Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

mak warded at hosp Segamat

emm...semalam petang my big sister datang umah then bawak mak g klinik...masa otw ke klinik mak baru mengadu yang sebenarnya tangan kanan dia dah takde rasa since yesterday..shida pegang pun tangan mak dah lembik...aduhh...sedihnya..saat mak sakit aku takde kat sebelah...

disebabkan doctor takde so malam tadi terus diorang bawak mak g hospital segamat...setelah dicheck maka mak pun kena tahan n masuk ward.walaupun sedih tapi aku lega sebab sekurang2nya mak tak perlu menderita menahan sakit sehingga esok.kalau takde sapa nak bawak mak jumpa doktor memang esok (jumaat) aku merancang aku balik kampung n bawak mak.

sebenarnya mak memang ada darah tinggi tapi sebab masalah kesihatan mak yang lain so even shida dah belikan ubat untuk mak tapi mak tak makan selalu..so malam tadi doctor check n bagitau shida yang darah tinggi mak terlalu tinggi sebab tu jugak mak dapat simptom STROK!ye mak kena tanda2 awal strok.doctor bagitau kalau tak jaga mak dengan betul boleh bagi mak kena pendarahan dalam otak..atau strok kali kedua.ya Allah nasib baik semalam sempat bawak mak g hospital...

disebabkan masalah kesihatan mak yang lain...yang umpama hidup di dunia sendiri tu..so doc bagi cadangan nak rujuk mak jumpa pakar psychiatric..emm...yang ni aku pun tak tau ok ke tak..ape2 sepanjang mak kat hospital buat masa sekarang aku harap akan reduce darah tinggi dia je....malam tadi pun tak rasa nak lena sangat tido pikir mak..shida pun mak tido tak lena, kejap2 terjaga...pukul3 lebih shida sms bagitau yang masa mak nak ke toilet jarum drib kat tangan kiri tercabut then memancut darah keluar.eii....deritanya lah keadaan mak... kalaulah aku boleh ganti penderitaan mak

urat tangan kiri mak bengkak..so nak tak nak pukul 5lebih tadi doc cucuk plak tangan kanan mak...ala siannya mak...shida cakap mak asyik cakap sakit tangan dia...aduhh...harap2 abang larat la nak drive balik petang ni.macam tak sanggup nak biar mak derita sorang2 sehari lagi tanpa aku di sisi...aku nak teman mak saat dia sakit n sihat...

pada usia mak menjangkau 64tahun aku harap kesihatan mak akan pulih balik.even mungkin takkan sihat 100% tapi nak mak sihat sejahtera seperti dulu..kuat n berdaya..bukan lemah seperti sekarang....:-(

ni masa lepas aku nikah..

ni gambar family aku..
yang berdiri anak & menantu...
duduk sume anak2 saudara

ni plak aku dengan mak masa majlis tunang shida
"mak moga mak akan sihat...deqna akan balik n jaga mak ye..rindu nak tengok senyuman mak..masakan mak..teguran mak..bualan mak...rindu perbualan kite dalam english...sambil cakap mak besar2kan mata...mak terus la sihat n kuat ye..."

Wednesday, April 27, 2011

susah hati mengenangkan mak

emm...tadi tengah hari my sis Shida sms tanya aku balik weekend ni ke tak..jaranglah dia nak tanya aku balik kampung ke tak kalau takde hal serius dia nak mintak tolong....sekali dia cakap mak tak sihat...kalau takat demam tu ok lagi..tapi ni bagi aku dah serius sebab menyebabkan perubahan fizikal mak...

aduhh...dari aku nak makan lunch terus ilang selera..risau kat mak..rasa macam nak terus balik segamat jer...tapi apakan daya aku keje...so ingat esok nak balik tapi abang pulak ada kursus sehari...aduhhh..."bersabar ye mak..nanti jumaat deqna balik bawak mak g hospital"

harap sementara aku tak balik ni mak tak makin serius...sebab risau abis aku call sume adik beradik bagitau..yela sendiri tak mampu dah jadi terpaksa bantuan yang lain.so macam2 la halnya setiap adik beradik...masing2 dengan masalah masing2.harap adalah yang balik n bagitau aper tak kena...oh shida memang dok dengan mak abah tapi dia tak mempunyai ape2 transport so tak mampu la dia nak bawak mak g hospital..

asalnya shida just bagitau aper yang dia pandang pada perubahan fizikal mak...tapi sebab kali ni sakit sampai ada perubahan fizikal aku rasa serius...mak memang ada dara tinggi tapi ndak mau dia makan ubat...harap2 bukan mulut mak yang senget sikit tu bukan tanda2 awal akan kena strok...aduhh..nak tulis pun dah dah bergenang air mata...

"ya Allah..aku mohon pada Mu kau berikanlah kesejahteraan terhadap mak ku..Kau kekalkanlah kesihatan yang baik untuknya di umur 64tahun ni.."amin.

melekat jer

oh qiha memang manja2 sangat dengan aku...malam dia nak tido kompem mengamuk kalau aku tak masuk bilik sekali...sebab kami tido sekatil maka malam2 buta boleh rasa dia akan peluk aku..kira kalau aku bangun dia akan tersedar jugak la..bila aku kat dapur nak masak dia pun akan main kat dapur jugak...adalah main dengan ayah dia tapi kejap...so aper2 dia nak melekat dengan aku jer...masuk toilet la yang paling mencabar coz dia akan ketuk2 pintu sampai kite keluar...kadang2 tension jugak...tapi sebab dah biasa aku buat tak tau jela....lagipun dia bukan buat banyak perangai pun...takat nak aku dok dekat dia..jangan buat aper2 (dah tu sapa nak buat keje umah)...aku kena dekat dengan dia sentiasa..mata dia mesti nampak aku...main sendiri pun takde hal...janji kena dekat n melekat...hahahaha...

ni masa aku tengah nak siap2 dia main kat kain...main pusing2 kat kelengkang aku la...hah sekarang nak main barang make up aku...dapat lip balm abis dia korek2 then sapu kat muka n rambut....payah la bila dah besar..nanti barang2 kena share dengan dia...hahahahaha



pegang jela kaki mama tu qiha...tak kosa nak melayan dah...

hujan di pagi2 Rabu

morning....asssalamualaikum to all...

pagi tadi bangun pukul5 sebab nak masak bekal qiha..hari ni buat sup ikan merah..lamanya qiha tak makan sup ikan..masa bangun tu hujan lebat2 sangat...pikir jap lagi nak g keje kalau masih tak surut berenti jugak hujan mesti ada mana2 jalan yang akan banjir kilat...alhamdulilah before 7am dah berenti hujan.qiha pun tetiba arini bangun awal..biasa pukul 7 lebih ni 6.45 dah terjaga...

pagi2 bangun dah bising suruh bukak fridge..bukan ada aper nak makan pun...tapi dia korek2 jugak then jumpa cheese...hah sekarang qiha memang minat makan cheese..lepas ni kalau tak bulat tak tau la..bagi makan cikit jela..then suruh dia perabihkan susu..pagi2 bila qiha bangun aku akan suruh dia tengok tv7 coz ada cite hi-5..dia suke tengok..nak bagi tengok cartoon channel...sori lor umah takde astro..ala bukan tengok tv sangat..malam biasa 9.30 dah masuk bilik tido pun...then dah nampak ciri2 dia memerut..siap cebuk sume terus keluar umah g anta qiha umah mama ct n off me to work..

gambar sebagai penghias cite jer...

Tuesday, April 26, 2011

Kuantan - last day

hah kan lepas aku bagitau aritu aku kat kuantan...then siap jer aku tulis qiha pun bangun dari tido...so kami pun mandilah sama then bersiap untuk balik KL...singgah RnR Gambang..konon nak makan lagi ikan patin tapi kan aku tengok ikan kembong air asam macam sedap so aku bedal yang tu...kitorang gerak balik dari kuantan pukul 11.30 kot then spai cni pukul 3.30 so masih awal maka sambung berjalan ke ioi mall pulak...lama dah tak berjalan ke citu..

ok ni gambar masa tengah aku bersiap2 untuk balik...ari ahad tu adalah hari hijau sekeluarga...






maka tamat la cite hujung minggu di Kuantan....tak banyak tempat aku g...tak banyak gambar aku amik...selalu macam tu la kalau ikut abang bekerja...tak ke mana2 pun even peluang jalan2 Malaysia depan mata...abang bukan minat sangat bab jalan2 ni...so redha dalam paksa jela...hahahahhaa....sentap tau!