Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, November 26, 2010

off to melaka..

by the time u read tis i was away to MELAKA...hoyeeh!following my beloved hubby working.tomoro got program penempatan pekerjaan azam 1 msia.tis program is under jab.tenaga kerja(JTK)..yes my hubby is govt servent KSM..hoping arrive safely there..staying at D'Village Hotel coz near to MITC..the program will be held there..

jumaat da..

selamat pagi semua...
arini jumat..suke sangat coz esok dah weekend so its time for faqihah..pastu kemungkinan besar aku halfday arini..hihihihi..so keje2 aku pun dah setel just belum failing je lagi.semalam bos aku masuk so syok ckit coz dah ada keje yang diarahkan buat n ada kawan nak ajak mengumpat berborak..ok setakat ni masih takde isu penting.bos pun tak masuk lagi.kalau dia tak masuk by the time aku nak balik maknanya aku kena call n inform nak balik awal la..oh supervisor yang konon kecik ati dengan aku tu masih tak tegur aku lagi...arghh..lantak ko la..janji keje aku,aku buat dengan betul.ape aku cakap pada dia pun betul..ko tak mau tegur pun takpe coz gaji aku tak luak pun..dah la malas cakap lagi..mood musti baik coz arini jumaat..

testing fail..

aku tengok semalam ramai yang test typing blog thru phone..jadi aku pun try lah..tanpa risiko berapa charge yang bakal dikenakan..hahahaha..sekali gagallah..aku tak reti buat.tak pun may be phone aku problem.ingat nanti nak try curi2 buat guna handset abang plak la..hahahaahahaha..hoping can be done!

Thursday, November 25, 2010

selamat harijadi bonda ku

MUTIARA KATA:
"USIA ADALAH IBARAT AIR SUNGAI YANG MENGALIR DARI BANJARAN GUNUNG KE LAUTAN. KETIKA MERENTAS BANJARAN DAN PERBUKITAN IA BISA MEMBENTUK ARUS DAN MEMECAHKAN TEBING YANG KUKUH, KETIKA SAMPAI DIMUARA IA HANYA AKAN MAMPU MENJADI TENANG SEPERTI LAUTAN (anonim)"


harini genap usia mak yang ke ekk..lupa lak!hahahahaha..
mak adalah seorang mak yg penyayang..ingat lagi dulu masa sek men aku pnah pukul my youngest sister dgn hanger coz tah ape tah aku marahkn..mak ckp "mak tak pnah pukul anak2 mak,ko pukul adik,xelok"..masa kecik2 dulu my big sister suke cubit ktorg klu tak dengar cakap dia..mak ckp "mak tak pnah cubit anak2 mak"...see betapa aku dibesarkan tanpa pukulan n cubitan dari mak..semua pnuh dgn lemak berkrim kasih syg.best kan...ingt lg rasa2 masa tu aku form 5 kot..aku nak potong buah oren, mak dalam bilik tido terus bangun n potongkan.reason dia tak mau aku terpotong jari..huhuhuhu...masa form6 lgla..aku penat sangat dengan atvt sek so malam tu tertido awal..bila bangun lauk dinner dah abis.aku pun bising2la..mak suruh aku goreng telur sendiri..pada aku nak buat tu mak datang dapur n gorengkan..lemakkan aku..sebab tu jugaklah spai sudah aku tak reti masak..hahahaha...tapi mak tak salah coz aku yang tak mau belajar.shida tak masak pun teror masak sesekali..sekarag aku reti what masak..tak caya tengok badan abang..mkin buncit kan...huahahaha..tapi tak boleh setanding dengan masakkan mak lah..she the best cook!kerana masakkan mak sedap lah bila sebulan tak balik kg hati aku resah coz ape makan sume tak masuk dengan selera tekak.then rindu tu amat2lah membara.
mak jugak sorang wife yang hebat pada mata kasar aku coz makan pakai abah terjaga elok.waktu makan abah adalah breakfast,tea time,lunch,tea break,dinner..so kelima2 waktu tu mak dapat sediakan makanan abah..walaupun sekadar air!pastu sume baju abah elok bergosok n lipat.waima kain pelikat abah tau!kagumnya..aku pun tak mampu buat sume tu coz sekarang pun abang gosok baju keje sendiri..spai abah kalau g mana2 takkan makan kat luar tau..g kenduri kawin sapa2 abah akan makan ckit then balik umah makan masakan mak plak.hebat lorr...ada pernah mak demam aku nak masak abah tak bagi..rela masak sendiri kerana tak yakin dengan rasa masakan anak dia.hahahaha..kira mak memang supper perfect..
dulu2 masa aku sekolah mak suke cakap english dengan aku coz mak sekolah inggeris dulu.kagumkan dok umah speaking...rasa ala2 org kaya tak reti BM plak..pastu masa aku kecik2 mak suke menyanyi..suara dia sedap even tak mampu lawan dgn mana2 penyanyi tapi melenakan aku.hah..dulu ktorang kecik2 masa tengah malam mak pasti jengah bilik ktorg nak check either dah tido ke belum..
tapi tu lah cian mak coz dia tak sihat.memang luaran,fizikal dia sihat..tapi dalaman dia TAK sihat bagi aku.tak taulah ape yang tak kena..benda ni dah berlaku dari aku kecik so tak tau pucuk pangkal cite.tak berani nak tanya abah kang ada yang makan penampor kang.hahaha..just aku ingat masa mak mula2 kena dulu dia macam histeria..mengamuk2 spai abah pun boleh ditendang,then pnah potong jari sendiri..sekarang 4jari kanan mak dah tak berfungsi..tak masih cekap melakukan keje2 umah.puas abah mengubat mak..puas aku tengok pelbagai bomoh dtg umh ubat..abis dh duit abah tapi masih gak macam tu..sedihkan..ape2 doa aku moga mak akan sembuh gak..jadi takdelah dia sorang2 cakap sendiri.sebab tu aku tak pernah mengadu dengan mak ape2 masalah coz mak susah nak ajak bercakap.dulu kecik2 asal nak cakap dgn mak aku kena jerit2 panggil supaya mak dengar aku panggil klu tak dia terus dalam dunianya,cakap dgn tah sapa.:(
doa ku moga mak akan terus sihat,kuat,mampu bergerak n kembali normal.selamat hari jadi mak..maafkan anakmu ini kerana masih gagal memberikan kesenangan untukmu....

Wednesday, November 24, 2010

JMP 2586

no aper tu???emm..impian hampir menjadi nyata bila kami akan mempunyai keta keluarga sendiri!nampak tak dasar JOHORIAN tu besar..tetap nak jugak2 plat no JOHOR!selama ni gunapakai keta MIL yang dia konon dah tak suke pakai tu.dahlah baru aku tau yang keta tu lama tersadai kat kampung then baru abang amik n sambung bayar n guna.sekarang tiba masanya pulangkan balik pada tuannya.suke dialah nak buat macammana dengan keta tu.yela orang 'kaya' sampai 2biji keta sekali then bising2 tak cukup duit.wadafak!alhamdulilah ada keta yang selesa ckit jadi nanti ape2 boleh bawak abah g kenduri sedara mara dia.selama ni nak harap pertolongan aku susah coz keta daif ckit..nanti adik konvo maka berasalah cuti2 msia sefamily...tak pernah lagi dah bercuti bersama..miss my old time.aper2 aku still kena share dengan abanglah bayar duit keta every month n insurans roadtax aku yang bayar.keta bersama..suke2..so raya nanti bolehlah tumpangkan MIL n SIL family balik beraya kat kampung.tapi jangan harap aku nak tido umah dialah..bagai tetamu yang tak diundang maka langsung tak dilayan!eh keta aper bakal aku guna??tunggu jela next month...dah keluar aku kasi tau eh.sekarang masih dalam proses lagi..hehehehe

kecik ati konon!

kat tempat aku keje ni ada sorang supervisor yang IQ rendah.plak tu bujang terlajak..oh bangsanya CINA, cni tak ada pekerja melayu melainkan aku sorang je.semalam aku ada tegur dia sebab isnin petang tu ada sorang customer datang kilang lepas waktu keje untuk tengok barang dia yang tengah kitorang buat.so aku rasa tak patutlah coz even produk dia yang tengah kitorang buat tapi tak bermakna he can easily came to factory anytime to see the progress.yela lepas abis waktu keje so takde sapa yang entertain.kalau hilang satu material sapa nak bertanggungjawab?yang supervisor ni asyik cakap takpe tak salah coz dia nak tengok barang dia.then aku tanyalah ape yang dia cakap?so dia cakap dia tak tau coz customer tu bukan cari dia tapi cari sorang lagi worker.perangai yang paling aku menyampah coz suke lepas tangan..kang kalau ada ape2 terjadi kemudian hari,bos marah dia mulalah bising kata bukan keje dia.selfish kan padahal bos hire dia jadi supervisor so you is a head lah antara worker lain better responsible ckit.
aku bagilah contoh kalau kita deal dengan bank even duit kite berjuta dalam bank n kite nak keluarkan lepas waktu bank hour kat kaunter pun tak boleh.kenalah follow rules n time working hours tu.bukan sebab ko kaya staff bank akan tunggu ko jugak2 untuk keluarkan duit even abis waktu keje.betul tak?so agaknya dia bengang coz aku tegur macam tu terus cakap macam tu aku tampallah waktu kerja depan pintu gate senang ckit.memang aku dah jangka dia hangin dengan akulah tu..so semalam sepanjang ari tak naik opis langsung.tapi bagus gak tak yah aku nak dengar cite tah apa2 tah dari dia.
biasa pagi2 dia naik opis untuk sembahyang tokong dia tu so pagi tadi dia buat siap2 sebelum aku masuk opis n lepas tu takde masuk2 opis sengaja nak bo bek perkara tak penting n wish morning pada aku.kalau tak gerenti dia komen muka aku ada jerawat besar kat kepala.cerewet n kepoh, muka aku buruk ke,baju kedut ke sume nak tegur macam dia tu perfect sangat!hahahaha..
so tadi dia sekadar jengah muka untuk order gas coz dah abis diorang guna.biasa dia amik barang dalam stor kompem tegur2 aku gak, tadi menonong je amik barang then terus blah turun dengan tak mau tengok muka aku.arggghh lantak ko la.bagus jugak ko tak naik opis ni n cakap hal2 yang aku tak minat dengar coz aper2 aku cakap sume ko betah.ko cakap aku jawab then jawapan aku buat ko tak puas ati pastu ko keep telling the story again n again until u blah!muka aku dah tunjuk aku tak minat dengar pun ko tak paham.tu lah IQ rendah..EQ pun takde lah.geram jek!
susah cakap dengan orang macam ni..cite berapi2 konon pandai sangat handle pasal biz,coz sekarang diorang dapat gaji last month separuh je citelah patut bos handle macam ni macam ni lah..cakap pandai tapi gaji every month pun ko gagal uruskan until every month OD n mintak advance gaji the next month.paling menyampah pantang dengar ada orang lain duit lebih mulalah dia rasa nak pinjam.macam dia cite yang abang dia nak keluarkan duit EPF so dia pk mau pinjam tapi segan coz lama tak call...hampeh pinjam retilah bayarnya bila sedangkan gaji bulan2 pun tak cukup2 padahal tempat tinggal,bil api air sume bos tanggung.

Tuesday, November 23, 2010

blank...

aper nak cite ek...takde aper yang menarik nak cakap..emm..weekend ni patutnya abang kena g kuantan tapi cancel.bukan bermakna dia akan dok umah..tidak ye..hahahaha..akan ke melaka so jarak yang tak berapa jauh tu bolehlah aku n qiha ikut.bukan tak mau dok umah tapi malas nak layan qiha tu..nanti tinggal berdua asyik nak melekap sampai satu keje pun tak boleh buat...next week plak abang kena g batu pahat so memang sah2 takkan aku nak stay umah 'homestay' yang buat aku 10sion!hoping abang can sent me n qiha to segamat.sudah rindu sama mak abah.
trouble dah datang balik..hutang interest ah long, bos dah tak mampu bayar balik coz tak dapat any payment yet.yang susah akulah coz sorang2 kat opis n tak tau nak jawab ape kat diorg.aku kalau call bos bukan dia angkat pun..tapi yang ah long ni asyik suruh call..leceh.hoping betullah jenny masuk opis nanti petang.

Monday, November 22, 2010

it's MONDAY

ye isnin yang masih keseorangan di opis.aduhh..bosaaaan duh.best prend pn takde kat ym.melanguklah aku sorg2 dalam opis ni..
ok aper cite weekend korang?aku???sabtu siang hanya di rumah bermanja2 bersama faqihah.mula pk bolehlah masak,kemas umah ckit2 tapi tu hanya impian keje surirumah yang hanya mimpi semata2.qiha ni klu tinggal berdua je kat umah maka tak boleh dok jauh.kena sentiasa dekat supaya dia tak rasa keseorangan.payah betul even dia boleh main dalam pool mainan dia sorang2 tapi jangan harap dia bagi ko bangun g toilet pun.oh sabtu tu abang keje, jaga career exhibition kat PWTC.so aku nak masak menu best pun tak boleh so jangan mimpi nak jadi surirumah yang baiklah bila qiha asyik nak melekap.hangin tau!!
so sekejap2 qiha tanya ayah mana..dalam bahasa dialah.sebab sepanjang ari nampak muka aku je.pastu bila berdua reti plak dia panggil aku mama klu tak asyik ayah..ayah..ayah...aku pun jadi ayah.saja je nak bagi aku sentapkan..hahahaha..petang abang balik dari keje suke atilah qiha umah cukup penghuni.abang tanya nak g jalan tak so plan lepas maghrib keluar ke ioi mall tapi bagi qiha makan dulu pastu abang makan then aku makan maka nak dekat pukul8 baru keluar.ye seperti yang dijangka full parking.jalan2 dengan takde duit masih lagi membeli sepasang baju utk aku,seluar 3 suku short utk abang n 2 pasang baju tido untuk qiha.yang sepasang saiz untuk budak setahun.jalan2 qiha tak mau tido pastu susu just bawak sebotol je.tengok2 nak 10.30 baru balik.nak keluar dari parking memang boleh timbulkan gaduh..malas nak story..geram je.qiha dalam keta terpaksa tido tanpa susu.biasa turun keta dia pasti terjaga tapi kali ni ngantuk sangat kot langsung tak terbangun sampai ke pagi.
hah vocab baru qiha yang buat aku n abang gelak besar.NENEN!dia main nipple abang pastu gigit pastu sebut nenen..hahahahhaah...aku tala la tetet aku kot2la qiha nak menyusu badan balik.abang siap cakap kalau qiha nak nanti ayah cari ubat bagi susu ada balik.wahhh!tapi tak mau lak dia hisap..yang tak menahan tu bila qiha cium..hahaha..nasib baik tak buat2 muntah.sekarang dia punya vocab dah banyak bunyi tapi masih lagi tak jelas..tetap bahasa baby.
sunday is lazy day..so kami hanya dok umh relax2 n tido.

Friday, November 19, 2010

bosan..

semalam n arini adalah ari yang paling membosankan sebab sorang2 kat opis.kan aku just berdua je dengan bos so dia tak datang harus aku kesepian..ha..har..har...10sion pun ada coz kalau macam ni better dok umah layan tido qiha..
aku ada cite tak yang malam raya tu umah aku ngam2 tong gas abis?so tak dapatlah nak masak sup qiha so semalam qiha just makan nasi impit + sup labu sajork!yang magicnya qiha dah tak berak darah..so lega n selamatlah duit.semalam balik keje abang usul ajak makan pizza hut..aku orait je tapi macam nak TERkeluar ayat "bukan sebelum ni abang dah banned pizza ke sebab servis lambat?" tapi kalau aku sebut tak merasa makan plak.alang2 gas abis so oklah makan luar.so balik dari makan2 g kedai runcit order gas.so terus masak sup ayam n whip cream banana..rasa abang nak rasa kot tapi aku punya semangat simpan dalam fridge bagi sejuk n untuk makan malam ni.harap sedaplah ek.hah aku rasa qiha ni tak boleh nak tido kalau aku takde sekatil kot.puaslah abang nak tidokan dia tapi asyik nak ke depan.pastu elok je main sendiri.rasa macam dia teman aku lak just dia main aku siapkan masak sup dialah.kejap je mainnya then tengok ape aku buat kat dapur.sanggup tahan ngantuk coz nak aku tido sama..dengarlah dia sebut 'a..a..'(macammana nak eja ni..hahahaha)..yang penting bunyinya ala2 mama..hahahahaha..tu jela...aku bosan ni..nak tido boleh.
hah pagi tadi abang call no 012 aku cakap ape2 call no 012 coz dia lupa bawak handset P1i 019 dia..hahahahha..macam kelakar je orang macam dia tertinggal handset.tapi persoalannya adakah aku sibuk nak call dia?rasa tak kot!
esok mungkin dok umah je sebab abang kena bertugas ari spai ahad kat PWTC.may be jugak tak dapat g kuantan coz reason dia keta kecik..ingat dapat keta besar rupanya tak..huhuhuhu...aku cakap awal bulan depan dia ada keje kat batu pahat..kalau keta besar so bolehlah anta aku kat segamat.oklah kan.

Thursday, November 18, 2010

raya aidiladha

ok ni pestime beraya tanpa balik segamat tanpa atvt menarik.ape aku buat cuti raya?plan bangun awal tak menjadi coz mengantuk..so nak dekat pukul7 baru terjaga n stat berperang di dapur masak rendang daging n sayur lodeh.kesimpulannya aku tak terorlah masak coz rasa langsung tak pure.then masak pulak pumpkin sup untuk qiha.bekal untuk esok2 di rumah mama CT.lunch n dinner qiha aku bg makan nasi impit dengan sayur lodeh je.
siap2 masak rasa malas nak makan so siap basuh n jemur baju qiha aku pun ikut sekali abang n qiha tido kat bilik.2la atvt raya kami..TIDO!hahahaha..plan nak berjalan g subang g pasaraya ape tah yang aku nampak masa g open house en.faiz (opismate abang).dah syok tido maka tak ke mana lah kami.puas tido mandi,siap2 g giant taman equine..jalan2 ctu je cukup.pestime jalan2 qiha tido dalam buggy dia.
sebab qiha tido maka merasalah makan kek sepotong kat secret recipe dengan aman.qiha bangun then bagi main kat playground free kat giant 2.oh dia sangat teror main keta goyang2 n aku ajar tekan button mana bila dah stop.cute je dia pegang n pusing2 stereng tu.kih..kih..kih...tulah cite raya.ohh...pagi tadi bukak FB then nampak shida tulis dia korbankn sup tulang untuk aku..makna tahun ni tak merasa aku makan sup tulang yang best hasil tangan mak.huhuhuhuhu..

maya faqihah - 10 month

16/11/10 genap qiha 10bulan..makin membesar n alhamdulilah sihat..sakit pun tak la kritikal..mudah dijaga..mari tengok progress dia:-
* lebih gemar panggil 'ayah' dari mama - redha jela sentap!!
* boleh bermain lama dalam pool dia bersama bebek n mainan lain
* teror memanjat kerusi dengan bantuan pool..pijak pool dapatlah panjat
* tido masih lagi normal..harap tak akan bangun tengah malam untuk bermain
* suke gigit bahu aku! tapi gemar kena dukung dengan ayah - sentap jugak!!
* pandai main cak2,
* gelak kuat2 bila aku sakat,
* masih lagi merangkak..belum berani nak berdiri
* suke mandi tapi payah nak pakaikan pampers n baju
* lain2 akan diupdate bila ku ingat eh!

P/S: qiha sebelum ni cerry berry kan...sekarang dah ok tapi timbul masalah lain iaitu berak berdarah..tu tanda perlukan antibiotik coz usus ada virus bakteria..maka nanti petang buat lawatan jumpa doc lagilah..

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha

esok hari raya haji...
tadi baru call abah bagitau yang aku tak balik raya haji esok.maka kali pertamanya raya2 tak balik beraya bersama keluarga...reaksi aku??sehingga kini adalah mood normal...takde mood feeling sad..kenapa?coz aku tak berapa sambut raya haji coz takde antara family aku yang berhaji..huhuhuhuhu...sedih plak.satu lagi sebab awal2 lagi dah pikir tak balik raya haji..one more coz cuti sehari.
maka malam ni nak potong siap2 segala rencah n sayur utk esok(macam biasa mak buat tiap kali raya)..pagi2 bangun mulala masak..plan esok tak tau lagi sama ada berjalan atau dok umah je..
SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA UMAT YANG MERAIKANNYA..

pengasuh oh pengasuh

salam selasa...
emm...weekend tu qiha dilanda cerry berry tapi taklah serius coz tak sampai demam n berak berdarah..tapi ahad tu bawak jugakla jumpa doctor coz bontot dah merah n melecet.then malam tu masa tido pun boleh cerry berry..maka dapatlah susu novalac, smecta n prebiotic..silalah bayar khidmat sebanyak RM74.sebab duit upah pengasuh qiha ada extra sebulan so aku kata kat qiha sakit bayar guna duit sendiri eh (macamlah dia paham ek)hahahaha.semalam anta qiha g pengasuh so bekallah susu tu sekali tapi kak CT tak guna pun sebab katanya berak qiha dah ok.aku percaya jela.janji qiha tak demam,masih aktif macam biasa oklah.
semalam balik keje tengok qiha ok je..memang takde berak.dinner malam tadi makan nasi goreng abang buat.then cepat2 g pasar borong coz nak beli daging.kata nak berhari raya haji sendiri so haruslah masak sendiri tapi dengan bantuan rencah segeralah..g pasar borong just beli daging coz nak masak rendang daging n sayur lodeh.balik tu qiha macam dah ngantuk tapi tak jadi tido.sekali dah tukar CD dia cerry berry..aiyokk...dah baik belum ni...sebab masing2 penat malam tadi g pasar so qiha pun lena sampai pagi tak minum susu.kalau tak malam dia bangun nak susu maka aku bagi susu novalac + smecta.pagi td pukul 6 baru minum.
ok semalam masa hantar qiha g umah kak CT aku ada bekalkan sekotak kismis..petang aku amik qiha tengok abis dah kismis sekotak.dah otak aku "wah rajin betul kak CT bagi qiha makan kismis,macam ni cepat pandai" hahahahaha.tapi pagi tadi qiha cerry berry..tapi yang buat aku disappointed adalah when i look her excrement berketul2 kismis(dari kismis kecut dah macam anggur lak bentuknya)...aduh..apasal la kak CT bagi qiha kunyah sendiri sebiji kismis sebab dia mana cukup gigi untuk kunyah.ikut hati nak tegur pagi tadi masa hantar tapi rasa malaslah nak panjangkan hal ni.tapi memamg banyak kali asal makanan qiha tak berapa halus,kak CT pakai suap jugak..langsung tak try lenyek bagi kecik cikit.
kejap tadi kak CT call ingat ada hal penting yang melibatkan qiha..rupanya cakap nak pinjam rm50 coz takde duit untuk raya esok.alahai kecian pulak.aku dah jangka kalau kak CT jaga qiha sorang mesti tak mampu dia nak cover perbelanjaan umah...

Friday, November 12, 2010

kawan dan hutang part 2

ok aku ni jenis bila hati kecewa dengan sumthing memang lambat nak pulih...rasa 10sion je kejap2 mesti terpikir hal tu...kira amik 2 3arilah baru pulih.sekarang mood kecewa tu dah hampir hilang.aper aku nak cite ni bukan kata aku baik hati tolong kawan2..tak ye..aku kedekut tapi bila ada rezeki lebih n aku rasa mampu tolong then i'll help..kununlah rezeki lebih padahal sponsor by PTPTN(masa pemberian hutang adalah masa masih lagi student di Uni utara)
ok masa study dulu aku tulun sorang kawan aku ni...cian kan mamat cute aku ni coz tak berduit balik kg..so aku cakap dengan dia nanti bila2 ada duit baru bayar hutang.so bertahun jugaklah hutang dia abis bayar padahal baru seRat je hutangnya.ok takpe coz aku tak memerlukan duit sangat.tapi yang penting adalah relationship as friend never end up.bukan aku tak pernah tuntut..pernah tapi dia kata takde duit so tak kan nak paksa lak.just aper yang aku salute sebab dia tetap kawan dengan aku.tak macam kawan aku yang aku cite sebelum ni.mintak hutang terus sentap then tak mau kawan dah!
aku boleh je tak amik kisah tentang hutang tu coz masa tolong tu adalah IKHLAS just bila mintak tu kira bagitaulah boleh ke tak bayar.yang penting ko bayar cepat lambat aku tak kisah tapi janganlah sampai putus kawan.so ape yang mamat ni buat adalah dia bayar separuh hutang masa dia nak kawin..reason nak kwin..so oklah aku terima..aku check memamg dia bank in..pastu separuh lagi dia bayar masa wife sia nak bersalin anak sulung.sungguh bertanggungjawab coz tau hutang akan menimbulkan masalah.yang bestnya dia ingat berapa huatng.kalau orang tu sedar hutang takkan lupus kecuali pemiutang menghalalkan hutang.biar sikit2 hutang bayar tapi kawan tetap kawan..jangan kerana hutang putus kawan.kecewakan...kawan aku yang tak reti bayar hutang then buat2 lupa tentang hutang tu dah kawin rasa setahun awal dari aku kot..masa majlis dia aku pegi.time aku sikit pun dia tak rasa nak datang.sampai masa jumpa aritu nak je perli ko dah kawin awal dari aku masih takde anak?tulah tak bayar hutang so tak berkat.hahahaha..tapi tak baiklah kan so tak perlulah nak bertegur sapa.ko tak mau kawan dengan aku pun takpe coz kawan mudah dicari tapi keluarga hanya satu n tiada ganti..
ok abis dah kisah ni coz emosi aku dah stabil jadi malas pikir n emo sendiri.esok hari minggu so may be akan berjalan ke putrajaya so nak gak singgah kat pullman hotel demi bergambar..just hope la..

melekat je..

semalam kan aku cuti tapi bangun awal gak...pukul6 lebih coz nak sapu n mop lantai.klu buat lepas qiha bangun maka tak berjayalah umah tu bersih.rasa puas lak bila jalan dah tak rasa habuk n lekit minyak.hahahhaah...buktikan berminggu2 tak sapu n mop lantai.
plan baik punya nak kemas umah bagi kemas..ye umah adalah berselerak coz aku tak mood nak mengemas...huhuhu..tapi GAGAL kerana qiha tak boleh tinggal sorang.asal aku ke dapur merengek main sorang2..masukkan dalam walker ajak dok dapur ok ckit tapi..kejap2 dia nk turun kat area dry kitchen(cheh macamlah rumah besar ada dry n wet kitchen padahal ctu just ada rak dapur gas)so paln masak nasi lemak tapi sekadar masak nasi n sambal ikan bilis je.telur n timun tak dapat disediakan.
aku pun tak taulah kenapa payah sangat qiha nak dok sorang2 main.dia nak kite dok dekat2 even tak main sama.janji ada depan mata.so tengah hari tu even lapor tapi aku rela tido coz letihlah mengemas umah yang kena bangun pagi2 hari.pagi tu qiha tido setengah jam.jadi pukul2 tu aku n qiha bantai tido nak dua jam jugak.hah masa aku mamai2 tu qiha main sorang2 tah macam mana dah panjat kerusi.bila aku tersedar dia sengih je.rasa heaven betul tido dengan qiha petang tu coz tak tau macammana tangan aku tido peluk qiha je.
esok sabtu..kalau mood rajin datang sapu n mop lantai then basuh toilet yang dah rupa macam public toilet tu..jangan harap la abang nak buat.malas melampau!oh,semalam qiha nak main dengan ayah dia,yang buat aku hangin sebab macam orang takde tulang pulak coz layan qiha sambil baring.yang buat aku risau coz qiha main atas kerusi.kang tertonggeng jatuh kusi sapa mau bertanggungjawab?geram je..then konon nak mengamuk kata balik umah bising,what u assume got baby in house,u can have nice rest ker?aku lagi derita coz kena layan kerenah anak n ayahnya sekali.ada yang tau aper aku rasa?penat aku?ye tanggungjawab aku tapi tak boleh ker bantu ringankan beban sebab aku pun tak tolong ringankan beban tanggungjawab tanggung perbelanjaan rumah.*sigh*

Wednesday, November 10, 2010

esok cuti sehari!

esok bercuti n jadi suri rumah coz pengasuh qiha kak siti minta cuti coz esok nak daftarkan anak dia masuk form1..tah betul ke tak..tak taula coz time aku dulu sekolah yang handle sekolah kot coz cukup masa,cuti sekolah abis maka silalah ke sekolah menengah.tak pun beberapa hari sebelum sekolah bermula baru gi mendaftar.tapi tu johor beb..sini selangor so may be peraturan lain.ke sekarang peraturan memang dah tukar.entahla..
so esok cuti sehari even depan aku ni ada keje nak buat even tak berapa urgent tapi keje beb..rezeki datang dari keje2 yang tak banyak ni tapi aku kenalah tunjuk komitmen.esok tak boleh bangun lambat still wake up at 6am coz nak kena sapu n mop lantai before qiha bangun.dia dah wake up maka kerja2 pembersihan tak boleh dilakukan.
see u on friday...

Tuesday, November 9, 2010

kawan dan hutang

weekend tu balik segamat coz cuti panjang.so amatlah seronok coz tetiba aku malas bangun pagi n dapat tido lama coz abang bangun awal layan qiha.jumaat tak ke mana..sekadar petang fetch shida balik keje then g dataran coz abang nak test keta control dia.baru main kejap sekali tayar cabut pastu bunyi enjin dah semacam.tapi memang laju keta remote tu wei..sabtu tu plak pun jalan nak petang..konon nak fetch shida tapi wan dah amik maka kami keluar berjalanlah..tak senonohkan nak maghrib baru nak berjalan..ni ape kene mengena tajuk dengan kisah hidup di kampung ni..hahahaa..suke akula nak letak dua cite dalam satu...tapi memang balik segamat aku jarang nak berjalan..rasa dok umah lebih relax..
ok sabtu tu aku dengan semangatnya ajak g makan pizza..pengaruh iklan pizza chesse yang sedap tu.tapi memang dok kat fastfood yang glamer memang service amatlah tak besh!lambat..qiha aku tak bawak ape2 makanan so ktorang makan pizza dia makanlah roti cicah mushroom soup.oh aku ada amikkan dia salad n pestime aku bagi qiha menyepahkan meja dengan makanan..tah ek sebab keadaan kat ctu macam sesak kot so makan pun tak berapa syok..ke sebab situasi jumpa kawan yang buat mood ilang?ahhahahaha
ok dulu masa aku sekolah menengah aku ada kawan baik yang tido sebantal,makan sepinggan..punyalah akrab.tapi semua berubah bila masing2 masuk U..time tu aku ada duit lebih cikit so masa dia masuk U tu aku tolonglah bagi PINJAM..dia dapat PTPTN langsung tak bayar balik hutang..g umah dia sekali tengok dia beli komputer.ok fine aku just tumpang buat asignment kat komputer bilik kawan tak pun lab komputer.hutang aku bila mau bayar beb?masa dulu nak guna prepaid pun kira kaya..aku takat public phone..tak pun handset rumet..dia dengan berlagakz cakap tak kelas guna prepaid,guna bill senang cikit.cukup jam, bil tertunggak spai dapat surat mahkamah baru menyesal.aku yang cikai ni jugaklah tolong bagi duit sikit suruh setel bil tunggakan tu.aku ada anta surat suruh bayar hutang,ok dia kata mau bayar tapi sampai sudah tak nampak sesen pun dalam bank.pastu terus dia buat adegan putus kawan.salah ke aku nak tuntut hutang?ada facebook pun sanggup tak add aku..takpelah aku tak glamer macam kawan2 yang lain.
masa nak keluar hati aku macam dah terdetik akan jumpa orang yang aku rasa perlu jumpa n tengok reaksi dia..sekali instinct aku betul..terserempak dalam pizza.dia tak perasan aku tapi shida masuk dia perasan.serius aku pun macam takde hati sangat nak tegur,dia pun tegur takat sengih2 je.okeh aku lagi cbuk layan anak aku.ko kawin dah lama ada anak tak?emm...masa dia balik cikit pun tak datang kat meja kami n put hand on my shoulder to says good bye..nampak sangatlah kite ni tak kawan kan.aku even tak rapat sangat dengan orang tu tapi once aku nak meninggalkan tempat tu aku akan g tempat kawan yang tak rapat tu untuk cakap goodbye.tak percaya ke?aku dulu kalau jalan2 kat segamat then terserempak dengan ummi aku akan tegur then mula la cite kat abang yang ummi ni dulu susah n dia jual keychain benang kait dengan harga 50sen..aku ada beli coz dia buat dengan elok n kecian dia bukan orang senang.

moral of the story: 
kawan sekolah memang ramai, kite kenal even tak rapat so balik kampung,kalau terserempak cubalah tegur.hutang tu tolong ingat n bayarlah.walau dah tak ingat berapa amount hutang bayarlah ikut ikhlas. sekian

Monday, November 8, 2010

kisah JB 28/10-31/10

ok kisah ni dh lepas baru sekarang nak story...rasa dh bgtau kot sebelum ni yang aku ke JB sempena persidangan abang.dia keje harus la aku ikut bercuti...hahahahah..pdhal tak ke mana pun..dok bilik je..kan bagus aku reti drive may be blh kot jauh aku bawak qiha berjalan..poor me..:-(
kamis (28/10/10)
pagi tu bawak qiha g klinik then balik umah kemas2kan beg yang dah dikemaskan sikit sebelum ni...keadaan qiha tak membimbangkan maka tengah hari kitorg gerak.cuaca amatlah tak best sebab panas terik.hujan setitik pun takde..so spai dalam pkl6.30 terus check in.malam keluar makan dengan wan shida.hebat tau qiha masuk keta tido spai je terus celik mata.so balik makan abang masih tak abis persidangan..layan tv n qiha.tengah malam bagi ubat qiha muntah kan...abis katil...
jumaat(29/10/10)
qiha masih lagi makan ubat uwek2...pagi tu aku bwk dia turun breakfast then g swimming pool...oh bilik hotel adalah tak best coz aircond hampeh...tak boleh off kalau tak padam terus..tak ke mana2..plan jumpa abang ajak tapi cancel coz qiha masih demam,then abang ajak pun ada keje kat UTM.so dok jela dalam bilik..qiha even syok main tapi bosan.kejap2 merengek..nangis..so just bawak dok tepi tingkap tengok keadaan luar.malam nasib baik abang cancel persidangan maka berjalanlah kami cari makan.ala bukan jauh pun takat ke danga mall yang tak banyak kedai menarik.balik tido.
sabtu(30/10/10)
eh kitorg dah tukar bilik..lagi ok ckit coz nampak spore,ada hot shower yang waternya hot..so nak mandikan qiha senang ckit.hari ni qiha makin kebosanan dok dalam bilik tapi aku nak berjalan pun malas coz hujan..tapi dah tak larat layan qiha maka aku sumbat dia dalam carrier maka berjalanlah kami.plan nak bawak qiha pusing2 sekadar buat syarat..sekali aku tengok qiha ok pastu nak ke plaza pelangi macam senang coz ada jejantas maka berpatah balik ke hotel coz nak bawak beg susu.so cuaca tak berapa panas ktorg ke plaza pelangi..nampak je entrance shopping mall,qiha terus bertepuk tangan.suke jumpa tempat yang selalu dia visit.hahahaha..pusing2 dalam 2jam then balik bilik.
oh tak jadi tido umah nyot sebab hubby dia kata tak selesa ada orang luar nak bermalam kat umah.jadi malas nak cakap banyakla...malam wan bawak g umah apet.macam gathering adik beradik lak coz ada adik n family angah.aku tunjuk qiha syasya syok minum susu sekali qiha tepuk syasya..nasib tak menangis chacha..kasarnyala qiha aku ni..hahahaha
ahad(31/10/10)
berkemas2 n tunggu masa untuk pulang.pukul3 gerak balik...abang ajak singgah angsana tapi sebab qiha baru je lelap so malas la aku nak berjalan...
abisla cite kisah di jb yang tak berapa berjalan pun...hahahaha..sekadar bawak qiha berjalan jauh je...

Thursday, November 4, 2010

Qiha demam

aku ni malas cikit nak menulis jadi lambatlah nak story..kih..kih..kih..
qiha demam tapi last thursday (28/10/10)..on that day pun kami nak ikut ayah ke jb..petang rabu tu aku dah rasa dah yang badan qiha demam,kak siti bgtau jugak..so bagi ubat demam malam tu sambil tuam2 kepala dia.okla ilang demam kejap..pagi bangun tengok makin panas maka mandikan dia then bawa g klinik jumpa sama dr.Guna..doctor check memang demam tapi tak serius..so dapatla ubat demam n antibiotik.balik umah cepat2 kemas beg n tengah hari tu kitorg ke JB..alahai memang 10sion coz perjalanan ke sana amatlah panas,tak bertembung dengan hujan langsung!so kamis malam bagi qiha ubat..okla tapi pagi buta bagi makan ubat terus dia muntah..hampeh so pagi2 buta kena la tukar baju.nasib baikla hotel so lantakla..kalau katil aku memamh mengamuklah.jumat tu pun aku bagi ubat dia muntah..ubat demam ok tapi antibiotik tu..tak taula kenapa..tapi sabtu tu aku amik cara baru bagi ubat..aku dok sebelah toilet in case muntah senang..bagi antibiotik dulu baru ubat demam..lucky takde adegan muntah..alhamdulilah jugak petang tu tengok qiha dah makin sihat..so hati lega coz kalau dah baby kalau sakit takat 3ari je..lebih ke g klinik check if anythng happen.
oh sepanjang berada di jb qiha betul2 cranky..tak boleh berenggang dengan aku..either tak selesa dok dalam bilik hotel..atau bosan memerap dalam bilik je..nanti2la aku cite ape aktiviti kami berdua kat jb sementara ayah keluar bekerja..berpersidangan ehh..

Wednesday, November 3, 2010

my Dear warehouse sales

ok semalam aku g warehouse..sebelum2 ni tak pernah g pun...punyalah excited!hahahaha..aku tau my dear ni ada warehouse sales start dari kamis lepas 28/10/10-6/11/10..so dengan takde duit,dengan abang kata tak senang ingat tak jadila buat lawatan ke sana..tetiba semalam cakap g pukul 4.30ptg.niat aku nk g sana cuma nak beli bedrail ni je untuk letak kat katil bujang.konon kan nak bagi qiha belajar tido sendiri kat bilik sendiri.so far qiha suke dengan dinding bilik dia yg dah padat dengan sticker ABC n glow in the dark..tinggal aku nak beli kipas n lampu tido je then bolehla slow2 budak tu tido sendiri.tapi sekarang dia kalau tido mesti kejap2 nak rasa ada orang kat seblah dia,biasa akulah mangsa..tangan dia cari2 aku then peluk..sweet tapi macam manja pulak.
ok back to the story..patut beli bedrail ni..harga dia RM89.90..tapi sales maka just rM59 je.murahkan tapi tak jadi beli coz dah terbeli bende lain...hahahaha..nasib aku tak bawak duit maka takdelah beli..abang pun tak bawa cash banyak.nak guna kredit kad rugi coz barang2 yang lain dah dibayar.

sebab tak beli bedrail ni maka mestilah ada bende lain yang dibelikan..memang dasar mata tak boleh tengok bende yang menarik terus rasa nak beli semua tapi sayangnya kocek tak ada duit..ham..ham..ham..hampeh!ok aku just beli baju baby gap 1 tshirt (i love mama) baju tido (i love dad),1 busha,1 baju tido takde brand..baju 4pasang ni je dah 50hinggit...mahalkan..murah je kan sebab baby gap kat online dah 20hinggit lebih sepasang.ok yang aku puas ati sebab kain more better compare yang beli kat online.ok tak beli bedrail aper yang aku beli?aku beli ni..

harganya RM129.90 tapi aku berjaya beli dengan harga RM84 je maka lepas ni berjalan tak yah guna stroller yang qiha dah berani panjat tu.hoping dia dapat dok diam2 cos ada belt.abang nampak keta remote control so dia pun beli...RM59..suke hatilah sebab selalu asyik tengok kat jusco..asal nak beli aku larang coz rasa membazir.weekend ni balik segamat so boleh main keta kat dataran..nak main kat umah yang serba serbi bagai sarang merpati mmg xsesuai.tapi malam tadi test juga..qiha takut coz bunyi bising but dalam takut2 nak main juga.berapa total dilangsaikan kat warehouse sales my Dear..baju RM50 + buggy RM84 + keta remote control RM59 = RM193..hampir 2rat jugak ek guna..hahahaha..kayap..!