Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 2012

Salam Ramadhan buat pembaca sekalian...ada ke yang baca??hihihihi

Ampun dan maaf atas kekhilafan saya di sini..moga Ramadhan kali ini lebih indah dan bermakna buat saya dan anda semua.

Selamat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik...moga bertemu nanti malam lailatulqadar ku...amin

Wednesday, July 18, 2012

gambar lama...my family

ni gambar family aku masa kwin adik aku shida bulan november tahun LEPAS...punyalah lama nak tunjuk....tak tertunjuk2...tulah masalah tak reti update guna galaxy tab..pastu gambar lak dalam kamera..ni pun aku download dari fb anak buah...hahahaha..baru terpikir boleh buat macam tu...



lasaknya dia...

tengoklah gelagat Maya Faqihah saya....sangatlah lasak...ni baru aktiviti melompat dalam bilik..belum kes panjat kusi..sepah kusyen... sepah umah lagi..

kadang naik pening kepala nak layan..oh anaknya satu tapi ayah snap gambar byk2 dalam satu shot.kesepahan katil abaikan je coz situasi waktu pagi lepas bangun tido






Monday, July 2, 2012

banyak akal

budak ni sekarang dah makin banyak cakap...banyak akalnya...banyak jugak nakalnya.keje menyepah umah tak abis..bila tanya sapa nak kemas jawabnya senang je..'mama kemas'...kadang sendiri cakap umah sepah..maya buat....

tapi tulah nak marah tak boleh..so lepas sepah kemas lah umah balik sendiri.kadang boleh jugak mintak tolong kemas sama2.


yang ni tengah ada mood nak main kaler2....tengok cara pegang kaler pensil pun dah tau kompem belum teror mewarna...lebih pada menconteng sebenarnya.tak kisah la janji conteng ke kaler ke qiha buat atas buku bukan dekat dinding.thats why aku suke qiha coz she easy follow cakap even lasak.but klau berdua je dengan aku kat umah xdelah buat perangai, cuba ada ayah dia..hah saja nak tarik perhatian dengan sepah semua mainan...tension coz yang kemas tu aku jugak...

Saturday, June 9, 2012

Eagle Ranch Resort, PD

Ni masa follow abang g kursus 3h 2m kat Eagle Ranch. Mula ingat nanti bosan rupanya tak jugak coz ada atvt yang boleh dibuat.cuma gambar tak banyak coz kamera takde.shida pinjam coz dia g cuti langkawi kan.klu aku bawa camera pun bkn rajin nk snap gambar..memberatkan beg je.hahaha.kat eage ranch ni merasalah qiha swimming..yang paling best naik keta kuda.nak horse riding tak blh coz she so small lagi.gambar yang bwh sekali tu sebenarnya ats keta kuda..muka ada takut coz bergoyang2kan..tp oklah tercapai impian dia nak berkuda.




kitorang g cni ari isnin spai rabu..pastu balik umah terus basuh baju coz khamis pagi gerak g Kulim.abang ada program kat Jelajah Janji Ditepati kat Kulim Hi-Tech.Jumaat dah kat Seberang Prai, Penang.so sepanjang minggu rumah kami adalah bilik hotel.klu kat kulim qiha g swimming..kat penang ni g shopping.oh segala atvt hanya aku n qiha je..macam biasa ayah keje kami cari atvt sendiri mana yg boleh.

Tuesday, June 5, 2012

Saya Suka AISKRIM

Rasanya normal semua orang suka aiskrim.masa qiha kecik dulu memang aku tak bagi makan makanan yang kurang nilai khasiatnya tapi bila dah masuk setahun, cikit2 qiha makin terdedah dengan makanan ringan.

Aiskrim memang qiha suka..bukan anak aku je..semua budak pun suka kan.qiha lebih suka aiskrim yang berkon..so ada masa dalam fridge umah ada stok aiskrim mini conetto (eh tak reti eja plak).aritu saja beli aiskrim batang..emm rasa aiskrim kon lagi bagus so kurang comot.yang batang cepat cair so meleleh aiskrim tu.

Aritu qiha request nak makan aiskrim mat kool ni pastu elok baik je dok atas kusi.biasa dia makan aiskrim kat lantai je..tapi meleleh2lah aiskrim dia.aku jugak kena tolong jilatkan coz qiha tak pandai jilat dengan cepatkan...



rabu tanpa kata

saya suke naik basikal


tempat beradu puteriku

wah tajuk melebih plak bunyi..hehehehe...sesekalikan coz jarang dah nak mencoret kat cni.
emmm...aritu masa hari belia,last day ahad petang tu abang bawak kitorang berjalan ke booth yang ada.sebab dia keje maka merasalah berjalan ke sana.kalau tak ada kaitan kompem tak mau ke sana coz masalah parking kan..bila dah jadi orang terlibat dengan program adala parking yang dekat2 cikit.eh dah melalut plak ke cite parking...back to the story..
masa jalan2 kat booth yang dibuka sepanjang hari belia tu,terjumpalah satu booth jual alatan khemah.ada satu khemah tu mata dah terberkenan untuk tempat permainan qiha.dengan harga yang reasonable,abang pun setuju beli maka dapatlah khemah serta 30biji bola2 kecik untuk qiha main dalam tu nanti.
dengan nilai rm39.90 rasa berbaloi sangat coz qiha suka sangat.rumah pun dah kurang semak coz she play inside khemah tu.bangun pagi keluar bilik terus masuk khemah.oh khemah tu aku setting kat ruang tamu je...senang coz banyak masa dok ruang tamu n dapur kan.klu tido siang pun kat dalam khemah tu jugak.malam klu qiha dah mengantuk,nak tido tapi aku masih nak tengok tv..dia rela lena dalam khemah dulu...
so ni lah khemah yang best tu..kira next time klu nak piknik boleh gunapkai jugak kot..



Saturday, June 2, 2012

basikal baru

budak ni dia teringin nak ada basikal...setiapkali ayah balik dari kerja dia akan cepat2 sambut kepulangan ayah dengan soalan 'basikal anya?'...sebagai mama yang tak boleh permintaan anak tak dibeli maka beberapa minggu yang lepas paksa ayah beli jugak coz aku yang dok dengan qiha 24jam tak larat dengar permintaan dia...so mendapatlah basikal baru..tapi masih tak pandai kayuh lagi..kaki tak cukup kuat untuk kayuh kot....


Friday, May 4, 2012

lama menyepi

Assalamualaikum...
wah dah lama tak menulis coz malas...hahaha..lagipun tak ada apa cerita nak dikongsikan..my life just a normal life..tak menarik sangat kot..
oh semenjak dok umah jadi fullhouse ni kadang2 ada seronoknya..ada bosannya...tapi life goes on.qiha sekarang dah macam ekor aku plak coz even dalam umah yang kecik tu,tak nampak kelibat aku mulalah mencari..padahal aku just masuk bilik menjemur baju.kalau dia tido siang kompem akan tido lena tapi cuba aku bangkit masuk bilik nak lipat baju,sah2 dia bangkit dari tido then merengek2 panggil mama sampai dia nampak aku.ada masa rimas juga..ada masa rasa best coz can feel she needed me.
sekarang ni dah 2tahun 3bulan..dah makin bijak bercakap,dah banyak perkara dia nak buat sendiri..cikit2 cakap 'anya sieri'(maya sendiri)...sekarang pulak aku dah mula ajar dia free diapers..mula2 memang penat coz asyik basah jela lantai..tapi skrg makin ok.alhamdulilah..
oh satu lagi yg best sejak dok umah dapat ikut hubby berjalan tempat org.keje dia kan handle karnival so hujung minggu berjalanlah.merasa ke perak,terengganu..sekarang ni saat menulis ni berada di kelantan.ok dah terpaksa stop menulis,qiha dah bangun tido n berebutkan tab.tu sebab payah nak mencoret kat cni.
bye till we meet again...wassalam.

Monday, January 9, 2012

style tido terkini..9/1/12

budak tido tertonggeng..kena bagi mkn ubt cacing ni..

sudah tahun 2012

wahhhhh.....lamanya tak menulis kat cni spai berabuk2 dah..hahaha..rindu nk menulis tapikan kemudahan internet tak ada.dok umah memang best..relax n melayan qiha je..dah 9ari new year berlalu tapi sekarang baru nak wish..selamat tahun baru pada semua..kotlah ada yg baca..hahaha..new year aku sambut dgn besties aku..zue n ikin..plan last minit buat bbq kata bagan lalang.konon nk bakar2 tepi laut..tp dh tulis xblh buat unggun api jd xberani bakar2..makan tepi laut pastu bakar2 kat homestay..hahahaha...5minit nak detik 12 semua dah lena tido dlm bilik masing2.hebatkan..sekadar dengar firework berdentum.
qiha beberapa hari lg nk masuk umur 2thn..dh makin byk ragam n kerenah..ada masa tido menonggeng..tak dpt aper dia nk mengamuk2..tp nsb kat umah je..kat public masih undercontrol..dok umah 24j dgn aku je kompemlah manja berlemak..ayah blk keje,sume hal berkait dgn dia aku tak blh buat..susu nk ayah,mandi nk ayah,tgk tv nk ayah...dlm kata lain..ayah jela..mama nk buat dia sound 'NO'..aku buat jgk nnt mengamuk..masih tak pk nk celebrate bday maya faqihah ke x..no idea.


Friday, November 18, 2011

kenapa senyap?

ok dah lama..macam dah berkurun tak menulis kat sini..puncanya aku dah mula dok umah secara tak rasmi sejak lepas cuti raya haji tu.aku menulis ni guna galaxy tab sementara anak n ayah tengah tido.kalau diorang berjaga jangan harap aku ada peluang nak pegang..ha3.tak reti nak update guna galaxy jadi agak kelam kabut ckit..

masih belum biasa nak handle life as fulltime housewife.aku tak sure pernah ke tak bagitau kenapa aku terpaksa jadi surirumah sepenuh masa ni...cuma punca utama kilang aku keje dah berpindah ke bukit beruntung..macammana nak follow jauh bebenor dari rumah..


ok pasal aku cite kemudian..bulan 11 ni ramai betul yang kawin.lepas balik kg raya haji aritu minggu lepas kenduri sepupu abang kat kluang.hujung minggu ni sepupu aku kat kg then aku terus cuti dok kg coz 25.11.11 adik aku shida nikah..majlis sandingnya keesokkan hari..



Friday, November 4, 2011

Nursery - Day 5

Qiha pagi ni bangun awal..takdela awal pukul6.30 gitu..aku siap mandi dia terjaga...layan2 dia sambil bersiap g keje...bila tengok mama n ayahnya dah siap pakai baju kerja dia mulalah aksi nangis2...suruh tutup tv pn cakap nanak...dia may be dah tau kena g nursery kot...hahahaha

perkembangan baik even dia macam risau nak ke nursery tapi arini takde lagi adegan nangis n peluk2 aku macam tak mau tinggal...aku siap suruh greet cikgu morning pun dia follow...panggil cikgu dia pun sebut...cuma bila dah pass bagi cikgu tu dia dah cebik2..selebihnya aku tak nampak coz dah masuk umah..aku pun dah gerak..

semalam amik qiha pukul6.30...cikgu cakap asal sapa2 mak@ayah datang amik anak mesti dia nangis..dia ingat aku datang pick up kot..yela beberapa ari dia terawal balik so jadi yang last mestilah sedih...huhuhu..so aku sampai macam biasa adegan nangislah...

malam keluar makan kat johnny's alamanda...so tanya2 qiha kat school buat aper dia jawab nangis...hahahaha...lalu depan school kata nak anta dia citu nak tak...cakap nanak...bukan dia tak suka school tapi may be dia masih tak berapa nak selesa dok nursery kot...tak best coz ramai2 kan...selama ni dia sorang2 je kat umah pengasuh...ada kawan gaduh pun cuma iman..takpelah sayang...sekejap je pun...

Thursday, November 3, 2011

Nursery - Day 4

dah 4 ari qiha kat nursery..terasa lama plak..so far qiha makin good..cuma pagi2 masih ada aksi nangis takde air mata..tahla aper yang dia risaukan tah..balik pun sama..nak amik buat nada nangis,air mata bergenang.

semalam aku tak pergi amik qiha sendiri...aku pesan abang amik qiha kat nursery n im waiting for them to fetch me kat tempat kerja.sebab abang tak kerja so pikir nak bawak qiha berjalan ke ioi mall...saja bagi dia tengok environment lain..reward sebab good behave kat nursery..

semalam bila sampai abang call then suruh qiha cakap..'mama, spai' ala2 rasa touching plak..she say it so clear..semalam order buku qiha yang aku beli online dah dapat..nanti aku snap gambar bukunya..upah g ioi mall biasalah qiha naik merry go round tapi kali ni ayah yang teman..

muka budak tak puas main..dah kena turun...

rambut dia comel je tocang dua, cikgu buatkan..aku buat macam tak balance..cikgu buat sekata kiri kanan...hahahhaa...arini start amik qiha pukul6.30 coz abang dah keje..she must be wondering why we fetch her lambat kot ek nanti...lupa nak ingatkan pagi tadi...huhuhuh..

Wednesday, November 2, 2011

Nursery - Day 3

pagi tadi lewat anta qiha coz ayah dia ada...but masa ajak keluar umah coz nak g school she sound so hepi..siap nak cepat2 n pilih sandal lain...bukan dora...hepi berjalan coz dia sangka nak ke school jalan kaki..bila cakap ayah anta baru patah balik g kat keta...

hepinya jadi tangis yang teruk sebab sedar dah sampai depan pagar nursery..nangis2 so susah nak ajak keluar keta...last2 dia mintak ban-ban(bantal) to comfort her barulah boleh dokong keluar keta.tu pun masih nangis2 bila cikgu dokong...

call cikgu dia arini she said she did well compare yesterday...ok my Faqihah is good...just dia sedih part aku anta g nursery je..may be dia takut kena tinggal with stranger...harap she will be ok soon..ala tak lama pun sayang..3minggu je..sabar ye...

laporan semalam: petang amik dia terus nangis dengan air mata bergenang.alahai macam deritanya to kills time at nursery...sebab cuaca elok i bring her to kedai..eh serius memang rasa guilty letak qiha kat nursery..masa nak balik umah separuh jalan je dia rela jalan kaki..lebih suruh aku dokong..aduh..terus berpeluh ketiak..hahahaha..

lepas letak beg terus turun bawah balik untuk ke kedai..she so hepi..i buy her solivite water..kebetulan hujan lebat turun tanpa warning maka stop kat kedai makan n kitorang makan nasi goreng..she eat a lot.tu je best sejak dia dok nursery..selera makan dia macam kuat sikit..sayur hijau pun dia nak makan.

malam ayah balik..so tunggu kat luar umah, nampak keta ayah terus dia bunyi2 macam nak nangis..wah rindu la sangat konon.ayah masuk umah, peluk kaki ayah then tarik beg galaxy tap..hahahaha...so rindu ayah ke nak tengok video upin ipin dia?tak kisahla..janji she hepi...

Tuesday, November 1, 2011

skirtnya

ok sepanjang aku perasan..aku jarang nak pakaikan qiha skirt..aku perasan masa g umah oja la kat batu pahat aritu.dia angkat baju2 jemuran qaseh banyak skirt.so sabtu lepas aku terasa nak pakaikan qiha skirt..wow kagum coz cute n lawa sangat..macam budak besar pulak..sambil tu aku nak promote t-shirt free aku dapat dari pek pampers drypers...tak sabar nak abiskan stok pamper coz ada 2 lagi design baju aku nak collect..hehehehe..layankan aksi qiha yang tak boleh dok diam sekarang bila bergambar ni...

ni gambar paling sempurna..seluar depan qiha tu adalah stail qiha bantu aku sidai kain dalam bilik baju




ni adalah qiha kat bilik baju..tu yang ada iron board, nasib tak nampak ampai atas kepala qiha...hahaha...pampers yang kat belakang tu adalah stok belum bukak lagi..cantikkan baju free drypers ni..sedap masuk badan qiha...lepas ni nak cuba beli qiha skirt la..comel rupanya..

Nursery - 2nd day

ok arini masuk hari kedua qiha dok nursery..pagi tadi dia bangun pukul6.30..jadi mandi pagilah dia coz kebetulan aku pun nak mandi..dari dia mengoffer diri..better aku yang mengajak dari kang dia melalak pagi2..aku ingat nak cuba tulis ari2 life qiha kat nursery coz tak lama kan cuma 3minggu...so nak simpan as kenangan..

pagi tadi macam semalam juga berjalan kaki ke nursery..haih cepatlah esok..ada ayah senang..hehehe...qiha ok berjalan riang...semua kenderaan lalu dia cakap stop konon dia nak lalu..sampai nursery berdiri depan pagar tunggu pagar bukak..mula aku ingat ok rupanya tak..dia nak main buai tapi tak mau ke situ melainkan aku ikut sekali..dia pimpinlah tangan aku..kira dia dah sedar that jap lagi dia kena tinggal dengan cikgu n kawan2..

asal aku suruh dia g sendiri mesti dia merengek..pujuk2 suruh tengok ape kawan2 buat kat hujung pagar then cepat2 aku keluar dari nursery tu...melalak tak hingat berbanding semalam..sorilah sayang i have to go to work..bukan kerja lebih penting tapi buat masa ni, tu je pilihan yang ada..by next month i will stay by your side everyday eh.baru call nursery tadi dalam pukul11.10 tanya cikgu dia how was she...lebih baik dari semalam coz last dia nangis adalah masa pagi tadi lepas aku keluar dari nursery pastu dah takde nangis2..beza dengan semalam..

semalam laporannya adalah..tengah main2 tetiba qiha nangis..aktiviti biasa macam makan,mandi,tido semua normal just kadang2 dia nangis tiba2..pastu merangkak kat kawan macam nak suruh pujuk.kotlah tetiba teringat she alone there without me kot.masa aku datang jemput dia, qiha nampak aku terus panggil mama dengan suara sayu..ala2 sedih pulak dengar...terus tak mau dengan kawan2..dok melekat je dengan aku.kebetulan aku nak detel payment n isi form untuk pendaftaran qiha kat nursery.pastu terpaksa dok nursery lama cikit coz hujan lebat..tunggu teduh baru kami balik..

yang tak bestnya sebab aku tengok susu qiha yang dibancuh tu macam air tak cukup panas atau susu tak cukup kocak coz masih ada sisa susu yang berketul..tapi tu la nak buat macammana...terima jela..seperkara lagi..ada kesan cakar dekat2 mulut qiha...even garisnya halus..risau jugak qiha dibuli..tapi diamkan dulu coz that not really serius..ni la muka qiha ada kesan cakar..ke calar??



nampak kan..sekali pandang macam kena gigit..tahla but aku tanya2 qiha takde plak ciri2 dia mengadu macam sakit ke aper so aku diamkan je..betullah dok nursery berbeza dengan dok pengasuh tapi dua2 tempat pun kena percayakan penjaganya baru hati kita senang n tak risau sangat.moga sepanjang qiha dibawah jagaan orang lain aku harap dia selamat.amin.

Monday, October 31, 2011

1st day at nursery

lama dah tak menulis..puncanya emosi tak stabil...ada rasa marah,kecewa,geram,benci di hati maka tak rasa nak menulis...cuba n cuba menenangkan hati n perasaan sendiri tapi bagai masih gagal..jadi memilih untuk diam kerana takut kata2 atau tulisan membawa keburukan...

ok lupakan pasal tu...last week memang tekanan dengan keje...handle opis sorang2 bila bos dah mencutikan diri ke Australia..dengan nak setelkan order customer..kejar shipment on the same time barang dari supplier tak sampai lagi...arggh..pecah kepala...

pastu nak setel pasal nursery qiha...berhari2..eh bukan hari tapi minggu..psiko qiha ingatkan dia yang starting today onward sampai end of november dah tak g umah mama ct...coz mama ct balik kampung...hari2 cite kat school ada kawan...ada teacher...boleh main...qiha akan angguk macam paham...

jadi pagi ni dia bangun masih lagi mecari ayah...tak pernah jemu bertanya ayah..sedangkan from saturday morning..ayah takde, g outstation kat gopeng n penang sampai selasa..agaknya kalau aku takde qiha cari tak?hahaha...hari2 dah la bergaduh je dengan aku...bangun dengan mood baik...bagi susu n off kite berjalan kaki g nursery..qiha dengan girangnya siap ajak aku berlari2 jalan g nursery...

sampai nursery..terus join kawan2 main..aku stop kejap untuk tengok keadaan qiha..she happy..cuma bila aku nak g tu dia dah mula nak nangis...aku nampak qiha mengamuk nangis tapi tak bolehla patah balik..then dari dalam teksi aku nampak qiha dah ok semula..

tadi call nursery they said she ok...boleh mandi..boleh minum susu..alhamdulilah she my gurl yang mudah nak adapt new environment...tak sabar nak pukul 4.30 so i can go n fetch her...nak dengar aper cite dari mulut dia..even tak paham..kalau soundnya happy means she ok...klu nampak aku terus nangis makna she not ok..ok yang tak ok ni harap2 tak la...



gambar ni masa kat berjaya times square 22/10/11 lepas...follow shida berjalan ke ctu...tak sangka berjaya beli langsir baru untuk umah...hahahahahaha...



Friday, October 21, 2011

pelangi


"Kau tiba bagaikan pelangi...tak bercahaya namun berseri..cukup untuk menghiburkan hati ni..."


ok lagu lama...lagu arwah Sudirman Hj. Arsad..tajuk, tak ingat.hahahahha...cuma nak tunjuk pelangi pagi tadi yang aku nampak masa on the way nak g keje...cantik sangat. teringat orang tua2 kata tak boleh tunjuk2 pelangi nanti tangan kudung...hahahaha....aper kaitan...tah takde kaitan pun...



cantik..tu je boleh cakap sebab dah lama tak nampak pelangi...harapan aku moga ceria pelangi di pagi ni akan terus cerah hingga ke petang...tak larat dah nak redah hujan setiap petang..oh moga jugak qiha akan baik demamnya hari ni...risau dia demam sepanjang hujung minggu...abang keje..kang payah nak handle dia sorang2.