ok dah lama..macam dah berkurun tak menulis kat sini..puncanya aku dah mula dok umah secara tak rasmi sejak lepas cuti raya haji tu.aku menulis ni guna galaxy tab sementara anak n ayah tengah tido.kalau diorang berjaga jangan harap aku ada peluang nak pegang..ha3.tak reti nak update guna galaxy jadi agak kelam kabut ckit..
masih belum biasa nak handle life as fulltime housewife.aku tak sure pernah ke tak bagitau kenapa aku terpaksa jadi surirumah sepenuh masa ni...cuma punca utama kilang aku keje dah berpindah ke bukit beruntung..macammana nak follow jauh bebenor dari rumah..
ok pasal aku cite kemudian..bulan 11 ni ramai betul yang kawin.lepas balik kg raya haji aritu minggu lepas kenduri sepupu abang kat kluang.hujung minggu ni sepupu aku kat kg then aku terus cuti dok kg coz 25.11.11 adik aku shida nikah..majlis sandingnya keesokkan hari..
Friday, November 18, 2011
Friday, November 4, 2011
Nursery - Day 5
Qiha pagi ni bangun awal..takdela awal pukul6.30 gitu..aku siap mandi dia terjaga...layan2 dia sambil bersiap g keje...bila tengok mama n ayahnya dah siap pakai baju kerja dia mulalah aksi nangis2...suruh tutup tv pn cakap nanak...dia may be dah tau kena g nursery kot...hahahaha
perkembangan baik even dia macam risau nak ke nursery tapi arini takde lagi adegan nangis n peluk2 aku macam tak mau tinggal...aku siap suruh greet cikgu morning pun dia follow...panggil cikgu dia pun sebut...cuma bila dah pass bagi cikgu tu dia dah cebik2..selebihnya aku tak nampak coz dah masuk umah..aku pun dah gerak..
semalam amik qiha pukul6.30...cikgu cakap asal sapa2 mak@ayah datang amik anak mesti dia nangis..dia ingat aku datang pick up kot..yela beberapa ari dia terawal balik so jadi yang last mestilah sedih...huhuhu..so aku sampai macam biasa adegan nangislah...
malam keluar makan kat johnny's alamanda...so tanya2 qiha kat school buat aper dia jawab nangis...hahahaha...lalu depan school kata nak anta dia citu nak tak...cakap nanak...bukan dia tak suka school tapi may be dia masih tak berapa nak selesa dok nursery kot...tak best coz ramai2 kan...selama ni dia sorang2 je kat umah pengasuh...ada kawan gaduh pun cuma iman..takpelah sayang...sekejap je pun...
Thursday, November 3, 2011
Nursery - Day 4
dah 4 ari qiha kat nursery..terasa lama plak..so far qiha makin good..cuma pagi2 masih ada aksi nangis takde air mata..tahla aper yang dia risaukan tah..balik pun sama..nak amik buat nada nangis,air mata bergenang.
semalam aku tak pergi amik qiha sendiri...aku pesan abang amik qiha kat nursery n im waiting for them to fetch me kat tempat kerja.sebab abang tak kerja so pikir nak bawak qiha berjalan ke ioi mall...saja bagi dia tengok environment lain..reward sebab good behave kat nursery..
semalam bila sampai abang call then suruh qiha cakap..'mama, spai' ala2 rasa touching plak..she say it so clear..semalam order buku qiha yang aku beli online dah dapat..nanti aku snap gambar bukunya..upah g ioi mall biasalah qiha naik merry go round tapi kali ni ayah yang teman..
muka budak tak puas main..dah kena turun... |
rambut dia comel je tocang dua, cikgu buatkan..aku buat macam tak balance..cikgu buat sekata kiri kanan...hahahhaa...arini start amik qiha pukul6.30 coz abang dah keje..she must be wondering why we fetch her lambat kot ek nanti...lupa nak ingatkan pagi tadi...huhuhuh..
Wednesday, November 2, 2011
Nursery - Day 3
pagi tadi lewat anta qiha coz ayah dia ada...but masa ajak keluar umah coz nak g school she sound so hepi..siap nak cepat2 n pilih sandal lain...bukan dora...hepi berjalan coz dia sangka nak ke school jalan kaki..bila cakap ayah anta baru patah balik g kat keta...
hepinya jadi tangis yang teruk sebab sedar dah sampai depan pagar nursery..nangis2 so susah nak ajak keluar keta...last2 dia mintak ban-ban(bantal) to comfort her barulah boleh dokong keluar keta.tu pun masih nangis2 bila cikgu dokong...
call cikgu dia arini she said she did well compare yesterday...ok my Faqihah is good...just dia sedih part aku anta g nursery je..may be dia takut kena tinggal with stranger...harap she will be ok soon..ala tak lama pun sayang..3minggu je..sabar ye...
laporan semalam: petang amik dia terus nangis dengan air mata bergenang.alahai macam deritanya to kills time at nursery...sebab cuaca elok i bring her to kedai..eh serius memang rasa guilty letak qiha kat nursery..masa nak balik umah separuh jalan je dia rela jalan kaki..lebih suruh aku dokong..aduh..terus berpeluh ketiak..hahahaha..
lepas letak beg terus turun bawah balik untuk ke kedai..she so hepi..i buy her solivite water..kebetulan hujan lebat turun tanpa warning maka stop kat kedai makan n kitorang makan nasi goreng..she eat a lot.tu je best sejak dia dok nursery..selera makan dia macam kuat sikit..sayur hijau pun dia nak makan.
malam ayah balik..so tunggu kat luar umah, nampak keta ayah terus dia bunyi2 macam nak nangis..wah rindu la sangat konon.ayah masuk umah, peluk kaki ayah then tarik beg galaxy tap..hahahaha...so rindu ayah ke nak tengok video upin ipin dia?tak kisahla..janji she hepi...
Tuesday, November 1, 2011
skirtnya
ok sepanjang aku perasan..aku jarang nak pakaikan qiha skirt..aku perasan masa g umah oja la kat batu pahat aritu.dia angkat baju2 jemuran qaseh banyak skirt.so sabtu lepas aku terasa nak pakaikan qiha skirt..wow kagum coz cute n lawa sangat..macam budak besar pulak..sambil tu aku nak promote t-shirt free aku dapat dari pek pampers drypers...tak sabar nak abiskan stok pamper coz ada 2 lagi design baju aku nak collect..hehehehe..layankan aksi qiha yang tak boleh dok diam sekarang bila bergambar ni...
ni gambar paling sempurna..seluar depan qiha tu adalah stail qiha bantu aku sidai kain dalam bilik baju |
ni adalah qiha kat bilik baju..tu yang ada iron board, nasib tak nampak ampai atas kepala qiha...hahaha...pampers yang kat belakang tu adalah stok belum bukak lagi..cantikkan baju free drypers ni..sedap masuk badan qiha...lepas ni nak cuba beli qiha skirt la..comel rupanya..
Nursery - 2nd day
ok arini masuk hari kedua qiha dok nursery..pagi tadi dia bangun pukul6.30..jadi mandi pagilah dia coz kebetulan aku pun nak mandi..dari dia mengoffer diri..better aku yang mengajak dari kang dia melalak pagi2..aku ingat nak cuba tulis ari2 life qiha kat nursery coz tak lama kan cuma 3minggu...so nak simpan as kenangan..
pagi tadi macam semalam juga berjalan kaki ke nursery..haih cepatlah esok..ada ayah senang..hehehe...qiha ok berjalan riang...semua kenderaan lalu dia cakap stop konon dia nak lalu..sampai nursery berdiri depan pagar tunggu pagar bukak..mula aku ingat ok rupanya tak..dia nak main buai tapi tak mau ke situ melainkan aku ikut sekali..dia pimpinlah tangan aku..kira dia dah sedar that jap lagi dia kena tinggal dengan cikgu n kawan2..
asal aku suruh dia g sendiri mesti dia merengek..pujuk2 suruh tengok ape kawan2 buat kat hujung pagar then cepat2 aku keluar dari nursery tu...melalak tak hingat berbanding semalam..sorilah sayang i have to go to work..bukan kerja lebih penting tapi buat masa ni, tu je pilihan yang ada..by next month i will stay by your side everyday eh.baru call nursery tadi dalam pukul11.10 tanya cikgu dia how was she...lebih baik dari semalam coz last dia nangis adalah masa pagi tadi lepas aku keluar dari nursery pastu dah takde nangis2..beza dengan semalam..
semalam laporannya adalah..tengah main2 tetiba qiha nangis..aktiviti biasa macam makan,mandi,tido semua normal just kadang2 dia nangis tiba2..pastu merangkak kat kawan macam nak suruh pujuk.kotlah tetiba teringat she alone there without me kot.masa aku datang jemput dia, qiha nampak aku terus panggil mama dengan suara sayu..ala2 sedih pulak dengar...terus tak mau dengan kawan2..dok melekat je dengan aku.kebetulan aku nak detel payment n isi form untuk pendaftaran qiha kat nursery.pastu terpaksa dok nursery lama cikit coz hujan lebat..tunggu teduh baru kami balik..
yang tak bestnya sebab aku tengok susu qiha yang dibancuh tu macam air tak cukup panas atau susu tak cukup kocak coz masih ada sisa susu yang berketul..tapi tu la nak buat macammana...terima jela..seperkara lagi..ada kesan cakar dekat2 mulut qiha...even garisnya halus..risau jugak qiha dibuli..tapi diamkan dulu coz that not really serius..ni la muka qiha ada kesan cakar..ke calar??
nampak kan..sekali pandang macam kena gigit..tahla but aku tanya2 qiha takde plak ciri2 dia mengadu macam sakit ke aper so aku diamkan je..betullah dok nursery berbeza dengan dok pengasuh tapi dua2 tempat pun kena percayakan penjaganya baru hati kita senang n tak risau sangat.moga sepanjang qiha dibawah jagaan orang lain aku harap dia selamat.amin.
Monday, October 31, 2011
1st day at nursery
lama dah tak menulis..puncanya emosi tak stabil...ada rasa marah,kecewa,geram,benci di hati maka tak rasa nak menulis...cuba n cuba menenangkan hati n perasaan sendiri tapi bagai masih gagal..jadi memilih untuk diam kerana takut kata2 atau tulisan membawa keburukan...
ok lupakan pasal tu...last week memang tekanan dengan keje...handle opis sorang2 bila bos dah mencutikan diri ke Australia..dengan nak setelkan order customer..kejar shipment on the same time barang dari supplier tak sampai lagi...arggh..pecah kepala...
pastu nak setel pasal nursery qiha...berhari2..eh bukan hari tapi minggu..psiko qiha ingatkan dia yang starting today onward sampai end of november dah tak g umah mama ct...coz mama ct balik kampung...hari2 cite kat school ada kawan...ada teacher...boleh main...qiha akan angguk macam paham...
jadi pagi ni dia bangun masih lagi mecari ayah...tak pernah jemu bertanya ayah..sedangkan from saturday morning..ayah takde, g outstation kat gopeng n penang sampai selasa..agaknya kalau aku takde qiha cari tak?hahaha...hari2 dah la bergaduh je dengan aku...bangun dengan mood baik...bagi susu n off kite berjalan kaki g nursery..qiha dengan girangnya siap ajak aku berlari2 jalan g nursery...
sampai nursery..terus join kawan2 main..aku stop kejap untuk tengok keadaan qiha..she happy..cuma bila aku nak g tu dia dah mula nak nangis...aku nampak qiha mengamuk nangis tapi tak bolehla patah balik..then dari dalam teksi aku nampak qiha dah ok semula..
tadi call nursery they said she ok...boleh mandi..boleh minum susu..alhamdulilah she my gurl yang mudah nak adapt new environment...tak sabar nak pukul 4.30 so i can go n fetch her...nak dengar aper cite dari mulut dia..even tak paham..kalau soundnya happy means she ok...klu nampak aku terus nangis makna she not ok..ok yang tak ok ni harap2 tak la...
gambar ni masa kat berjaya times square 22/10/11 lepas...follow shida berjalan ke ctu...tak sangka berjaya beli langsir baru untuk umah...hahahahahaha...
Friday, October 21, 2011
pelangi
"Kau tiba bagaikan pelangi...tak bercahaya namun berseri..cukup untuk menghiburkan hati ni..."
ok lagu lama...lagu arwah Sudirman Hj. Arsad..tajuk, tak ingat.hahahahha...cuma nak tunjuk pelangi pagi tadi yang aku nampak masa on the way nak g keje...cantik sangat. teringat orang tua2 kata tak boleh tunjuk2 pelangi nanti tangan kudung...hahahaha....aper kaitan...tah takde kaitan pun...
cantik..tu je boleh cakap sebab dah lama tak nampak pelangi...harapan aku moga ceria pelangi di pagi ni akan terus cerah hingga ke petang...tak larat dah nak redah hujan setiap petang..oh moga jugak qiha akan baik demamnya hari ni...risau dia demam sepanjang hujung minggu...abang keje..kang payah nak handle dia sorang2.
Demam
dah lama Faqihah tak demam...malam tadi pukul 3 (eh bukan malam tu pagi2 buta) dia bangun merengek nak tido sebelah ayah..so masa angkat dia tu rasa badan panas..lorr demam ker...so nak taknak kena jugak bangun coz qiha tak lena tido hidung macam sumbat..so g amik minyak jeslin untuk sapu kat tapak kaki,pakaikan stokin n bagi minum ubat...tuam jugak kepala dia...so kejap je dah kebah...pagi tadi bangun rasa badan dia panas balik so lepas minum susu..bagi ubat lagi sebelum anta g umah mama ct.tak boleh nak cuti arini sebab banyak keje.harap everything setel cepat so that boleh balik awal jaga qiha.
gambar lama dari dalam handphone...ye rumah sepah jadi sila abaikan..rindu pada budak demam ni...huuhuhu
Thursday, October 20, 2011
generasi ke 2
ok dah lama dah tak tulis kat cini...sebab takde cite best sangat nak bagtau..life runs as normal...yang abnormalnya dapur dah tak berapa nak berasap..hahahaha....gara2 malas g pasar borong beli lauk basah...punca malas coz sekarang petang membawa ke malam adalah hujan..so nak bawa qiha ke pasar amatlah leceh coz lecak2..becak2...so asyiklah makan luar...mula dah rasa bosan sampai tak tau nak order apa...rumah pun dah tunggang langgang sama juga penyakitnya..MALAS...sapa nak tolong lipat baju,basuh toilet,kemas rumah...meh la jadi volunteer...hahahaha
weekend lepas follow abang g batu pahat coz dia ada kerja kat UTHM...so dah kat citu apa lagi..singgah kedai baby shop yang barang baby adalah murah...maka borong 2 kotak susu n 1 pack pampers...cukuplah...beli juga sabun basuh botol n belikan qiha baju tido dora..ye dia minat dengan dora..hari2 pun kasut dora yang nak disarung...suruh sarung sandal lain pun tak mau...
dah sampai ke batu pahat biasalah mesti contact oja..kawan baik masa kat U dulu...bukan berjalan ke mana pun...sekadar dia jemput aku kat hotel then lepak umah dia untuk borak2...cite pasal life masing2..bagi qiha main dengan Qasehku Nur Najwa...anak oja..usia diorang sama beza beberapa bulan je.nampak sangatlah qiha aku lagi lasak dari qaseh sebab qiha boleh panjat palang pintu sampai jatuh tergolek ke sebelah..kat kampung biasa pagar penghadang tu diorang buat dari kayu..tak tau macammana qiha berjaya panjat..tak tau nak explain jadi paham n bayangkan sendiri eh...hahaha...nasib baiklah bukan kepala yang jatuh dulu...pastu kepala terselit celah2 tebing kat veranda umah oja..kan umah kampung biasa veranda umah diorang ada letak tebing pemisah antara veranda dengan tanah so tebing tu bentuknya macam palang2...eh ni rumah batu tau bukan umah kayu..aduh tak reti nak explain jugalah..hahaha...yang penting lasak...tapi syukur coz qiha aktif..pastu nak tido kejap tengah hari pun senang..minum susu..tepuk2 tido...qaseh nenen tak jalan..masuk buai pun makan masa nak lena...
Maya Faqihah..kalau suruh senyum nanti jadi menyengih
Qasehku Nur Najwa...even malu2 tapi bila senyum manis je
ni la geng generasi ke 2..harap diorang boleh jadi kawan even bukan kawan baik
p/s: kebetulan that day diorang pakai baju sama warna...
Friday, October 7, 2011
cerita oktober
wah dah seminggu tak menulis rupanya...hahahahaha..
punca utama sebab modem kat opis rosak so macam mana nak update kan..pastu malas then tak sempat2 nak transfer gambar masuk pc...
kita terus pada cite la...awal bulan aritu aku ke terengganu untuk konvo adik...peluang berjalan2 ke sana memang best tapi nampak macam kelam kabut cikit...sebabnya banyak peluang amik gambar aku tak teringat nak bergambar...hahahahaha
abah macam biasa kalau nak berjalan akan masak siap2 dari umah so aku kamis malam tu pukul11.30 aku sampai tengok dah siap masak dah...bangun pagi siap2kan diri then dalam 8lebih gerak..jumpa angah kat cherating untuk lunch pastu terus gerak g terengganu.
masa tiba terengganu aku dah cuak dah sebab contact person homestay aku book tu tak angkat phone...dengan mak nak terkencing dengan qiha dah terberak...aduhh...memang stress...sampai aku suruh stop kat dewan area citu untuk cebok qiha...dengan letihnya cari sendiri homestay tu tapi agak susah sebab tu rumah kampung tapi last2 jumpa...rupanya owner homestay tu ada kematian saudara tu yang tak sempat2 angkat phone aku...dah dapat kunci terus masuk umah...cantik wei umah tu tapi sayang takde gambar...aku lupa nak snap..very the comfortable..malam tu tak ke mana...makan kat umah je...
esoknya (sabtu) 1/10/11 pagi abang dah keluar keje kat stadium negeri...ye abang ada keje kat sana so kira 2 in 1 la kerja sambil aku g konvo adik..tengah hari abang balik baru sume siap2 untuk g konvo adik...emm...abah tak masuk dewan sebabnya abah kata bosan...kan dulu konvo aku abah dah rasa..so berkumpul kat luar ramai2 je...ngam2 adik keluar dewan amik gambar serba sikit terus hujan...lebat wei...masa kitorang balik ke keta..kawan2 adik ajak snap gambar..nak ke keta kuyup dah adik dengan jubah dia...hahaha
my proud lil' sister |
angah yang melaram jubah adik |
gambar klasik |
kiri kanan adalah anak buah aku.. |
mak adik angah abah |
ok tu je gambar yang ada..malam tu keluar makan kat restoran...bising masing2 sebab makanan lambat padahal perut masing2 dah lapar...lepas makan balik umah..mak abah terus tido,aku anak beranak dok umah..family angah keluar berjalan,adik lepak dengan kawan2...ada anak kecik ni terbatas jugak nak berjalan lewat malam..tapi takpe..aku tak kisah.
ahad tu lepas anta adik g bus stand (adik kena keje esoknya) singgah jap pasar payang..lepas zohor gerak balik segamat...rasa penatnyalah sebab abang ikut jalan lama so nampak ladang kelapa n sawit je...jalan takde stop tau..qiha dalam keta mulalah buat perangai..letihkan..sampai segamat 8.30malam, beli mee bandung..abah sempat basuh baju satu round then tido.
isnin balik singgah muar dulu..ziarah keluarga arwah mak long abang.dia meninggal ahad tu.tak silap sebab semput kot...tak sempat nak g la coz on the way balik kan...
tu la cite nya...tak banyak gambar aku amik..tetiba sayang pulak tak amik gambar homestay tu,cantik sekali tau..dah lah tengah hari jiran sebelah lepaskan kambing2nya...dapat tunjuk qiha kambing tapi dia tak excited pun...
Thursday, September 29, 2011
khamis yang takde mood
tak tau kenapa arini mood betul2 takde..rasa nak marah, nak jerit pun ada....puncanya semalam petang...sebab diam tak bileh menghilangkan kemarahan...maka terus berlarutan rasa kemarahan...sebab aper malas nak tulis sebab nanti lain cakapnya...emosi orang marah memang pikir nak hentam n kutuk orang yang dimarahkan je kan...so let be the anger goes blow by the wind.
ok malam ni gerak balik kampung...tak sabar nak jumpa mak...beg dah siap kemas just masuk beberapa barang lagi jer...so semua tu boleh dibuat sementara tunggu adik datang umah...qiha malam tadi tak berapa nak makan...sekarang memang dia makan nak tak nak jer...kat umah mama ct dia pun macam tu jugak...so malam tadi suruh makan, aku cakap kat dia yang esok nak balik kampung jumpa atok tak...main meow...so dia jawab nak...soa aper lagi aku pun cakaplah kalau nak, cepat makan...dengan happynya dia makan...eh budak yang nak dekat menjangkau 2tahun pemikiran dia mudah paham ker ek dengan perkara2 macam tu...kira arahan juga kan tu..bila sedar yang qiha dah nak menjagkau 24bulan ni...terpikir bila nak ajar dia tido sendiri ek...bebas pampers...
on the same time banyak bende yang nak jadi tapi time dia limited...oh lagi sebulan lebih sebelum start dok umah...bersedia ke aku...cukup tak duit nak tampung kos belanja sendiri ek...risau tapi banyak benda nak buat...tah ek...okla kemarahan buat aku cakap merapu2...so malas dah cakap lagipun dah berjela2 ni...hahahaha
ok malam ni gerak balik kampung...tak sabar nak jumpa mak...beg dah siap kemas just masuk beberapa barang lagi jer...so semua tu boleh dibuat sementara tunggu adik datang umah...qiha malam tadi tak berapa nak makan...sekarang memang dia makan nak tak nak jer...kat umah mama ct dia pun macam tu jugak...so malam tadi suruh makan, aku cakap kat dia yang esok nak balik kampung jumpa atok tak...main meow...so dia jawab nak...soa aper lagi aku pun cakaplah kalau nak, cepat makan...dengan happynya dia makan...eh budak yang nak dekat menjangkau 2tahun pemikiran dia mudah paham ker ek dengan perkara2 macam tu...kira arahan juga kan tu..bila sedar yang qiha dah nak menjagkau 24bulan ni...terpikir bila nak ajar dia tido sendiri ek...bebas pampers...
on the same time banyak bende yang nak jadi tapi time dia limited...oh lagi sebulan lebih sebelum start dok umah...bersedia ke aku...cukup tak duit nak tampung kos belanja sendiri ek...risau tapi banyak benda nak buat...tah ek...okla kemarahan buat aku cakap merapu2...so malas dah cakap lagipun dah berjela2 ni...hahahaha
Wednesday, September 28, 2011
Tuesday, September 27, 2011
pernah ke KLCC
cita dah lapuk tapi nak cite jugak...pada sabtu 2minggu lepas..hahahaha...cite lama..boo..boo...
17/9/11 abang ada kerja kat pwtc so aku kat umah pandai2lah bawak diri...kebetulan adik datang umah so adalah jugak kawan sapa tolong mengemas umah n teman berborak selain qiha....hahahah...tengah hari tido lena then dalam pukul3 shida datang dan terus dia bercadang naik train g pavillion or klcc...terus setuju...cepat2 mandi n bersiap..
jadi naik lrt kat bukit jalil then kitorang turun kat masjid jamek...kat ctu abang dah tunggu dengan tiket lrt ke klcc plak...suke qiha lepas separuh hari dia tak jumpa ayah...oh tujuan ke klcc adalah tanpa ape2 tujuan n tak dirancang langsung...abang follow sekali pun tak masuk dalam list..
cuma nak ajak qiha naik train je....mula2 masuk lrt tu qiha adalah menangis tapi aku muka masih boleh senyum coz keluar dengan adik2..kalau sendiri memang dah malu2 kucing jawabnya...tak tau sama ada qiha nangis sebab takut naik train atau gabra coz masa masuk train wan (tunang shida) yang pegang dia.tapi kejap jela nangis dia...pastu ok..cuma dia tenung orang awam macam nak telan...suruh senyum pun tak mau...tapi qiha ok je naik train so next time boleh naik lagi...sebenarnya ni dah second time qiha naik train...first time masa g tengok pameran keta tahun lepas..masa tu dia dok dalam carrier n tak pandai jalan lagi...
ada lagi ruang kedai yang belum disewa
anak n bapaknya...abang dengan baju keje ikut kami berjalan..
uchu yang baru lepas beli kasut kat BATA..
Monday, September 26, 2011
kerisauan = MAK
hujung minggu tu balik kampung coz abang ada keje kat muadzam, pahang so dah ada yang offer balik kampung of coz la jawapan aku ok je...padahal next week khamis dah balik kampung coz jumaat nak g Terengganu untuk konvo adik...
namun ketibaan aku balik weekend tu dengan rasa terkejut coz mata mak lebam..terkejut beruk aku bila tengok...abah cakap yang mak tersadung kat belakang umah..ok lega hati coz ingat mak pengsan..yela sejak mak kena darah tinggi n mild strok tu buat aku risau klu mak jatuh...so far condition mak ok cume mata sebelah lebam n bengkak jadi tak bawak g klinik or hospital..oh abah langsung tak bagitau pada anak2 cuma shida yang memandai bagitau pada apet n apet bagitau angah pulak...aku pun malam tu amik shida tak bagitau dia cuma bagi n pesan sapu minyak gamat kat mak je..suruh dia tengok sendiri aper jadi..
ni keadaan mak masa terlantar di hospital 29/4/11 (the day she admit keluar)
pastu tiada aper nak dirisaukan coz kebetulan adik pun baru je abis belajar jadi dia yang jaga mak...cuma rutin hidup mak asyik kena makan ubat jela...so sepanjang lepas mak keluar hospital adik la yang menjaga mak..cuma lepas raya tu abahlah yang kena urus mak sendiri coz masing2 dah keluar bekerja n terpaksa berjauhan dari mak abah
ni plak gambar mak yang dah sihat walaupun dah tak kuat macam dulu - 19/6/11..dah boleh berjalan keluar umah...tak perlu nak pimpin jalan dah...yang penting dah boleh tersenyum
ni gambar mak yang aku amik hujung minggu tu sehari lepas kejadian...ari jumaat tu lupa nak snap...
24/9/11 - 10.48am
kening ada kesan darah coz luka
mata mak dah tak bengkak sangat macam aku nampak masa mula2 balik jumaat, mampu tersenyum lagi..nampak memang cepat heal...alhamdulilah...seterusnya..
25/9/11, waktu 6.24pm
nampak macam bengkak mata mak dah menyusut tapikan...apasal nampak lebam kat mata tu menurun ke pipi ek...ke normal macam tu...hati ada sikit gusar..harapnya tiada apa2 perkara tak baik berlaku..kalau tak, memang susah nak maafkan diri sendiri coz dah tau mak macam tu patutnya bawak g klinik or hospital..
memang setiap masa mak sapu minyak kat muka dia..tak kiralah minyak jerselin ataupun minyak kelapa yang dia buat sendiri tu....pastu kejap2 tengok muka kat cermin...risau dan takut kot..ada jugak dia tanya shida muka nampak senget tak..tapi honest tak nampak..cuma perasaan mak je coz masa mak kena mild strok kan muka senget sebelah..tak cakap dengan adik coz tak mau dia risau...aku risau tapi cuba berlagak think positive sebab khamis malam nanti dah nak balik kampung lagi...
cepatlah masa berlalu dan harap mak makin sembuh...demi nak cakap dengan mak jangan risau siap tunjuk kalender dan bagitau sikit masa lagi aku balik lagi n nanti sama2 g terengganu bercuti...
Tuesday, September 20, 2011
Satay Station
Salam Selasa buat semua...semalam bukan tak mau buat entry tapi malas...boleh gitu cakap terus terang...hahahaha..
Jumaat, hari Malaysia tu aku ke rumah bakal mertua Shida coz kebetulan Shida g sana kan...so boleh la beraya sekali...kata nak ke sana adalah susah tanpa tujuan...hahahaha..kitorang dihidangkan dengan laksa Johor..actually aku tak minat sangat tapi dapat belacan makcik yang power rasa sedapnya laksa johor tu...hehehehe...lepak kat sana dari petang membawa ke malam..pastu masa nak dekat2 balik mak mertua shida dok cite2 pasal sate..so dari situ la kitorang membuat keputusan untuk merasa....
ok ni bukan entry promotion just nak story je yang masa cuti Hari Malaysia tu aku dan adik2 g makan kat Satay Station ni...saja abang kat nak rasa kelainan coz asyik2 sate kajang je kan...so amatlah sedap...ok tipu..hahahaha..biasa je rasa dia..cuma kuah kacangnya sedap, pastu secucuk sate berharga rm1 tu besar..so makan beberapa cucuk memang boleh kenyang....mee rebus dia pun sedap...ni gambar masa kat sana...oh kitorang makan dalam umah..jadi aku makan dengan aman cikit dengan qiha yang asyik melasak tu..
muka2 tengah tunggu order: Qiha,aku, Shida, Adik@uchu & abang |
Wan ni bakal adik ipar aku...model makan mee rebus |
model mee rebus jugak |
model terakhir mee rebus |
model kecik yang cuba makan sate sendiri pastu nak tercekik....grrrrrr.. |
rupa sate yang bakal jadi santapan ramai |
gambar penutup: dua model yang tak dilantik.. |
satay station ni ada facebook juga.....ni facebook dia....selain dari satay house ni ada gak branch lain tapi korang check sendiri kat blog dia or kat facebook dia sendiri eh..tadi dah bagi link kan..
pict kredit dari blog satay station |
nak alamat dia eh...ni satay house dia...
Address: No. 55, Jalan A, Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9284 6607
HP : 019-2827134 (En. Zul)
Email: sataystation@yahoo.com
Opening hours: 4pm-12am
GPS Coordinate: 3.144,101.728
Tel: 03-9284 6607
HP : 019-2827134 (En. Zul)
Email: sataystation@yahoo.com
Opening hours: 4pm-12am
GPS Coordinate: 3.144,101.728
so lepas ni boleh la terjah dan rasa satay selain dari satay kajang tu ye...
Wednesday, September 14, 2011
anak saya
lepas attend open house sabtu lepas (10/9/11) follow ayah g opis jap coz amik barang then g main kat playground taman tasik cyberjaya..sebenarnya aku yang beria nak datang sini..hahaha...keadaan ketika itu baru lepas hujan...ada sekumpulan orang arab picnic...bau nasi arab amboi sedapnya tapi tak dapatnya la hai nak tumpang makan sekali...hahahaha...tujuan ke situ saja nak abiskan masa sebelum g amik uchu kat TBS...
ye saja nak up kan muka anak sendiri sebab rasa dia sangat cute...makin lincah dan lasak...turutan gambar adalah tak teratur...ada sesetengah keadaan rasa rupa kami seiras....suke sebab ayah amatlah jeles...oh sebab ayah yang snap gambar so gambar dia n qiha langsung takde...
kami serupa n seiras kah??
Subscribe to:
Posts (Atom)