coz dia buat dengan elok n kecian dia bukan orang senang.

moral of the story: 
kawan sekolah memang ramai, kite kenal even tak rapat so balik kampung,kalau terserempak cubalah tegur.hutang tu tolong ingat n bayarlah.walau dah tak ingat berapa amount hutang bayarlah ikut ikhlas. sekian

No comments: