salam Jumaat..
rasa semua day tau start hari ni bermulanya hari belia yang menjangkakan sejuta akan turut serta...aku rasa memang dah tau kot tentang hari belia ni dari beberapa bulan terdahulu coz abang terlibat secara tak langsung. tapi dia incharge untuk job fair...petang ni may be kena balik sendiri coz petang ni ada press conference...emm..macam mana la nak balik ni coz nobody boleh anta balik..huhuhu...takpe2 nanti petang pandai la aku cari jalan penyelesaiannya..
esok kompem nak g bawak qiha ke sana coz banyak aktivitikan...lagipun tentang laluan perjalanan kira bertuah coz abang kan kira orang bertugas so access jalan dia dekat so tak perlu nak berjalan jauh nanti...
ni la keje abang so sapa2 nak cari keje g la kat sini eh...rasa lebih 100 company terlibat...adik bongsu aku yang nak cari keje sekarang pun cibuk2 tanya abang ada tak company yang ada kaitan dengan aper dia study..sebab dia amik maritim..
memetik kata2 menteri belia & sukan dalam paper Utusan semalam..
Gegarkan Putrajaya - Shabery
KUALA LUMPUR 25 Mei - Kementerian Belia dan Sukan mengajak semua belia di negara ini untuk menggegarkan sambutan Hari Belia Negara 2011 yang dijadualkan berlangsung di Putrajaya selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 220 acara dan aktiviti menanti golongan tersebut sempena sambutan itu antaranya pameran hartanah, perhiasan, komputer, pelaburan dan pekerjaan.
"Saya mahu sejarah dicatatkan pada sambutan tersebut. Biar hari tersebut menjadi saksi kekuatan komuniti belia di negara ini," katanya ketika berucap pada program mempromosikan sambutan tersebut di sini malam ini.
Jelasnya, keunikan sambutan tersebut terletak pada penglibatan belia pelbagai kaum yang bersatu di bawah satu bumbung bagi menunjukkan bakat mereka di dalam bidang kesenian, kesukanan dan sebagainya.
Tambah Ahmad Shabery, kerjasama antara 12 kementerian berkaitan belia termasuk Kementerian Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pertahanan dalam mempromosikan bidang masing-masing serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan pekerjaan turut menjadi tarikan sambutan tersebut.
Katanya, golongan itu juga boleh menikmati persembahan gendang 24 musim melibatkan 218 buah gendang yang dipalu oleh 288 orang yang akan mencatat rekod baru dalam Malaysia Book of Records.
Tambahnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dijangka membuat pengumuman istimewa pada sambutan tersebut.
"Kita jadikan Putrajaya milik kita pada Jumaat sehingga Ahad ini. Bersama kita bersatu pada 'hari raya' untuk belia ini," ujarnya.
p/s:mari la kita sama2 berhari raya di putrajaya hari minggu ni ye...harap aku jumpa orang yang aku kenal...hehehehe