Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 31, 2011

hai la internet..

sebelum ni memang internet kat opis ni semput....pastu bos suspek sebab wayar line kenan gigit dengan cik tikus...so telah dikerah tenaga pekerja untuk check....tepat sangkaan bos yang wayar digigit....setelah diganti wayar baru dah ok...tapi..............................................................

kejap je ok pastu sekarang kejap2 line putus....so aku suspek plak may be penyambungan wayar tak betul...maka kejap2 putus...so nak upload gambor pun tersangkut....ker goggle chrome aku ni yang bermasalah..geram la plak...so takde gambar can be appear rite now!

p/s : ingat sehingga belum jumpa masalah kestabilan line internet ni..ingat nak stop dulu menulis.

Monday, March 28, 2011

MB = menteri besar

muka pasrah kena paksa bergambar

try buat muka senyum

si pemberi bunga

Y.A.B. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN

ok masa majlis kenduri kawin kakak ipar tu...MB negeri sembilan datang tau..serius aku tak excited sangat coz tak kenal tapi ramailah yang cibuk bergambar bersama..lagipun aku bukan dok sana jadi takdelah nampak aper kepentingan aku kena mengendeng n kenalkan diri...

nampak kan 2 keping gambar kat atas kami bergambar secara bergilir dengan jambangan bunga besar tu...itu adalah pemberian dari MB ni..aku heranlah apasal dia bagi bunga ek bukan hadiah?pada fahaman aku bunga tu kalau ada pembukaan kedai baru ker...ni g kenduri kawin..akak ipar aku cakap dia ada sumbang duit..rasa tu memang kemestian kot salam keruk..ni aku jumpa link biodata MB ni..so baru aku tau kenapa dia pun hadir majlis kenduri kawin yang tak seberapa tu...

Isnin


salam isnin....

dah hari isnin semula....marilah kite kembali bertugas semula di pejabat even masih tak puas berehat bersama keluarga di hari minggu...so menunggu kembali hujung minggu semula...

so cukuplah rehat2 di hari minggu....weekend aritu banyak yang aku buat....sabtu berjaya ajak abang mengubah ruang tamu....next week ubah plak bilik2 tido la...petang ikin ajak keluar berjalan...sebab abang g pwtc kan....lagi balik lewat dari abang...last2 abang jugak abang kena pick up kitorang coz mak buyung ikin dah tak larat dah nak berjalan n anta balik...

ahad plak g summit usj coz abang nak tukar barang dia....aper tah wireless internet....tak kosa amik tau...dapatlah beli berhelai2 baju qiha...tapi baju siang..baju malam nanti kena cari jugak ni...baju sendiri masih gagal untuk membeli coz tak tau nak beli baju aper...berjalan sampai ke mydin subang tapi tak membeli coz sesak n ramai orang jadi minat membeli tiada...

Friday, March 25, 2011

macamana hujung minggu

hari minggu adalah esok...rasa tak berjalan ke mana2 sebab abang sibuk dengan karnival kerja kat pwtc sampai ahad.so kemungkinan besar aku akan dok guling2 berdua dengan qiha.kalau mood rajin datang may be nak mengubah suai ruang tamu ke...bilik ke tapi bergantung pada tahap 'kerjasama' yang akan qiha beri...

my bff pun tak call may be tak jadi teman dia beli barang..may be dia pun tolong2 ipar dia pindah umah.so dok kat umah esok nak masak aper ek..ala bosannya esok kat umah semata2 ker...takpela melayan qiha...tak mengemas umah marilah sama2 berguling2 tido sepanjang ari dua beranak ye...hahahahaha....

kisah malam tadi

sebab berjaya publish gambar banyak2 arini...kebetulan lak bos tak datang jadi marilah kite update banyak2...wahhahahaha...

ok ni cite malam tadi.selama ni qiha suke pandang jam dinding pastu cakap 'cak' so aku agak dia kata cicak coz dia mungkin pernah nampak cicak merayap kat dinding then menyorok belakang jam kot...so dipendekan cite malam tadi kebetulan ada cicak melekat kat tingkap..so abang pun tunjuklah pada qiha...tak sangka pengeli jugak qiha..tengok dari jauh beranilah..bila ayah dia bawak naik sofa n bagi jari dia pegang tingkap cepat2 qiha  tarik tangan dia..

cicak tu kat luar tingkap tau bukan dalam umah...kalau betul2 qiha pegang cicak kompem aku pun tak bagi.hahahaha..so kejap2 dia tengok cicak tu...kang dia nakal cikit ayah dia pun tanya qiha mana cicak?so dia diri kat sofa then tengok tingkap...

lepas puas main tengok2 cicak nak pegang tak berani...qiha nampak paper beg then dia jinjing pastu g kat aku salam tangan cium pastu berlalu...kira macam atktivi aku buat pagi masa hantar dia g umah pengasuh.aku agak jugak dia main rutin pagi aku bawak beg baju dia then salam2 pastu g keje...hahahaaha...cute jer..sampai aku n abang jadi taksub coz dia main depan kitorang yang tengah tengok tv ni..abang malas angkat tangan dia buat2 salam so cium tangan abang...real jer muka dia...really big gurl la dia...

macam ni la rupa cicaknya tapi yang qiha nampak bawah badan cicak la...

rindu

sekarang qiha dah 15bulan...makin besar makin hilang bau baby..huhuhu..rindu dia yang makin besar makin banyak kerenah makin bijak makin comel makin..makin..makin...





tengok betapa syoknya qiha sepanjang kenduri tu..ni kira dah abis majlis so ayah dia bagi bungga manggar dia buat main kat tangga tu...dengan naik turun tangga lagi....baju jangan cakapla..kotor...haih...takpe qiha mama tak kisah as long as u happy


ni pulak percubaan menjadi minah bunga...tu bunga hidup tau tapi takde bau pun...nak suruh cium ayah dia cakap sayang bunga so cepat2 aku snap...so hasilnya comella dia...hahahaha


dia & sepupu

ok ni bukan perbandingan tapi sekadar pemerhatian aku pada mata kasar tentang perkembangan dan pembesaran budak.

ni adalah kisah antara qiha n salah seorang sepupunya bernama Aqil Aiman..aqil ni anak adik ipar aku..setiap ibu bapa pasti ada caranya mendidik dan membesarkan anaknya..kalau cara aku seboleh mungkin tak meninggikan suara dan berkata tidak pada segala perkara yang qiha main melainkan ianya bahaya.

antara aqil n qiha mereka sekadar beza 2minggu so perkembangan pembesaran takdelah jauh beza..tapi dari segi permakanan pada pandangan mata aku qiha lebih baik kerana aqil even tua 2minggu tapi tak reti untuk mengunyah biskut yang biasa aku bagi pada qiha...kena pecahkan kecik2 baru boleh dia makan.buat aku terfikir adakah dengan memberi budak makan nestum akan menyebabkan dia malas untuk mengunyah?

qiha pun suke menyusu tapi aqil tidak...reason adik aku kalau anak dia dah makan nanti tak mau susu tapi qiha makan pun bedal susu tetap nak jugak..dari segi keaktifan qiha lebih aktif bermain...sampai kami ni tak larat nak handle masa kenduri kawin kakak ipar.berat badan diorang pun lebih kurang sedangkan dulu berat qiha la yang TERringan sekali antara sepupu dia..

kalau tengok cara bermain dengan anak pun berbeza sebab aku n abang sering bermain bersama qiha..biar dia bermain dan meneroka alam tapi masih dalam pemerhatian kami..tidaklah dalam setiap perkara dikata tidak tanpa memberi sebab.aku biasa pesan dengan qiha panjat nanti jatuh..bukan jangan panjat..always hugs and kisses..

hah reason ipar aku anak dia lebih banyak tidur siang sebab malam akan berjaga n bermain sepanjang malam.aku pulak terfikir takkan lah sikap budak dari kecik sampai besar tak berubah..sebab aqil tidur waktu siang dalam tempoh yang lama maka dia skip waktu makan dn menyusu.tapi kalau aku..aku akan berusaha supaya many baby routine normal as others toddler coz masa sekaranglah otak dia nak berkembang kalau siang tidur nothing they can learning...

tapi yang bezanya aqil lebih tahu cakap sikit dari qiha...aqil ada dua tiga perkataan dia cakap jelas..qiha ikut suke dia je nak cakap tapi nak sebut susu dia tak mau yang dia tau nangis..tapi baru2 baru aku tau puncanya..sebab kak ct cakap dengan qiha 'nenen' aku pulak 'susu' so manalah budak tu tak keliru so asal nak susu melalak...hahahaha
tgk nk amik gambar bersama pun payah

p/s: aku tak mengatakan cara aku mendidik n membesarkan anak adalah betul n tepat..aku masih banyak kurangnya kerana aku pun tak berapa mengasuh qiha tapi pengasuhnya.aku bersyukur even anta kat pengasuh bukan nursery..kak ct ajar qiha sikit2..
cuma satu masa dulu ipar2 suke membandingkan pembesaran anak2 dan ini membuat sedikit kecil hati tapi makin anak2 ini membesar aku bersyukur kerana qiha membesar dengan sempurna dan mengikut tahap perkembangan yang sepatutnya.berkali2 aku memujuk hati sendiri bila berlaku perbandingan dengan mengingati kata2 doctor pakar kanak2 hosp.putrajaya yang aku jumpa dulu masa qiha berumur sebulan ke dua..yang doctor tu cakap kerana qiha lahir kecik how many she drink milk...kuat makan saiz badannya tetap kecik berbanding bayi yang sebayanya.aku jugak tak perlu bimbang sebab setiap kali check up berat qiha meningkat bukan menurun.aku bersyukur qiha membesar dengan baik tanpa sebarang komplikasi sakit yang serius..alhamdulilah..


Wednesday, March 23, 2011

tak tau aper masalah

dah jadi malas untuk menulis di sini kerana masalah dengan internet.nak upload gambar terlalu lambat...makan masa sehari...pagi2 dah menulis..upload gambar sampai petang masih tak abis upload..benci jer...aper masalah dengan internet slow aku pun tak tau...kat fb nak upload gambar lagila..langsung tak boleh...
sekian...kecewa..

Tuesday, March 22, 2011

majlis perkahwinan 13/3/11 - rantau,negeri sembilan

cite dah basi..cite minggu lepas lagi tapi sekarang baru nak cite coz masalah internet kat opis ni.aku kat umah takde internet..laptop pun takde.harap betulla cakap abang malam tadi he want give me new laptop...huhuhuhu
ok ni cikit gambaran masa majlis perkahwinan tu.majlis ni adalah majlis perkahwinan kali kedua kakak ipar aku..nak explain banyak pun tak reti coz aku sekadar datang memeriahkan majlis...kata dah tak mau baik2 sangat dengan ipar duai..biras birut supaya hati sendiri tak terluka.maka cukup sekadar aku datang tunjuk muka.cakap lebih tak perlu...hahahahaha...aku tunjuk jela serba cikit gambar yang ada eh..

abang ipar baru..nampak belakang tu biras yang tak berapa dah aku nak percaya..yang mana cari sendiri

dengan kakak ipar aka kakak abang.

emm...sepanjang hari cuba upload gambar tapi gagal...geram kan...aperla masalah dengan internet...

hantaran untuk pihak lelaki

raja sehari yang dirai

para tetamu yang tengah bersantapan

keluarga 

adik beradik
p/s : akhirnya berjaya jugak nak upload semua gambar..hahahahaha


Monday, March 21, 2011

back to work

emm...arini start keje balik semula selepas nak seminggu jugak hilang...hilang konon padahal sendiri plan nak cuti...hahahaa

lupa nak bagitau awal2 coz aku bab ikut abang g keje memang ragu2 sikit...hati rasa nak berjalan tapi akal berfikir realitinya nanti mesto tercongok dalam bilik dengan qiha tak ke mana...coz abang dari pagi sampai petang keje...keje abang biasalah memantau karnival keje dia..orang lain pandai je cabut2 tapi dia dari pagi sampai petang kat citu jugak..geram jer..hahahaha

ok last wednesday abang ada program kat utm so aku ni follow jela...kitorang stay kat i tune hotel...kelakor coz air cond,hair dryer, towel kena request n bayar..hah including tv ye...mlm tu kitorang makan kat restoran kat hotel tu...namanya...alamak lupa lak...nanti aku buat review tentang restoran tu coz sedap weiii...masakan indonesia...sampai luka jari ku tercucuk tulang...hahahaha..

esoknya(khamis) breakfast kat restoran tu jugak..menu memang lazat2...suke2....hahahaha...petang tu abang balik kitorang ke tebrau city..lamanya tak berjalan ke citu...syok...qiha pun best jer....balik bilik aku cibuk kemas2 abang layan tv, qiha ngada2 guling2 sekali terbalik jatuh katil..kali ke 2 dah ni...dua2 pun dalam jagaan abang.

jumaat - patut aku masuk keje tapi semalam petang abang malas balik KL so arini pukul10 pagi gerak balik segamat..sampai pukul12..macam tak caya just 2jam jer perjalanan jb-segamat...sampai2 qiha sukela tengok tanah..anak2 kucing...this time balik kg qiha teruk naik ruam coz dia main kucing...abis merah2 badan n muka.sama2 buat puding berkuah dengan shida...qiha nak tido ngamuk2 sampai aku pun mengamuk sama coz abang tak mau tolong pujuk qiha...terus jadi hulk n malas cakap dengan itu orang!

sabtu - patutnya g kenduri sambut menantu kakak abang tapi kan lepas call dia tak cakap dengan aku pun nak gerak pukul berapa pastu qiha tido dia pun bantai tido sekali..qiha bangun tido aku suap makan..habis sepinggan nasi...magik biasa makan tak abis...hahahaha...

petang patut gerak balik KL coz tak mau balik ahad coz gerenti jem punya...tapi abang cibuk g basuh keta then tah merayap mana2 sorang2...sedar2 pukul6 dia balik bwak shida sekali.then kitorang g pasar malam...hah petang tu ada sekali qiha main kat luar sorang2 tiba2 abang cari dia takde..terkejut aku..rupanya dia senyap2 berjalan ke belakang nak tengok ayam...emm..bahaya jugak ni...berani2 dia jalan sorang2 tu...

ahad - bangun di pagi yang segar...kemas2 beg dalam pukul10 aku paksa abang balik jugak.sebab lagi lambat gerak makin penuh kenderaan di highway..lagipun aku nak ke pesta hot balloon kat putrajaya sana nun...sepanjang perjalanan balik qiha bantai tido..2jam lebih...bangun2 buat2 muka terkejut dia sebab dah sampai putrajaya...tangan kat pipi tanda excited...tapi tak gedik dia tu tak mau lak dia tunjuk kat kampung...bila kat bandar jer ni...ye aku yang ajar qiha gedik...hahahaha..

tapi kan g hot balloon kejap jer coz hujan n qiha berak.lepas salin pampers hujan makin lebat maka terus la balik umah.kat umah qiha berak so pukul5 aku dah mandikan dia..mandikan dengan dettol coz nak bunuh kuman...agaknya pedih kot ruam2 dia so even mandi air suam nangis2 n kejap je mandi...petang lepas mandi qiha tido so aku masak mashed potato campur cheese..bagi makan then pukul8 keluar makan..

kakak n adiknya di suatu masa dulu...hahahaha
ni gambar lepas kenduri kawin minggu lepas kat rantau negeri sembilan...hahaha..banyaknya story aku nak cite tapi kan internet slow so payah nak upload gambar

Saturday, March 19, 2011

sepi seketika

asSalam....
bersiaran seketika...
dari rabu lepas aku cuti follow abang g jb coz dia ada karnival kat utm..patut jumaat kena masuk ofis tapi sebab malas n sebab2 tertentu maka aku ponteng keje jumaat.now kat umah abah di segamat.gerak dari jb pagi pukul10 sampai segamat pukul12..dekat pulak rasa jb-segamat..hahahaha..

esok may be g kenduri sambut menantu kak ayu..tapi tau sure pulak..lepas tu terus balik kl..tak boleh gerak balik ahad coz nanti kompem akan jem teruk coz cuti sekolah dah abis.ni guna laptop shida..sajala coz rasa lain plak tak menulis aper2..tapi yela dah guna laptop orang jadi mana ada gambar..

ok daa...nak tido.hari ni faqihah nak tido ngamuk2 coz badan penat,mata letih tapi hati tak puas main..so kejap2 melalak..hilang kesabaran..bukan nak marah dia tapi marah ayah qiha yang tak reti nak membantu memujuk anak...geram jer..

Tuesday, March 15, 2011

mandi manda di teluk kemang

this few picture on our trip to PD..teluk kemang...at last she can wear her swimming outfit..lucky she love the ocean...next time we can go again..

bergambar secara paksa





Monday, March 14, 2011

akhirnya ke laut

swimming suit
pampers for swimmer
pelampung
ok dah lama dah bende2 ni ada kat umah tapi tak pernah guna langsung..sebabkan abang sentiasa takde masa bawak kami g mandi laut..but last saturday at last we reach port dickson.kitorang g teluk kemang sama2 kak siti n anak2nya.

plan tak dijangka..tanya abang nanti balik PD terus g umah kakak dia ker balik umah semula..sebab balik umah maka terus call kak ct n tanya nak ikut sekali tak.sebab dia ok maka tugas masak2 kak ct buat..pukul10 tu aku g anta bihun n sayur untuk buat bihun goreng.kak ct plak masak nasi lemak.pukul2 kitorang bergerak ke PD.spai nak dekat pukul4 kot...cuaca marvelous..orang pun tak berapa ramai..

cepat2 tukar baju qiha n off we go play with water.hehehehe....qiha suke main air laut.cikit pun dia tak takut..comel kaki kecik dia berlari2 di tepian pantai..memijak pasir laut..pukul 6 kitorang gerak balik umah.

p/s:alamak problem nak download gambar..nanti2la aku tempekkan kat sini eh...

salam Isnin

selamat pagi...sekarang waktu kat komputer aku 10.09am..kira masih dikira pagi lagi lah kan..cuti sekolah dah bermula..macam2 aktiviti berlaku..tapi yang terpenting sekali seminggu ni jalan kurang la cikit sesaknya...mungkin parents tak perlu bangun awal untuk hantar anak ke sekolah..

weekend ni pun rasa hari minggu yang best...jap2 lagi lah cite..mood masih belum ada nak transfer gambar ke komputer..hahaha..hari ni pun akan sorang2 kat office sebab jenny merangkap bos,opismate tak datang.dia mc coz tak sihat.dia nak g klinik n rehat coz jumaat ni dia nak bercuti ke Phuket so haruslah badan kena sihat...hahahaha

Friday, March 11, 2011

wordless friday evening

time past 7pm! im still at office..can u imagine im still in office????oh really make me..urghh..not because i have lot of  work to finish up but..abang late to pick up me.he got work at PWTC but not told me trully he cant make it to pick up me..after 5.33pm he just mention to me.WTF....so i cant asked anybody to sent me back.have to wait for him..wasted my time.means faqihah still with mama ct.very regret bout that.sometimes make me lost my temper n my patient coz he hard to tell me bout his work condition.if i call dont know to pick up...if im sms dont want to reply.

i thought he already back to his office on afternoon.never thought he was at pwtc the hold day.problem to us coz he did not know how to communicate well.the same goes everyday after he reach in front of my office than he told he arrive to pick.but when im late he said why i late.but why he cant call me he almost reach my office?

luvly friday


memula cite tentang menu malam tadi...masakan berasaskan udang..ye udang..even aku ni dalam kategori orang alergik tapi nak jugak makan..hahaha..
sebab malam tadi menunya adalah udang yang aku membeli tanpa dirancang kat tesco so aku just masak udang goreng tepung n telur dadar special.. memang special coz ada carrot,kacang panjang,cheese..dan sedikit udang. sedap n lazat dimakan dengan nasi putih letak kicap je coz tempoh memasak lari. so takde la sayur ke kuah sup.aku bukan teror masak kira aper yang aku masak bedal jela...hahahah

memang sedap setelah dimakan..tapi masa nak tido mulalah sengsara aku coz simptom2 gatal2 bermula...dengan perut rasa tak sedap sampai aku terpaksa termenung lama dalam toilet..dah setel keluarkan isi perut maka merah2 pn timbul..bengkak2 pun terserlah..tapi sebab aku tak serius maka dalam derita aku tido juga.jadi bangun ni as usual.

then pagi ni cuaca amat2la tak best coz dari pagi tadi sampai sekarang..macam ni la keadaannya ..

ala..tak syok sangat..macam nak tido jer..

tapi takpela coz arini luvly friday so its ok beb..esok is weekend plan masih nak ke mana,nak buat aper masih blur n tak nampak langsung perancangannya.aku pikir nak g n stay PD mandi laut alang2 ahad nak g kenduri kawin SIL..tapi jawapan abang 'tengoklah dulu' so terus tak pikir esok aper jadi.hahahaha..kalau tak ke mana ingat nak jalan2 kat putrajaya la...take some picture there.harap2 cuaca baik la...

ok then..selamat berhari minggu semua...hah pagi tadi jalan lenggang cikit coz cuti sekolah dah bermula.sama ada ramai yang g cuti tak pun lewat g keje coz tak perlu anta anak g sek. happy weekend to all..

Thursday, March 10, 2011

eh..eh..khamis la

muka ala2 popeye...hahaha

eh dah khamis dah...salam khamis buat semua..lama dah tak menulis sebab takde idea nak tulis aper...weekend ni nak ke rantau, negeri sembilan.attend majlis kawin SIL...baju kurung baru dah siap..baju qiha masih aku takde idea nak sarung baju aper...yang pasti aku akan cuba tak mau bermesra dengan sapa2..beramah mesra lagi dengan ipar duai.demi mengelakkan aku menjadi mangsa perkutukan (betul ke bahasa aku ni?) mahupun dituduh yang bukan2.pengalaman lalu mengajar aku tidak terlalu mempercayai sesiapa lagi di kalangan ipar duai kerana musuh dalam selimut selalu ada...tak mau nanti ditikam dari belakang.

semalam ke warehouse my dear terus takde idea untuk membeli aper2..so kesudahannya abang beli keta remote lagi macam last time,aku beli puzzle n 2pasang baju qiha.hahahahha...nampaknya aku memang memerlukan sehari untuk mengemas baju2 qiha..baju2 new born,3 bulan kena simpan siap2.baju2 yang nampak boyish pun nak simpan...ye aku dulu suke beli qiha baju2 yang nampak universal..takde ropol2..kembang2,..bunga2..sebabnya baju2 gurl kebanyakan warna PINK..aper da..macam takde warna lain.

ok sekarang qiha dah nak masuk umur 14bulan...uii...gelagat makin macam2 tapi aku rasa masih di tahap terkawal..bab merajuk memang menunduk kepala ke bawah tapi tak sampai guling2...jerit2 takla sehingga mengegarkan..dah teror panjat tangga..duduk makan kat seat pandai campak makan ke bawah..TAPI disebalik keletah dia yang buat aku risau n geram...ada yang buat aku rindu n sayang dia sangat.makin besar ni dia dah makin peramah..dah boleh bergaul dengan laki lain selain ayah.kalau tak..suami kak ct nak main dengan dia pun melalak.sekarang dah boleh main golek2 atas tilam sama2..sampai kat jusco malam tadi dia tengok orang kat bangku n sengih2.just ramah2 qiha perlu ada kitorang berdekatan baru dia berani nak dekat dengan orang lain.kira jinak2 merpati la..makan di tangan dipegang lari..hak..hak..hak..

ok la itu jela cite aku...TAMMAT..

Tuesday, March 8, 2011

weekend yang kelainan

last friday balik umah awal then kemas2 umah ckit..tukar cadar katil rasa puas sangat.sebabnya aku je sorang paham...hahahaha...malam tu tido berdua dengan qiha beralas cadar baru..syok coz bau comforter tu wangi.rasa lena jer tido.

ok weekend tu adalah hari yang berbeza...lain2 sangat sebab abang takde...outstation so kami ni berpindah ke rumah my bff..saja coz nak berjalan dengan dia.hehehhee..so aku kemas2 beg qiha buat hal sendiri sambil2 punggah balik beg yang aku kemas tu.sementara ikin datang amik kitorang..qiha main2 last2 tido.so semntara dia tido aku kemas2 la umah n mainan dia so nanti balik umah takdelah rasa semak umah tengok berselerak dengan mainan qiha.

dalam tengah hari kot ikin amik kitorang terus zass ker my dear warehouse..alamak banyaknya bende macam nak beli tapi last2 aku just beli sepasang baju jer untuk qiha.(padahal aritu siap cakap nak beli macam2 kat citu..) then alamak...terlupa plak ke mana lepas tu...ingat2 balik...hah dah ingt...kitorang ker bandar pureri plak..eh lupa story yang kawan aku ni dok puchong..thats why senang kitorang nak gether2 masa abang takde.plan tidur umah ikin ni pun kebetulan jer.kitorang g makan kat kedai hj.chef cafe..pastu g anakku..masuk keta qiha dah lena so tak jadi ikut ikin naik kedai baby yang baru bukak namanya twinkle star.sampai umah rest kejap then malam tu ikin ajak g sunway..

malam nak tido pukul 2pagi qiha melalak..tak taula sama ada sebab hidung sumbat ker..panas ker..tak selesa tido umah orang ker..geram jer.last2 ikin bentang tilam kat ruang tamu dia tido lena sampai ke pagi.pagi bangun hepi...then siap2 breakfast..kira dah ari ahad la kan..so ikin bawak kitorang g KL...sebab qiha selsema ckit sebelum keluar umah aku bagi ubat selsema n demam.jadi sepanjang perjalanan ke KL qiha tido lena dalam keta.kitorang ke jalan TAR coz ikin nak cari tudung.mula ok lagi la qiha then dah mula rimas coz panas tapi dia tak meragam.alhamdulilah...aku pun sempatla beli sepasang selendang..pastu terus balik umah.weekend yang amat penat coz spent time dengan ikin coz dia kaki shopping n jalan.hah masa tu ada masuk butik first lady..sebab qiha nak pusing2 so aku naik tingkat atas yang takde orang bagi dia main lari2 kat ctu.kesudahannya aku n qiha main nyorok2.tak sangka she knows how to play hide n seek.comel..

malam balik semula ke rumah...home sweet home.abang amik kitorang.so pulanglah ke pangkal jalan.hahaha

ok sepanjang aku bersama dengan qiha alhamdulilah she easy to handle..tak buat banyak perangai...just sebab tak bawak stroller...takde carrier maka aku dokong jer qiha.syukur dia ok n tak suke meronta mau turun bawah.agak2 tempat selesa baru dia nak jalan sendiri.sesak2 dia rela jer aku dokong dia.syukur qiha bersaiz kecil jadi berjalan jauh berdokong pun aku larat lagi..hahaha

tapi yang paling memenatkan adalah masa kat umah ikin coz keje qiha adalah main panjat2 tangga..pastu aku ke dapur dia melalak kena tinggal..jenuh nak melayan but im happy..

Thursday, March 3, 2011

otaknya berkembangan

hari dah khamis..aper baru khamis...emm..lambatnya nak weekend tapi syukur bukan isnin..hahahah
pagi tadi sebelum keluar umah anta qiha umah mama ct n g keje seperti hari2 biasa abang akan bagi qiha susu depan tv sambil dia pakai stokin.

kebetulan ada brosure tesco so sambil abang belek2, qiha pun ikut belek so aku pun tanya mana baby (kebetulan brosure tu tentang baby fair) so dia macam confuse nak tunjuk baby..abang angkat jari dia tunjuk..then aku tanya lagi qiha mana baby still ayah dia yang angkat tangan qiha n tunjuk. then aku selak page lain tanya mana ball..hah time ni rasa syok coz qiha tunjuk sendiri mana satu ball....then aku tanya mana bear pun dia tunjuk betul.wah dah makin cerdik n faham arahan.

petang semalam amik qiha dari umah mama ct dia asyik nak turun dari berdokong so aku buat keputusan balik jalan kaki dengan qiha.abang balik umah sendiri.ala bukan jauh pun saja bagi qiha bersenam.nak naik umah dia belajar naik tangga sendiri.siap mengeluh2 bila tengok tinggi lagi nak daki tangga.masuk umah dia terus menonong nak masuk bilik tanpa bukak selipar aku pun cakap selipar tu bukak dulu...she try to open her shoes!then aku suruh letak kat rak kasut..dia macam tak paham coz tak pernah lagi dia balik umah berkasut.hahahaha..aku pun amik sebelah kasut n letak kat rak then she follow the same thing.alhamdulilah perkembangan otaknya berkembang mengikut kadar yang sesuai dengan pembesaran.

oh satu je yang buat tak best...kalau pagi aku anta qiha umah mama ct..aku dokong qiha dari keta then pass pada mama ct pun masih didokong.sebab tu tak perlu kasut..bila dah dalam dokongan mama ct qiha suke sangat dakap mama ct kuat2.macam sayang sangat.pagi tadi dia tenung muka mama ct then peluk kuat2.ala macam rindu sangat,lama tak jumpa.dengan aku jangan harapla dia nak peluk macam tu.petang asal nampak aku jer terus tunjuk aksi lincah..padahal sebelum tu elok baik je diam tengok tv.

hah tabiat baru dia yang buat aku kadang2 naik geram adalah suke sangat nak merajuk..terjatuh sikit nangis..pastu senyap then sambung lagi.eii...kadang malas nak pujuk coz dia saja2 nangis coz airmata pun tak menitik..bergenang jer..

budak makin2 bertambah keletah n kepintarannya

Wednesday, March 2, 2011

cerita petang

kan bagus kalau mampu mengungkap kata2 yang ada seperti dalam artikel ni..so rasa kurang puas hati pun kurang kot...
emm....luahan kata yang sukar nak aku ungkap...

sekian.

2 in 1 Rocking Moses Basket

BERJAYA DIJUAL.
Item to let go....PRELOVED
beli kat twins baby branch puchong last year..9/1/2010
harga masa beli rm229.00
harga susut nilai rm180.00
rocking basket warna coklat tau so sesuai untuk baby boy or gurl..
masih lagi dalam keadaan baik...cantik..jarang digunapakai.terpasang pun sekadar hiasan kat umah jer.cik punya item,tak minat dok dalam tu.
sangatlah sesuai untuk majlis cukur jambul & berendoi...nak hias2 rocking basket tu pun mudah.macam sasha saidin buat..balut2 reben..letak bunga..hihihihi
semua barang masih lagi available..ada kelambu,mainan tergantung,blanket,bantal kepala,besi2 semua lengkap...
ni barangannya
features..sila baca sendiri
ni majlis cukur jambul anak sasha saidin
yang ni gambarnya lebih jelas..senang nak hias dengan reben n bunga untuk majlis berendoi

barang2nya siap dengan instruction macam mana nak pasang
yang ni aku punya...kaler coklat
yang ni rocking basket yang kena tutup dengan kelambu yang disertakan sekali

jangan ditangisi

very wordless wednesday when this morning i receive sms from my friend.she inform me one of our friend sudden death this morning when he woke up.Innalilah..

even we not so close but for me he such a good friend when im in uni time.he have twin n sometimes i got confused with them.he had very beautiful daughter almost the same age with my baby.hoping his family can be strong,persevere and accept his death.may he rest in peace.al-Fatihah

Tuesday, March 1, 2011

my Dear..aku nak ini...

ok rasa semua dah tau yang warehouse sales My Dear bakal berlangsung this weekend.start from 3 March until 13 March 2011.ok barang2 yang aku teringin nak beli adalah...

macam best je kalau Qiha main tapi ruang umah sempit... -rm79.90

dari warehouse sales last year nak beli coz nak biar qiha tidur sendiri - rm89.90

ni macam comel...alang2 Qiha ada 1 blanket je kan - rm36.90

nanti boleh guna pelbagai..hahaha - rm25.90

yang ni bagus terus boleh attach kat toilet bowl umah - rm73.90

menarik..selesai guna nanti ada music tapi rasa kena picit sendiri kot...ala2 dah siap sila flush - rm39.90

rasa tamak tak aku nak membeli belah.tapi kan...sesungguhnya kocek aku kosong..oh,deritanya menjadi orang kurang kemampuan ni..hahahaha...kalau kocek aku penuh dengan membeli potty train yang ada music dah rm272.50...tanpa potty music tapi yang biasa rm306.50..mak aiii...barang cuma ada 6 jer tapi dah beratus.satu item lagi kena let go.so balik nanti cari resit pembelian..then harap cepat sold...hehehhe..

Suram

pagi ni terasa suram...sejuk..kerana hujan di pagi hari.tapi suram di hati tiada yang tahu..luka di hati tidak dapat diubati..walaupun akan sembuh tapi parutnya tetap ada...emm..suramnya hari..