ok ini cite dah lapuk...kejadian adalah 18 Julai 2011..appointment qiha untuk check up setahun setengah kat klinik Kesihatan Seri Kembangan...keadaan klinik dah mula guna sistem angka giliran online semula..yang pada aku lebih baik lebih teratur...
mula2 tunggu turun untuk amik berat n tinggi qiha...ok umur dah setahun setengah berat adalah 8.5kg dengan ketinggian 77cm...haih la anak bila nak jejak 80cm ni..pengukur tinggi tampal kat dinding tu bermula dengan 80cm..tak sabar mama nak tanda ketinggian kamu ni..
ni masa nak tunggu turn untuk sesi ramah tamah dengan nurse seterusnya injection so kitorang tunggu kat luar klinik..barula merasa udara nyaman cikit..dalam klinik sesak orang.masa kena inject qiha merayu 'tak nak tak nak' tapi dah terlambat jarum telah dicucuk kat peha tak berapa mungil dia tu..tapi nangisnya tak teruk sangat....aku suruh kesat air mata pun dia mampu kesat lagi...dalam nangis sempat bye2 n flying kiss nurse sambil cakap terima kasih...masa ni dia nampak kamera dalam beg so aku suruh dia berundur sikit untuk amik gambar dengan pokok..so dia ke belakang hampir nak jatuh coz nak menyandar pada pokok...sekarang dah minat nak bergambar tapi lepas amik nak cepat2 tengok..tak aper qiha dengar arahan...
tengok budak bosan tunggu turn sampai menongkat dagu kat peha mama...oh sebelum ni aku rasa qiha macam lambat cakap tapi by the time we reach for this appointment actually she can pronounce so much words...like bak (bird) tish (tortoise) aasak (masak).. cheese (oh dia suka makan keju!)...abit (rabbit)..lain2 lagila...cuma aku masih heran macam mana GIANT boleh jadi APAK...banyak kali dah sebut...'qiha kita nak g mana ni'..'APAK'..busuk sangat ke giant tu nak oii...hahahahaha..hah dia pun dah reti sebut nama sendiri..kalau tengok album gambar tanya sapa mesti dia jawab 'anya' = maya tapi dia masih faham yang dia jugak faqihah..kalau qiha sebut terima kasih bukannya aceh macam budak kite biasa dengar tapi dia cakap 'aish'..
keletah dia jugak makin banyak...kalau aku memasak kat dapur dia akan cepat2 datang nak tolong..so aku akan angkat dukung suruh dia gaul2 lauk tapi dalam keadaan berhati2la..bila aku kat sinki dia akan ambik bangku dia dan tolong membasuh...oh yang ni aku rasa aku ajar amik kerusi dia then berdiri kat sinki...manatau sekali ajar terus ingat...hahahaha...so memang leceh keje2 di dapur dia turut sama membantu. kalau dah duduk kat kerusi bila kita bangkit dia akan marah...sambil ketap gigi dia sebut 'duduk'..ayah dia pernah kena marah masa kat mana tah kitorang keluar ayah asyik bangun duduk sekali qiha marah n pesan 'duduk'...
sekarang pun suara dia dah makin kuat...bila jalan kat pasaraya dah tak perlu mengejar ayah kalau jarak kami jauh....cukup aku pesan kat qiha jerit panggil ayah...dengan nyaringnya qiha akan jerit ayah...hahahahhaa....so sweet anak..kini we dont lost ayah in shopping mall...tapi kalau tempat tu senyap jangan haraplah qiha nak jerit...dia panggil slow jer...sekarang pun dia dah pandai pointing aper2 yang aku sebut...kat ruang tamu kan ada mat yang ada gambar2 tu kan...bila suruh tunjuk lion,zebra,umbrella...semua dia akan tunjuk dengan betul..yang lagi best kalau tortoise dia akan amik mainan tortoise dalam bakul mainan...kalau horse dia akan keluarkan buku puteri yang tertidur then tunjuk page yang ada putera atas kuda...tak cukup dia akan tarik sekali kuda dia... balloon pulak dia akan tunjuk kat mana kitorang simpan belon banyak2...ice cream akan pointing pada fridge pulak...
oh yang pasti qiha ni pandai tau berpura2 yang dia ni anak ayah la sangat..kalau berjalan memang dia akan dengan ayah dia je...pimpin tangan ayah...dokong ayah..macam semalam nak berjalan ke bazar ayah dia dokong,aku mintak tangan nak pimpin tangan dia pun tak bagi...tapi cuba kat umah..aper2 dengan aku..kalau nak tido lagi haru..kalau keje aku tak siap lagi tapi dia nak tido,ayah bawak masuk bilik dia sanggup keluar balik n merengek2 kat dapur tunggu aku..kiranya kat luar anak ayah..kat umah anak mama...
okalah tu jela cite aku tentang pembesaran qiha lepas setahun setengah ni...lagi setengah tahun,6 bulan lagi nak 2tahun...wah dah makin besar n makin bijak...mama sayang qiha..dalam usia ni aku masih berjaya tak ajar qiha makan gula2 n jajan...since dia tak makan kat umah pun dah takde stok super ring..rindunya nak makan super ring...hahahahaha...